Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha dan keluarga ke Ipoh lagi.. Menyambung kerja-kerja pembersihan di rumah Sha.. Tapi kami di duga dengan kesesakkan lalu lintas akibat kemalangan di atas highway.. Patutnya di Tapah kami naik highway tapi bila berselisih dengan kenderaan yang banyak keluar dari highway, encik suami periksa google maps dan temui ada kesesakkan di atas highway.. Maka kami teruskna perjalanan di jalan lama.. Malangnya kami tetap tersangkut dengan kesesakkan.. Bertapa lama kami hampir 6 jam di dalam kereta.. Encik suami agak gelisah sebab ada orang menunggu di rumah Sha.. Orang tu tunggu hampir 2 jam lamanya..
Awalnya sesak sampai ke sini sebab polis buat sekatan.. Lepas tu lancar sekejap dan kembali sesak bila polis minta kenderaan dari highway turun ke jalan lama.. Sepanjang-panjang jalan tu ada polis cuma tu lah.. Sikap manusia yang pentingkan diri membuatkan kesesakkan jadi lebih teruk..
Pagar yang nak dicat semula.. Runsing Sha tengok dia karat.. Beli cat Ocean Grey dekat Shopee je, 1 tin (1l) - RM30.00 (postage 60 sen).. Memang ngam-ngam satu liter untuk pagar depan ini.. Patutnya Sha cat juga pintu utama tapi bila dah penat, memang tak ingat langsung.. Masa buat entry ini barulah teringat..
Tu dia.. Seketul Sha sedang mengecat.. Penat owh.. hahaha.. Tapi pagar ini kalau tak ada Amani tolong, memang tak siaplah.. Encik suami pun ada tolong touch up sikit-sikit..
Ini juga antara yang kami buat.. Encik Suami menampal semula lubang-lubang pada bumbung yang bocor.. Buang cat pada dinding yang rosak dan plaster semula..
Selain itu, encik suami juga tolong tambahkan satu plug point di dapur.. Lupa pula nak ambil gambar kerja yang ini..
Masa dalam perjalanan balik, ada sekumpulan motor rempuh kereta kami sebab mereka break mengejut.. Hampir jatuh hanya kerana terlalu suka dan tak peka dengan isyarat lampu yang sudah bertukar merah.. Geram je Sha.. Memang sempat marahlah.. Habis bercalar dan kemek.. Sha paling risau diorang jatuh dan cedera, dah jadi satu kerja pula nak telefon ambulans dan polis.. Mujurlah kereta Sha je yang cedera sikit.. Lepas marah bebudak tu, kami blah.. Malas nak fikir, badan dah penat kan..
Separuh jalan, baru perasan tertinggal bekas ais yang baru di beli.. huhuhu je lah kita.. Sha bawa kereta dari Ipoh ke Behrang sebab encik suami kepenatan.. Kerja beliau lagi banyak dari Sha..
Betul tu, penatnya mengecat. Saya pernah cat rumah dengan suami, memang pengsan!
ReplyDeleteNasib baik x ada apa yg teruk cedera. Owhhh Sha ddk Behrang ye ibu ingat msh di Ipoh.
ReplyDelete