Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha baru pertama kali tengok secara langsung Bunga Teratai.. Sha memang tahu boleh dimakan cuma tak pernah beli dan cuba.. Bila Abah bawa balik dan bagi Sha.. Memang terus cubalah kan.. Makanan esoktik.. Hehehe.. Rasa dia macam kacang cuma kelat sedikit..
Hye semua..
Sha baru pertama kali tengok secara langsung Bunga Teratai.. Sha memang tahu boleh dimakan cuma tak pernah beli dan cuba.. Bila Abah bawa balik dan bagi Sha.. Memang terus cubalah kan.. Makanan esoktik.. Hehehe.. Rasa dia macam kacang cuma kelat sedikit..
Bunga teratai..
Biji-biji yang telah dikopek keluar..
Bila kopek kulit biji teratai tu isinya berwarna putih.. Rasanya macam kacang tapi kelat..
Bila biji terbelah ada biji kecil didalamnya berwarna hijau.. Sila jangan makan.. Yang bahagian hijau tu kena buang ye..
Khasiat Biji Teratai (Sumber di SINI)
Pokok
herba aquatik ini tumbuh di dalam air dan menghasilkan rizom yang
berkhasiat untuk kesihatan. Manakala bunganya pula menghasilkan biji
yang boleh dimakan mentah.
Dalam perubatan tradisional
Cina, biji teratai dikatakan dapat memberi manfaat pada jantung, limpa,
buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan
biji teratai diminum untuk merawat cirit birit dan penyakit keputihan.
Ia juga dikatakan boleh meningkat selera makan.
Dipercayai
biji teratai mengandungi enzim anti penuaan dan kini penyelidik mencari
jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk anti-penuaan untuk
kosmetik masa kini.
Sup Ayam Biji Teratai
Bahan-bahan:
1) 80g biji teratai
2) 1/2 ekor ayam kampung bahagian dada
3) 50g mentega
4) 1/4 tsp serbuk kasar lada hitam
5) 2~3 tbsp tepung gandum dikacau dengan sedikit air (lebihkan kalau suka pekat)
6) 50g daun bawang dihiris
7) 4 1/2 cawan air
8) Garam secukup rasa
Cara memasak:
1)
Biji teratai direndam semalaman dan direbus sehingga masak dan lembut.
(Mengambil masa agak lama untuk lembutkan biji teratai)
2) Ayam direbus dengan 4 1/2 cawan air sehingga mendidih dan kemudian reneh sehingga masak. Bila sejuk daging ayam dicarik-carik
3) Masukkan biji teratai dan daging ayam ke dalam air rebusan ayam. Masak di atas api kecil. Reneh selama 20 minit
4) Masukkan mentega, lada hitam dan tepung gandum. Kacau sehingga rata
5) Mendidih padam api. Masukkan daun bawang.
1st time tgk ni
ReplyDeletesha pun.. hehehe
DeleteSalam sis, salam selasa lama ibu tak blog walking. Demam seminggu. haha
ReplyDeleteBiji teratai orang cina memang suka makan kan sis sha. nak bagi sihat
salam ibu.. semoga kembali sihat ye.. Yup, orang cina suka dengan biji teratai ini..
Deletenieyl pun first time tgk ni rupa bunga teratai....
ReplyDeletesamalah kita nieyl..
Deletebunga teratai pernah lah tengok. Wah banyak khasiat biji teratai ne
ReplyDeleteyup.. banyak khasiatnya..
Deletesalam ziarah & follow sini..1st time baru tau yg ni boleh makan... hihih
ReplyDeleteSalam perkenalan dari sha juga..
Deletefirst time tengok biji bunga terantai..
ReplyDeletesha pun first time..
Deletebest nya dapat rasa makanan yang rare macam nih kan sha. Tq sharing :)
ReplyDeleteur welcome..
Deletebanyak jugak khasiat biji teratai ni..thanks for the info, Sha
ReplyDeleteur welcome radhia..
DeleteSelalu tengok yang dah siap dimasak/digoreng je
ReplyDeletesha tak pernah tengok yang di masak lagi..
Deletemacam tue rupa nyer biji teratai
ReplyDeleteni baru first time tengok jugak
ReplyDeleteselalu tengok bunga teratai jer
ReplyDeleteboleh makan ehh
ReplyDeleteyup.. boleh dimakan..
Deletetapi cantik jugak bijinyer tue
ReplyDeletememang cantik..
Delete1st time tengok ni.
ReplyDeletesha pun.. hehehe
DeleteFirst time tahu benda alah ni boleh makan... Hahahahaa
ReplyDeletekikiki.. samalah dengan akak..
Deletebaru 1st time biji bunga teratai dari bunga dikeluarkan
ReplyDeletehehe
thanks for this entry
your welcome..
Deletetak gatal ke bunga teratai ni? boleh makan eh? first time tengok
ReplyDeletetak gatal.. yup, boleh makan..
Deletedari dulu nak makan biji bunga teratai ni sebab diorang kata sedap macam kacang tapi tak pernah sampai rezeki yang satu ni huhu
ReplyDeleteabah akak cakap, kena pergi pasar pagi dekat kawasan kampun or pasar yang ada orang lama meniaga.. mesti ada jual.. kadang diorang jual yang dah siap kopek..
Deletedulu misskepeng ada baca komik yang menyatakan biji teratai ni boleh dimakan.. tak tahu pulak betul2 boleh dimakan.. hihihi..
ReplyDeleteiye misskepeng.. biji nie boleh makan..
Deletegitu.. info baru ni.
ReplyDeletethanks for sharing kak sha.