Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha beli Raid Arjuna ini disebabkan review yang Sha baca di Goodreads.. Review yang mengatakan novel ini bagus dan tidak berkisarkan cinta.. Bila ramai yang kata novel ini ada babak aksi, haruslah Sha belikan..
Sha beli Raid Arjuna ini disebabkan review yang Sha baca di Goodreads.. Review yang mengatakan novel ini bagus dan tidak berkisarkan cinta.. Bila ramai yang kata novel ini ada babak aksi, haruslah Sha belikan..
Bila dah baca memang Sha tak nafikan novel ini kena dengan selera Sha.. Bukan tipikal novel.. Yang paling seronok dan buat Sha jatuh cinta ialah penggunaan bahasa dalam novel ini.. Betul-betul menggambarkan Raid Arjuna tu.. Sangat cantik bahasa yang digunakan.. Penyampaian mengenai luka dan penderaan yang dilalui Raid Arjuna juga berjaya membuatkan Sha rasa sedih.. Memang menggerunkan.. Penulis berjaya mewujudkan satu watak yang kuat.. Heroin yang digandingkan dengan Raid Arjuna juga bukan heroin biasa.. Bukan perempuan lembik yang tahh menangis dan menjerit tapi boleh berlawan mempertahankan diri bila diganggu penjahat.. Gandingan yang mantap dan membuka mata untuk terus membaca hingga ke perkataan Tamat. Tahniah buat penulis untuk novel yang mantap dan mendebarkan..
Sha baca pada 01.02.2019 dan selesai pada 02.02.2019..
teringin nak tahu bahasa yang digunakan tu...
ReplyDeleteSaya pernah nampak buku ni di kedai buku tapi tak beli pun. Ada yang cakap novel daripada novelis Rose Harissa best.
ReplyDeleteni baru hero melayu, marah pun still keluar bahasa berbunga-bunga..hihi
ReplyDeleteWow..macam best je buku ni. Ayat dia guna bahasa melayu lama ke?
ReplyDeleteboleh bayang tak Raid tu hensem ? siap silat lagi hehe..
ReplyDeletekalau adaptasi ke drama, siapa agaknya yang sesuai pegang watak arjuna tu ya... hahaha
ReplyDelete