Wednesday, August 21, 2019

Misteri Menggangguku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak ada gangguan mistik dekat Perpustakaan ini.. Minggu lepas masa cuti sekolah sha kena.. Naik atas (Sha jaga buku dekat rak atas) untuk Shelving/susun buku dekat rak.. Sha naik berdua dengan budak praktikal.. Nak ajar dia macam mana kami shelving buku.. Sha tak buka semua lampu.. Buka dekat bahagian rak Sha je.. Masa dah nak dekat habis shelving, tiba-tiba ada rak dekat bahagian depan kena gegar dan buku jatuh.. Sha pun gigihlah jenguk.. Hati dah rasa tak sedap.. Tapi jenguk atas bawah nak tahu siapa yang buat.. Malangnya tak ada lah pula.. Terus jerit panggil nama budak praktikal tu.. Budak tu nyahut, dia ada dekat bahagian belakang.. Ah.. Sudah.. Sha kuatkan semangat.. Pergi dekat dia buat macam tak ada apa.. Lepas tu teruskan je shelving sampai habis.. Meremang rasanya.. Lama dah tak ada kejadian macam ini.. Mulanya rasa macam perasaan Sha je, tapi bunyi rak dan buku tu kuat..

Semalam petang pula ada staf Jabatan Eletrik buat kerja dalam Perpustakaan.. Mereka pun kena kacau juga.. Kejadian berlaku dekat aras atas juga.. Ada 2 orang budak dengar suara perempuan mengaji dekat dalam surau.. Bila diorang tegur, lagi kuat suara tu mengaji.. Terus diorang settle dan kemas, terus keluar.. Pastu pagi ini masa diorang pulangkan kunci dekat Sha, diorang tanya soalan dan cerita apa yang jadi petang semalam.. Nampak gayanya kena buat acara bersih-bersih balik ini.. Hurm.. Patutlah sejak akhir akhir ini bila masuk Perpustakaan rasa gelap dan suram je.. 


9 comments:

  1. Woww baca pun seriau kak sha. Mungkin singgah je kot.. take care kak

    ReplyDelete
  2. Mudah2an tiada gangguan yang serius

    ReplyDelete
  3. Mungkin singgah jea kot kak.. apapun semoga sumanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. agak menyeramkan dan cuba beranikan diri berdepan mereka..

    buat-buat tak tahu sahaja dan dalam hati jangan lepas ayat Al-Quran atau zikir bagi memastikan jiwa terus tenang

    ReplyDelete
  5. seram nih...selalunya gitu, bila ruang/bilik dah lama tak dihuni, makhluk lain yg akan bermastautin...tapi yg ni jenis educated kot, pilih library tempat ilmiah...

    ReplyDelete
  6. Alamak.. serammya.. cepat2 pasang pendinding Sha.. x seronok Kalau dia ngacau time Kita nak buat keje kn

    ReplyDelete
  7. seramnya sampai kacau semua orang. Kena buat cepat takut ada yang kena rasuk

    ReplyDelete
  8. uiikkk??? tmpt mcm ni pun diorg nk ganggu jg ke??

    ReplyDelete
  9. uish seramnya...moga Allah pelihara akak dan kawan2 akk...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com