Friday, August 2, 2024

ebook | Dara Gangster & The Gang oleh Amarilis Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya tentang Dara yang agak luar biasa perangai nakalnya.. Memanjat, sabotaj dan mengusik orang adalah perkara biasa.. Namun usikan atau sabotaj yang dilakukan biasanya bersebab.. Membaca buku ini memang mampu buat kita bergelak ketawa dengan gelagat Dara dan rakan-rakan dia.. Tapi ada juga kebaikan dan tauladan yang boleh kita ambil dari cerita ini.. Memang layanlah.. Ada babak Dara menyamar menjadi hantu, menakut-nakutkan orang.. Ada juga kejadian di mana Dara tak sengaja memisahkan kawan baik dia Bedah dari kekasihnya, hanya kerana ingin membantu.. Namun kesudahannya baik.. Tapi Dara tanpa sengaja telah melakukan kesalahan yang agak besar hanya kerana tak ingin berkahwin dengan pilihan keluarga sehingga menyebabkan maknya masuk hospital.. Bahagian ini agak keterlaluanlah sedikit tindakan Dara..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2024..

Dara Gangster & The Gang oleh Amarilis Rahim
Ideafikirfiksi Publisher
97862997296
2023
381 m/s
Nama aku, Dara binti Mat. Orang kampung panggil aku, Dara Gengster. Pasai apa depa panggil aku lagu tu? Panjang ceritanya tapi aku pendekkan... malam tu, aku dan kengkawan main mercun bola atas pokok rambutan. Waktu aku baling mercun tu ke bawah, ngam-ngam pak imam pun lalu. Terkejut beruk orang tua tu sampai motor dia terbabas dan menjunam secara front flip ke dalam parit. Tak pasai-pasai badan pak imam berbungkus macam mumia hidup kat hospital. Semua gara-gara aku. Aku ada dua orang kawan baik. Bedah dan Busu. Bedah ni jenis cool tapi mudah koyak (sentap). Dia rajin tulis surat kat pakwe dia tapi akhirnya, pakwe dia kahwin dengan perempuan lain. Semua tu terjadi gara-gara aku juga. Sadis ooo! Busu pula jenis sengal. Dah lah sengal, dia punya ideologi dalam masak memasak memang tak boleh blah. Pernah sekali, aku makan kuih kaswi yang dia buat. Dalam resepi duk tulis dua sudu kapur. Dia pi tibai letak kapur barus dua sudu. Menggelejat aku masa makan kuih tu. Ish, mujur kapur barus! Kalau kapur kasut? Inilah kisah aku dan kengkawan. Kisah zaman kami muda-muda dulu. Kisah yang ditulis untuk mengenang kembali zaman nostalgik 90an. Zaman cintan cintun aku dengan abang posmen. Bedah dengan abang Jepri. Busu dengan abang Halim. Zaman tak dak handfon canggih. Tak dak Instagram, Whatsapp dan Facebook!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com