Assalamualaikum..
Hye semua..
Bila kena sekolah dari rumah, mak dan ayah memang kena bagi extra perhatian dekat budak berdua ini.. Tambah bila mereka kena menghasilkan sesuatu.. Ada masanya mak dan ayah pula yang berbalah nak buat macam mana.. Kelakar pun ada.. Sha simpan sini semua hasil kerja mereka untuk di tatap sebagai kenangan.. Walaupun tak sempurna mana namun ini usaha mereka membuatnya sendiri menggunakan apa sahaja yang ada.. Sekurang-kurangnya mereka masih dapat terus belajar walaupun dalam keadaan yang kadang-kadang sukar nak diduga..
Lukisan Amani menggunakan Kad gelugur, tisu dapur, pengorek telinga dan penutup botol..
Ini Amani kena buat laluan masuk dan keluar darah.. Gambar tu nak kena cetak, gunting dan tampal.. Salah susun dah terpaksa tambah kertas.. Walhal cukup je sebenarnya dekat atas A4..
Ini pula alat muzik dari apa sahaja bahan yang ada idrumah.. Imani buat gendang menggunakan kotak dan salotape serta gitar menggunakan kotak sabun, getah dan pensil..
semoga dipermudahkan untuk amani dan imani Study From Home hehe
ReplyDeleteKreatif kids!
ReplyDeletekreatif. Cantik gambar yg kedua tu.. :)
ReplyDeleteOk juga ada pengawasan ibu bapa masa buat. Silap-silap emak ayah yang lebih membuat.
ReplyDeleteBab tambah kertas tu lucu tapi comel :)
ReplyDeletehebatttt๐๐๐๐ gitar tu boleh keluarkan bunyi x?
ReplyDeletecreative betul amani , kalau atie mmg blurrrrr tahap tadak idea bab2 lukisan ni
ReplyDeleteBagus juga ada kerja seni macam ni. Walaupun online, kena gak ada hands on untuk ransang kreativiti
ReplyDeletewahhh kreatif imani buat alat muzik ! hehehe
ReplyDeletekreatif buat gitar tu. Aktiviti seni ni menyeronokkan :)
ReplyDeletehahah kelakar la yang laluan keluar masuk tu. macam2 hal diorang ni
ReplyDelete