Assalamualaikum..
Hye semua..
Allah.. Sedih ya amat drama ini.. Menyentuh perasaan bila anak-anak dia menunaikan permintaan si abah dengan memandikan abah mereka serta mengkafankan beliau.. Permintaan ini dibuat bila si abah tengok 4 orang anak yang dulunya rapat kini dah renggang.. Asal jumpa je gaduh.. Memang stress lah.. Nak berkumpul untuk berbuka pun si abah kena menipu yang dirinya dah nazak barulah anak-anak balik.. Sepanjang penceritaan drama ini ada babak-babak imbas kembali.. Memang satu teguran yang baiklah buat semua yang menonton..
Bahagianya mereka yang masih punya mak dan abah.. Bukan senang nak kembali ke masa lalu bila mak dan abah dah tak ada.. Walaupun ending drama ini agak kelakar namun apa ynag dismapaikan memang menarik dan menyentuh perasaan..
Permintaan Terakhir Abah
Waktu Siaran: Ahad, 10 April 2022, 10:00 malam
Rangkaian: Awesome TV
Pengarah: Opie Zami, M. Hitler Zami
Produksi: Opyglobal Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Hafidzuddin Fazil, Johan As'ari, Jay Iswazir, Hakim Nordin, Nur Atykah, Sue
Zahra Zarifah
Sinopsis Permintaan Terakhir Abah
Mengisahkan tentang Abah yang ingin meyatukan anak-anaknya yang semakin jauh terpisah kerana perbezaan pendapat. Abah tekad membetulkan keadaan dengan permintaan pelik.
ada anak ramai pun belum tentu bahagia. psakit kepala nak layan kerenah masing2
ReplyDelete