Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha sekeluarga ke Ayer Tawar ziarah kubur arwah abah dan juga ibu.. Awal kami keluar dari rumah.. Jam 7.15 pagi dah gerak.. Tapi singgah Teluk Intan dulu cari sarapan pagi.. Alhamdulillah jumpa juga kedai yang jual nasi lemak.. Kikiki.. Perut kenyang, baru teruskan perjalanan.. Ikut lebuhraya WCE keluar dekat persimpangan Setiawan dan terus ke Pekan Ayer Tawar.. Alhamdulillah selesai ziarah kami gerak ke tempat lain..
Hari ini 6 tahun Abah tiada disisi Sha.. Kami tak adalah rapat namun ini sahaja figura orang tua yang Sha ada lepas kehilangan emak pada usia 4 tahun..
Ibu wujud dalam hidup Sha selepas arwah mak tiada.. Tak rapat namun beliau Sha hormati..
Ini pula kubur mak dan bapa saudara Sha.. Tak adalah dekat mana namun membesar bersama mereka sejak Sha sekeluarga pindah ke Ayer Tawar..
Rumah lama yang pernah Sha huni suatu masa dahulu.. Simpan sini sebagai kenangan.. Tak ada dah kembali ke sini.. Tinggallah semua kenangan yang pernah ada disini.. Tak kiralah bahagia mahupun sedih..
Batu2 putih di kubur itu saya suka ❤️. Lebih bagus begini. Jadi tak tergenang air. Alfatihah utk Abah, Mak dan ibu kakak yaa 🙏
ReplyDeleteMenggamit memori bila datang semua ke tempat lama.
ReplyDelete