Assalamualaikum..
Hye semua..
Penulis ini selalu memberikan karya yang di luar jangkaan.. Sha suka membaca buku beliau tanpa mencari sinopsis sebab awal-awal cerita saja dah cukup untuk mengikat Sha.. Penceritaan beliau pasti berjaya menjerat Sha untuk teruskan pembacaan.. Siapa Hajar?? Apa kaitan antara Hajar dan Eza??
Perlahan-lahan penulis bawa kita ke dalam dunia Hajar.. Bagaimana kesilapan yang tak sengaja berakhir dengan sesuatu yang lebih besar.. Hajar terpaksa berkahwin dan memulakan hidup baru dengan Zul.. Perkahwinan yang awalnya bahagia tercemar dengan kebodohan dan kesilapan Zul.. Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku.. Hanya kerana kesilapan tersebut bukan sahaja hidup Zul dan Hajar huru hara, turut terkena tempiasnya adik Zul dan juga keluarga baru Hajar bila Hajar mula belajar menerima takdir..
Memang sedihlah baca kisah mengenai Hajar ini.. Meleleh air mata.. Jenuh jugalah baca, berhenti dan baca semula.. Penulis bagi cerita yang meruntun jiwa.. huhuhu.. Namun begitu ada pengajaran yang penulis bagi pada pembaca.. Setiap manusia diberi pilihan, kalau tersalah pilih padahnya bukan pada diri sendiri sahaja tetapi orang disekeliling.. Kita selalu terlupa hidup kita ini saling berkait..
Published March 1, 2025
Alhamdulillah terima kasih kak sha atas review, terima kasih sebab suka karya saya ❤️❤️❤️
ReplyDeleteSR ini hebaaat . Sedang ambil S3 (PHD) pun masih sempat menulis buku. Saluuut saya dengan dia. Sudah baca beberapa bukunya, dan memang bagus2 👍
ReplyDelete