Saturday, July 10, 2021

Ceramah Motivasi 'Pengurusan Emosi Ibu Bapa & Guru Menghadapi PdPR'

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Walaupun kita masih dalam tempoh PKP, namun PIBG dan pihak sekolah anak Sha tetap berusaha melaksanakan aktiviti bagi ibu bapa, anak-anak serta guru.. Pagi tadi telah diadakan satu Ceramah Motivasi bertajuk 'Pengurusan Emosi Ibu Bapa & Guru Menghadapi PdPR'.. Bila PdPR ini bukan senang ibu bapa dan Guru nak menguruskan emosi.. Banyak perkara yang disentuh oleh penceramah.. Semua orang mengalami tekanan emosi akibat bebanan tugas yang di luar jangka.. Ibu bapa yang berkerja perlu memantau urusan persekolahan anak-anak supaya anak-anak tidak tertinggal.. Malah ibu bapa turut perlu belajar sama kerana subjek sekolah anak-anak sekarang tidak seperti zaman dahulu.. KBAT nya lain macam.. Pihak guru pula kalau sebelum ini perlu menguruskan pelajar pada waktu persekolahan sahaja turut menerima bebanan kerja berlebihan bila kerja sekolah murid diterima tidak kira masa.. Kelas perlu dijalankan secara online dengan talian internet yang kadang ada, kadang tak ada.. Anak-anak sendiri turut perlu dipantau.. 

Semua orang terbeban, maka perlulah ada tolak ansur diantara ibu bapa, guru dan juga sekolah..

4 comments:

  1. Ceramah yang amat diperlukan sekarang, ramai dah burn out bila dah terlalu lama PDPR

    ReplyDelete
  2. Bagus ni PIBG dan pihak sekolah ada usaha untuk membantu parents dalam PdPR sekarang ni. Semoga ada kesan dalam menguruskan emosi dengan baik

    ReplyDelete
  3. betul tu sha..kalau masing2 main peranan msg2 Inshaa Allah smeua baik2 saja :)

    ReplyDelete
  4. ramai betul yang stress bila PKP ni. Sesuai lah ada inisiatif kelas macam ni bagi kurang sikit tekanan tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com