Assalamualaikum..
Hye semua..
Satu perkongsian yang baik dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai HFMD ini..
Ibubapa memainkan peranan penting dalam mengawal kejadian penyakit HFMD.. Anak-anak boleh mendapat jangkitan bukan hanya dari pusat asuhan dan bimbingan sahaja tetapi dari tempat-tempat lain juga.. Maka menjadi tanggungjawab ibubapa, penjaga dan masyarakat dalam mengawal penularan penyakit tangan, kaki dan mulut ini (Hand, foot and mouth disease - HFMD).. Ini adalah penting ekoran HFMD boleh tersebar dengan mudah jika aspek kebersihan dan penjagaan kesihatan tidak diamalkan dengan baik oleh semua.. Bersama-samalah kita berusah mencegah dari HFMD ini..
Sha sertai webinar ini guna telefon bimbit ja sebab ada program dengan pejabat juga..
Kenapa penyakit berjangkit mudah kena kepada kanak-kanak..
Selain HFMD, ini antara lain penyakit berjangkit yang ada..

Anjuran : Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Pejabat Kesihatan Daerah Muallim
Penceramah : Pegawai Perubatan Epidemiologi, dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim
Tarikh : 7 Mac 2025 ( Jumaat )
Masa : 3.00pm – 5.00pm
Platform: Google Meet
Memang lagi banyak yg sakit ini. Makanya saya selalu bilang ke anak2 utk rajin cuci tangan, setiap saat, termasuk saat selesai bermain dengan kucing2 di rumah.
ReplyDeleteKuman dan virus itu bisa di mana aja soalnya.