Sunday, July 14, 2019

Sabak Bernam - Patin Tempoyak Kak Zee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita minggu lepas.. Ternampak gambar-gambar ini dalam telefon masa nak delete, terus buat entry dekat blog.. Biasalah.. Ambil gambar kalau ingat.. Buat entry pun kalau ingat.. hahaha.. Kadang lupa, peram je gambar dalam telefon.. Masa scroll nak delete barulah teringat nak buat entry..

Sha nampak cadangan kedai ini dekat Maps Google masa cari tempat makan menarik di Sabak Bernam.. Kebetulan medan selera ini tak jauh dari Kolej Komuniti sabak Bernam, menyinggahlah kita.. Makan tengahari di sini.. Memang sedaplah.. Sha suka gulai lemak telur mayong dia.. Tak hanyir.. Pandai dia masak.. Berselera Sha makan.. Encik suami pun suka.. Selain Gulai lemak, banyak je lauk pauk lain.. Kalau ke Sabak Bernam, sha cadangkan korang makan di sini kalau suka menu gulai lemak.. Sha tak cuba pun tempoyak ikan patin dia.. Hehehe..

Alamat:-
Patin Tempoyak Kak Zee
22, Jalan Tebedu, Taman Raya 2, 45200 Sabak, Selangor

Nampak banner ini, terus ajak encik suami singgah..

Menu Sha amik.. Gulai lemak telur ikan mayong (RM6 - semangkuk) dan sekeping potongan ikan (RM5 - Semangkuk).. Tak pasti ikan apa.. Hehehe..

Nasi dan sayur campur..

Ini pun antara yang menarik.. Pelbagai jenis ulam-ulaman dan sambal pencicah..

21 comments:

  1. Rindunya nak makan patin masak tempoyak. Susah nak cari di Melaka😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak cuba patin tempoyak dia.. lebih terpikat dengan gulai lemak dia.. hehehe..

      Delete
  2. Ada jantung pisang..lamanya tak makan jantung pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan PC jantung pisang cicah sambal belacan..

      Delete
  3. kita ni orang sabak tapi tak pernah samapi ke sini hahaha power kaksha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. kebetulan ke kolej komuniti nie Farhana.. kalau tak, tak sampai juga.. 🤣🤣

      Delete
  4. Adui...sedap masakan tu...ulam lah yang paling cun...

    ReplyDelete
  5. Harganya ok sangat dah tu. ikan mayong kalau orang tak reti buat, memang hanyir. Kedai ni mesti pandai buat tu yang sedap & tak hanyir 🥰 Bolehlah cuba nanti. Syaza penggemar ikan mayong, suami plak suka telurnya ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu syaza.. bila jumpa yang sedap nie, memang tak lepas peluanglah..

      Delete
  6. Nampak sedap tu Sha.. nanti boleh lah singgah..

    ReplyDelete
  7. Ada macam2 ulaman jadi pembuka selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. bagus penyediaan ulam untuk pelanggan ini.. Tarikan..

      Delete
  8. uiss sedap tu shaa... harga pun dah berbaloi dah

    ReplyDelete
  9. makanan kegemaran ni terutama masal lemak cili api gerenti makan sampai x nampak telinga

    ReplyDelete
  10. Boleh cuba nanti kalau ke arah sana. Sedapnya patin tempoyak.

    ReplyDelete
  11. tgk M3 aritu mula dah mengidam patin tempoyak...tgk plak kt blog ni aduiiii

    ReplyDelete
  12. sedap nyer nampak, sha.
    aida bakal dpt 2 botol tempoyak.
    adik bwk balik dari kampung nyer.
    nak try buat masak tempoyak.
    tapi maybe guna ikan tenggiri lah.
    sini mana la nak dpt ikan patin cantik sedap dan segar, kan...

    ReplyDelete
  13. Allahu, menggoda di pagi hari.
    Lama dah tak pekena ikan patin tempoyak macamni.
    nice review Kak Sha. Hope one day boleh pergi makan2 sini hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com