Assalamualaikum..
Hye semua..
Eva ini kisah pasal seorang perempuan bernama Eva yang terselamat semasa tempatnya diserang asap beracun hingga menyebabkan ramai orang mati.. Hanya beberapa kerat sahaja yang terselamat, antaranya ialah Eva, Aki, Kornia dan Rachel.. Namun Rachel mengambil keputusan membunuh diri sebab tak nak membebankan rakan yang lain.. Kemunculan Maya agak mengganggu sebab Maya seorang yang celupar dan mementinkan diri.. Eva kemudiannya menyelamatkan Adam dan juga Zara.. Dalam masa yang sama mereka terpaksa mengelak dari diburu Hunter.. Hunter ini pasukan yang jahat dan sangat kejam.. Kebetulan Aki berjaya mencipa radio dan mendapat siaran morse code memberitahu tempat selamat bernama Alta..
Perjalanan mereka ke Alta menemukan mereka dengan beberapa perkara yang tak dijangka.. Sejarah silam Aki dan rahsia yang disembunyikan Adam.. Kemudiannya mereka ditangkap dan beberapa nyawa melayang.. Berjayakah yang terselamat menjumpai Alta.. Kenalah baca..
Manusia selalu hilang kemanusian bila merasakan diri mereka terdesak namun masih ada yang berpegang kepada kemanusian.. Bukan mudah menjadi berani dalam dunia yang serba mencabar.. Sebuah cerita yang menarik dari penulis..
Sha baca pada 19.02.2022 dan selesai pada 20.02.2022..
Koleksi peribadi Sha..
Published May 17th 2021 by DearNovels
Macam best novel ni. Tertanya-tanya siapa yang terselamat pada akhirnya.
ReplyDeletemenarik jugak sinopsis. teringat dialog filem zombie mana entah..manusia akan keluar sifat asli bila dalam keadaan terdesak
ReplyDeleteBila jadi satu bencana mesti yang survive tu ada je yang mulut celupar. Teringat pulak cerita All of Us Dead.
ReplyDeleteAkak kalau beca cerita begini tak sabar nak tahu penghujungnya. Tahu-tahu dah intai bab akhir :)
ReplyDelete