Assalamualaikum..
Hye semua..
Rupanya kebanyakkan jenama kopi di pasaran sekarang memang akan datang dengan minuman peket yang mudah untuk dibancuh.. Ini antara minuman yang agak terkenal tapi Sha tak pernah cuba.. Kebetulan Sha jumpa yang jenis peket ini di Shopee, jadi Sha belilah buat rasa-rasa.. Pada Sha, Bungkus Kaw Kaw ini bukan sekadar jenama kopi.. Setiap paket ada personaliti tersendiri, tapi semuanya berkongsi satu rasa iaitu rasa kopi sebenar yang tak padu..
Bungkus Kaw Kaw: Kopi (40g) - RM3.80
Kopi dia pekat, beraroma dan cukup manis untuk bagi tenaga tanpa buat tekak serabut.. Rasa dia seimbang antara pahit dan lembut, macam pagi yang baru lepas hujan.. Oleh kerana rasa kopi dia padu betul, Sha bancuh tu, memang Sha lebihkan air untuk kurangkan manis tapi masih terasa lagi kopi dia.. Memang lain macamlah..
Bungkus Kaw Kaw: Kopi Lo (40g) - RM3.80
Ini pula kopi yang digandingkan dengan rasa coklat namun masih punya rasa kopi yang padu.. Sesuai untuk mereka yang nak rasa kopi tapi tak mahu jantung berdegup laju.. Masih ada “kick” dari rasa coklat cuma tidak mengganggu rasa kopi tu.. Sesuai sangat untuk hari yang malas tapi masih nak nampak produktif..
Bungkus Kaw Kaw: Kopi O Kosong (15g) - RM3.21
Inilah true test bagi peminat kopi tulen.. Tiada gula, tiada hiasan.. Just bold, pahit manis semulajadi biji kopi yang berkarakter.. Tegukan pertama terus rasa macam duduk dekat warung hujung kampung, hirup kopi panas sambil dengar radio klasik.. Layan.. Memang padu..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..