Saturday, November 5, 2022

Coretan 05 November 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada kenduri dekat kawasan Sha tinggal ini.. Sha pergi agak lewat juga, dalam pukul 2.15 petang macam tu.. Orang masih ramai tapi makanan dah habis.. Serba salah tuan ruma bila tengok tetamu tak makan.. Sha dan suami anggap tak ada rezeki kami.. Kami hadir untuk meraikan dan mendoakan pasangan yang diijab kabulkan bahagia hingga ke syurga..

Oleh kerana tak makan lagi, maka terus jelah keluar pergi makan dekat food court Behrang Stesen.. Bila redha dengan rezeki Allah, selesai makan pakcik dekat food court tu belanja rojak buah percuma.. Lepas makan, kami tak terus balik.. Sha singgah rumah pengasuh transit anak-anak Sha.. Nak ajarkan anak pengasuh tu macam mana nak guna aplikasi iPTPTN.. Sha pun sebenarnya tak pandai, tapi bolehlah.. Alhamdulillah berjaya juga setup akaun dan buat bayaran pertama untuk pinjaman belajar beliau.. Kalau ikutkan anak pengasuh tu belum dapat surat lagi tapi sebab dah berkerja, dia nak mula bayar.. Mudah betul dengan aplikasi iPTPTN tu.. Baki pinjaman tu terus tolak lepas kita bayar.. Memang senang lah nak jejak pembayaran dan baki pinjaman.. Sebelum balik pengasuh anak tu bagi nasi daging, begedil dan ubi getok.. Rezeki.. Malam ini dah tak payah fikir nak masak apa..

Dapat cenderahati dan goodies..

Isi dalam paper bag.. Ada biskut red valvet, popcorn, air dan sapu tangan..

Ini dalam goodies beg untuk budak-budak.. Koko Krunch, milo dan candies..

6 comments:

  1. Alhamdulillah..tak merasa rezeki lain, dapat rezeki lain :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Ikhlas dan redha, membawa rezeki yang melimpah.

    ReplyDelete
  3. bestnye ada org tolong settingkan iPTPTN kannn., hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki datang dari darah tidak disangka.

    ReplyDelete
  5. Wak pun makan tengah hari dekat kondangan tadi

    ReplyDelete
  6. Murah rezeki Kak Sha dan keluarga.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com