Friday, November 16, 2018

Tebus Kupon Domino's

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada sharekan pasal kupon Domino's dekat entry SINI.. Jadinya tengahari tadi Sha ke Domino's untuk tebus free pizza personal yang diberi untu pendaftaran baru.. Seronok pula buat tempahan online ini.. Memula pilih tempat pick up dan masa nak ambil.. sebab kawasan Sha ini tak ada penghantaran, makanya kenalah pergi ambil sendiri.. Lepas pilih cawangan mana kita nak gi ambil pizza, barulah kita pergi pilih pizza, side order dan juga apa-apa yang kita nak beli.. Lepas tu checkout dan pilih nak bayar online ataupun cash masa ambil pizza.. Selalunya Sha bayar masa ambil pizza.. Yang bestnya tak payah dah nak beratur.. Terus pergi kat kaunter dan cakap nak ambil tempahan online.. Nanti pekerja Domin's tu akan tanya nama kita.. Pekerja ambil pesanan dan kita bayar.. Selesai.. Mudah sesangat kan.. Cepat pun cepat..

Sha beli
Pulled Beef Pizza - teringin nak rasa sebab ramai yang kata tak pedas.. Memang tak pedas pun.. Sedap pun sedap..
Aloha Chicken - Yang ini untuk anak dara Sha.. Kesukaan dia nie..
Stuffed Cheddar Bites - Yang ini kesukaan kami anak beranak.. Kikiki..

Simpul Kasih Blogger Hanim Hashim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali beli dan cuba.. Memang sedap.. Rasa inti dia yang sedap dan kulit popia yang rangup memang terbaiklah.. Bukan Sha je yang suka.. Anak-anak Sha pun suka makan.. Siap bawa bekal ke sekolah.. Tak rugi Sha beli.. Berbaloi tau.. Kalau korang berminat boleh ke page Blogger Hanim Hashim di SINI.. Ataupun mesej beliau di Facebook di SINI dan Instagram di SINI.. 

Tips Penyimpanan Ikan dan Ayam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ambil cuti sebab Hari Anugerah Amani dan Imani.. Tapi Majlis habis awal dan bebudak ini memang duku rumah pengasuh.. Petang Amani ada sekolah agama kan.. Disebabkan majlis habis awal dan barang basah memang dah habis, makanya Sha pun pergi mencari lauklah.. Habis RM61.59 semuanya.. Dapatlah 4 bungkus ayam, 6 bungkus ikan.. Cukuplah sampai minggu hadapan.. Dekat 2 jam menyiang dan membasuh ikan dan ayam.. Kepenatan.. hahaha..

Jenis ikan yang Sha beli..
Ikan Nyok - Seekor (sekali masak)
Ikan Sardin 12 ekor (2 kali masak)
Ikan Mata Besar 12 ekor (2 kali masak)
Ikan Bawal Cermin 6 ekor (sekali masak)
Ayam seekor dan 14 ketul chicken drummet (4 kali masak)

Ikan dah diasing-asingkan menggunakan Zip lock bag..

Ayam pun dah diasingkan dan dibubuh dalam zip lock bag..

Thursday, November 15, 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi 2018 di Sekolah Amani & Imani.. Alhamdulillah, Majlisnya berlangsung dengan pantas dan tidak memakan masa yang lama.. Bermula dengan Kelas Pendidikan Khas, Pra Sekolah 5 & 6 tahun seterusnya Darjah 1 - 5, Penyampaian Anugerah-anugerah lain dan Graduasi Darjah 6.. Sha tak tunggu sampai habis pun.. Elok je Imani dan Amani dah naik pentas, terus Sha jumpa cikgu dan tanya untuk bawa mereka balik.. Disebabkan hari ini memang cuti peristiwa, cikgu lepaskan mereka balik awal..
Amani dan Imani dapat hadiah dan juga sijil.. Alhamdulillah.. Selesai untuk sekolah pagi.. Tinggal sekolah petang pula minggu hadapan..

Mak belanja chocolate bouquet..

Kakak Amani dapat 2 sijil, fail dan alatan tulis..

Adik Imani dapat Beg sekolah, pencil case, sijil dan piala..

Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi 2018.. Tarikh - 15.11.2018

The Guest (2018) #1

Assalamualaikum..
Hye semua..


Drama ini baru je habis.. Sebelum ini Sha ada buat review drama ini, di SINI.. Tapi disebabkan plot twist drama ini memang dasyat, tu yang Sha review buat kali kedua.. Drama ini memang mengujakan dan juga menyeramkan.. Babak babak yang dipaparkan dalam drama ini, sangatlah tak sesuai ditonton oleh anak-anak.. Sha tengok sorang-sorang drama ini..

Sampai episod 11 je hati dah tak tentu arah.. Siapa sebenarnya Park Ii Do ini..? Siapa sebenarnya yang kena rasuk..? Kenapa dia merasuk?? Adoi.. Banyak betul persoalan.. Bila berjaya menonton sampai episdo akhir memang seram dan geram.. Banyak betul plot twist yang penulis cerita ini bagi.. sampai ke hujung cerita ada plot twist.. Tapi episod akhir tu emmang banyak bermain emosi.. Emosi seram dan juga sedih.. Seramlah part siapa penjenayah dia tu.. Memang tak sangka.. Kemudian sedihlah tengok persahabatan mereka bertiga untuk drama ini.. Sangat setia sampai ke akhir cerita..

Memang best drama ini..

Abell, Sekolah Kita Berhantu! oleh Nuharu Yachi

Assalamualaikum..
Hye semua..


Novel ringan dari siri Magic Bean keluaran GempakStarz.. Boleh tengok SINI untuk tajuk yang lain..
Kisah seorang remaja bernama Abell yang menjadi halimunan secara tiba-tiba.. Walaupun seronok mengacau kawan-kawannya dan membalas balik perbuatan buli yang diterimanya, Abell tetap rasa susah hati.. Susah hati kerana dirinya tidak kelihatan pada pandangan orang lain.. Kisah persahabatan, dikhianati sahabat dan sifat rendah diri yang melampau.. Selain dari Abell yang halimunan, sekolah mereka juga ada hantu.. Namun penjelasan mengenai hantu tu tak berapa nak terperinci.. Hanya muncul mengganggu..

Memang sebuah novel yang menarik dan seronok dibaca..

Sha baca dan selesai pada 11.11.2018..

Koleksi Sha

Diterbitkan oleh Gempakstarz

Wednesday, November 14, 2018

Devil Inspector (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini pendek je.. Ada 9 episod dan setiap episod lebih kurang 12 ke 15 minit je.. KIsah penyiasatan dua budak sekolah bersama detektif perempuan yang menyelamatkan dan menjaga dua budak lelaki ini.. Mereka kehilangan mak ayah dalam satu peristiwa letupan.. Sejak itu 3 orang ini berkerjasama menyelesaikan kes dan berusaha mencari mak ayah mereka.. Drama ini tergantung.. 


Devil Inspector
Also Known As: Evil Detectives; Akdong Detective; Rebel Detectives; Bad Boy Detective | KDrama | Friendship, Mystery, Comedy, School, Youth, Detective, Investigation | Web Drama | 9 Episodes | 12 Sep 2017 - 28 Sep 2017 |

Korean Drama (November 2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom tengok drama- drama menarik untuk bulan November.. Ini drama pilihan Sha tau.. Biasanya Sha layan drama seram, misteri dan penyiasatan.. Komedi pun kadang-kadang je.. Cinta dah kurang minat.. 5 drama di bawah ini antara yang Sha nantikan.. Fantasy, historical dan misteri..


Drama: Mama Fairy and the Woodcutter
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Nov 5, 2018 - Dec 25, 2018 

Drama: Feel Good To Die
Country: South Korea
Episodes: 32
Aired: Nov 7, 2018 - Dec 27, 2018

Drama: God's Quiz: Reboot
Country: South Korea
Episodes: 12
Airs: Nov 14, 2018 - Dec 20, 2018

Drama: Children of Nobody
Country: South Korea 
Episodes: 32
Aired: Nov 21, 2018 - ?

Drama: The Last Empress
Country: South Korea
Episodes: 48
Aired: Nov 21, 2018 - Feb 7, 2019

Tuesday, November 13, 2018

Misi Detektif Fateh 3: Nota Misteri oleh Afiq & Nazry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini buku kanak-kanak.. Buku yang sangat menarik dibaca.. Kisah penyiasatan Fateh dalam menyelesaikan misteri yang berlaku di sekolah.. Semuanya berpunca dari suara seorang lelaki didalam tandas.. Penyiasatan yang ketiga dalam novel ini berjaya menemukan Fateh dengan pemilik suara misteri itu.. Penemuan yang mengejutkan.. Siapakah pemilik suara itu??

Sha baca dan selesai pada 10.11.2018..

Buku ini terbitan Galeri Ilmu

The Ghost Detective (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini, awal-awal tengok dah berdebar-debar.. Hantunya ganas betul.. Yang lebih menakutkan bila rupa hantu tu, sweet gila tapi tindakan dia menakutkan.. Lagi buat jantung Sha berdegup laju.. Sadis rasanya.. Setiap episod berjaya buat Sha tengok celah jari.. Hahaha.. Penakut.. Tapi nak tengok juga..

Pelakon Lee Ji-ah sebagai Sunwoo Hye memang ohsemlah.. Muka innocent tapi tindakan dia membunuh disebabkan terlalu marah dengan mak dan ayah dia memang menakutkan.. Bila kita tengok tindakan dia membunuh tanpa rasa bersalah, memang seram.. Drama ini walaupun tak ada hantu yang muka menakutkan tetap cerita yang menakutkan.. Faham tak? Hehehe..

Satu yang Sha belajar dari drama ini ialah pilihan.. Kita sentiasa kena memilih dan kita kena hadap walau apa pun akibat dari pilihan kita.. Pengorbanan demi yang tersayang bukanlah semudah mengungkapkannya.. Setiap kita ada pemikiran jahat dan baik tapi kita yang memilih untuk meneruskan apa yang ada di fikiran kita tu..

Sha harap akan ada season 2 sebab kisah Detective Lee Da-il dan Jung Yeo-wool, memang menarik untuk dikembangkan..

 
 The Ghost Detective
Also Known As: Oneului Tamjung: A Few Good Men; Today's Private Investigator; Today's Detective
KDrama | Thriller, Mystery, Horror, Supernatural, Detective, Investigation | 32 Episodes | 5 Sep 2018 - 31 Oct 2018 |

Monday, November 12, 2018

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malang tidak berbau.. hehehe.. Peristiwa tengahari tadi, encik suami ambil Sha kat pejabat dengan motor.. Baru motor tu gerak tak jauh dari pejabat, skirt Sha tersangkut dekat tayar motorsikal encik suami.. Mujurlah Sha perasan sebab rasa tertarik dan encik suami pun tak bawa laju.. Terus suruh encik suami berhenti.. Kain memang tak dapat nak diselamatkan.. Nak koyakkan, tak ada gunting.. Mujur kereta memang adak kat parking pejabat.. Kejadian berlaku pun tak jauh dari pejabat.. Makanya Sha mintalah encik suami untuk ambilkan kain telekung dalam kereta.. Sarungkan kain telekung, lepas tu tanggalkan skirt yang dah terlekat dekat tayar tu.. Hahaha.. Boleh bayangkan tak?? Sila jangan bayangkan.. Hahaha..

Habis jahanam skirt kesayangan Sha..

Shopping di Shopee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjebak dengan Shopee pula kali ini.. Hari tu rasa macam Shopee ini tak berapa best.. Tapi baru ini tertengok game Shake Shake dekat Shopee.. Memang berjayalah Shake Shake dan menang coins.. Lepas tu terjebak pula dengan Shopee Shocking Sale.. Terbeli Thermos Flask 2 ketul.. Niatnya nak bawa ke pejabat.. Semoga tak perlu lagi menggunakan plastik pembungkus di kantin.. Doakan Sha istiqamah ye.. Sha beli 2 ketul sebab satu untuk air panas dan satu lagi untuk air sejuk.. Warna Merah dan Hitam..

500 ML GOOD QUANLITY THERMOS FLASK
Ini gambar dekat website Shopee..

Ini yang Sha dapat.. Sama kan.. Berbaloi sangat pada Sha dua ini RM25 je..

Lepas tu baru ini, Sha terbeli pula handbag.. Semuanya sebab harga dan design.. Nampak macam sempoi je design dia kan.. Sha pun belilah.. RM18.00 untuk dua buah beg.. Hancus.. 

GRIMO 2 In 1 Magic Shoulder Bag Beg Tangan Bags Sling Handbag
Inilah beg yang Sha beli.. Ini gambar dekat website Shopee.. 

Berbaloi dengan harganya.. Terus pakai.. Hehehe.. (Tapikan.. tak tahan lama.. Talinya udah putus.. Sempatlah Sha pakai seminggu.. Hahaha.. Dapat 7.11 dan 13.11 talinya putus..)

Beg dah selamat sampai.. Inilah yang realnya.. Sama je dengan dalam gambar.. Memang berbaloilah pada Sha.. (Yang ini masih okay dan boleh dipakai..)

Cadangnya hujung bulan ini nak beli pensil warna dan juga beg sekolah untuk anak-anak.. Dah ada dalam target dah.. kikiki.. Beg Sekolah tu pada Sha, berbaloilah.. Harga, saiz dan juga ianya datang sekali dengan pensil box.. Kalau jadi beli, Sha buat entry lain tau..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com