Thursday, August 22, 2019

Imani Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..


Tengahari tadi masa ambil Imani dan Amani untuk sekolah agama, kemain teruja Imaji bercerita gigi graham dia ditampal doktor gigi.. Sibuk suruh ambil gambar gigi yang ditampal, nak tunjuk kat ayah katanya.. Imani bagi tahu dia nangis sikit je.. Elok pula dia bagi gigi dia ditampal.. Kalau kat sekolah, apa je boleh.. hehehe.. Begitulah perangai anak-anak.. Cikgu tu lebih memberi impak.. kikiki.. Bagus juga sebenarnya.. Lebih menghormati dan menerima seadanya.. Harapnya sampai dewasa sikap menghormati guru tu kekal dalam diri..

Signature Jalanan oleh Teme Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sesuai dibaca semua peringkat umur.. Kepayahan seorang pelajar yang begitu komited dengan sekolah tapi akhirnya diketepikan.. Kepayahan seorang pelajar dalam mencari cara bagaimana nak memastikan markah periksa lulus dan tak gagal.. Konflik seorang pelajar yang ingin menegur rakannya cara yang betul dalam mengajak ke arah kebaikan.. Semua konflik ini kita boleh relate dengan diri kita bila kita membaca Sinature Jalanan oleh Teme ini.. Walaupun Teme bercerita mengenai budak sekolah, namun apa yang mereka lalui itu, kita faham.. Oki, Ben, Joe, Alif dan Zack saling berkait antara satu.. setiap dari mereka ini ada konflik yang tersendiri.. Teme berjaya mengolah ceritanya dengan baik dalam menyampaikan isi buat pembaca.. Buku yang awesome pada Sha..

Sha baca dan selesai pada 21.08.2019..

Sha pinjam buku ini dari kawan pejabat Sha..
Published March 2019 by Iman Publication

Sample Free From Systema

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin dapat sample free dari Systema.. Bukan 1 tapi 3.. Hehehe.. Tak sangka pula dapat banyak macam ini.. Bolehlah standby untuk travel.. Saiz comel senang nak bawa.. sha first time nak cuba ubat gigi Systema ini.. Selalu guna berus gigi dia je.. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Ubat gigi dia baru ini nak cuba.. Tu yang request sample ini.. 2 atas nama Sha, 1 lagi atas nama encik suami.. Terima kasih Systema..




Wednesday, August 21, 2019

Korea | The King's Letters (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam tengok filem ini.. Simple dan menarik.. Suka sha tengok usaha seorang raja dalam nak bagi rakyat dia pandai emmbaca dan lepas dari cengkaman pemerintahan negara China.. Walaupun diugut oleh menteri beliau untuk tidak melaksanakan penciptaan huruf, namun raja tu tak patah semangat.. Tetap teruskan usaha beliau dalam mencipta huruf yang memudahkan semua rakyat untuk kenal dan gunakan.. Dibantu oleh permaisuri, sami dan dua orang kuat beliau.. Akhirnya raja tu berjaya tapi bukan mudah nak sebarkan setelah berjaya mencipta.. Tambahan pula mendapat tentangan dari menteri-menteri beliau..

The King's Letters.
Also Known As: Naratmalssami; Our Country's Language.
KMovie | Historical, Drama | 4 July 2019 |

Misteri Menggangguku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak ada gangguan mistik dekat Perpustakaan ini.. Minggu lepas masa cuti sekolah sha kena.. Naik atas (Sha jaga buku dekat rak atas) untuk Shelving/susun buku dekat rak.. Sha naik berdua dengan budak praktikal.. Nak ajar dia macam mana kami shelving buku.. Sha tak buka semua lampu.. Buka dekat bahagian rak Sha je.. Masa dah nak dekat habis shelving, tiba-tiba ada rak dekat bahagian depan kena gegar dan buku jatuh.. Sha pun gigihlah jenguk.. Hati dah rasa tak sedap.. Tapi jenguk atas bawah nak tahu siapa yang buat.. Malangnya tak ada lah pula.. Terus jerit panggil nama budak praktikal tu.. Budak tu nyahut, dia ada dekat bahagian belakang.. Ah.. Sudah.. Sha kuatkan semangat.. Pergi dekat dia buat macam tak ada apa.. Lepas tu teruskan je shelving sampai habis.. Meremang rasanya.. Lama dah tak ada kejadian macam ini.. Mulanya rasa macam perasaan Sha je, tapi bunyi rak dan buku tu kuat..

Semalam petang pula ada staf Jabatan Eletrik buat kerja dalam Perpustakaan.. Mereka pun kena kacau juga.. Kejadian berlaku dekat aras atas juga.. Ada 2 orang budak dengar suara perempuan mengaji dekat dalam surau.. Bila diorang tegur, lagi kuat suara tu mengaji.. Terus diorang settle dan kemas, terus keluar.. Pastu pagi ini masa diorang pulangkan kunci dekat Sha, diorang tanya soalan dan cerita apa yang jadi petang semalam.. Nampak gayanya kena buat acara bersih-bersih balik ini.. Hurm.. Patutlah sejak akhir akhir ini bila masuk Perpustakaan rasa gelap dan suram je.. 


Tergolek Hatiku Kerana Kamu oleh Imanisa Riana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya bermula dengan sangat menarik.. Hero menyelamatkan heroin.. Ada adegan tembak menembak.. Tapi makin lama Sha baca makin Sha confuse.. Watak Heronya terlalu misteri dan penerangannya tak berapa jelas.. Heroinnya pula agak huru hara.. Kalau ikutkan cerita ini boleh jadi lebih baik tapi bila konflik yang ditimbulkan berada dalam keadaan tergesa-gesa dan penyelesainnya pun mendadak, cerita jadi kurang menarik.. Pengakhiran cerita pun agak nak cepat.. Cerita ini akan lebih seronok kalau disusun dengan baik.. Apa pun Sha habis jugalah membaca..

Sha baca pada 19.08.2019 dan selesai pada 20.08.2019...

(ebook : PNM e-Reader)

Pinjam dari elib PNM..
Published 2014 by GedeBook

Tuesday, August 20, 2019

Tudung Bawal Edisi Bendera Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam group Puspanita tempat Sha kerja dapat WhatsApp dari pemilik butik AzahFandi mengatakan ada sale 50% untuk semua produk di buti beliau.. Sha ternampak kan tudung bawal kanak-kanak edisi Bendera Malaysia, terus gi beli.. Harga asal RM25.00 lepas diskaun RM12.50 sahaja.. Sha beli dua tapi corak lain-lain.. Nanti akan ada sambutan di sekolah, bolehlah mereka pakai.. Sha cari yang jenis sarung, tak adalah pula.. Cantik bila tengok coraknya.. Kawan pejabat sha beli yang bidang 60.. Sha sebab dah lama tak pakai bawal kan.. Dah tak berapa confident..

Dua tudung bawal.. 1 untuk Amani dan 1 untuk Imani..

Door gift yang ohsem..

Shawl dan inner tangan..

Siap ada jamuan makan lagi untuk pelanggan yang ke butik beliau..


Hadiah Top Commentator dari Shikin Razali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang semalam sha terima satu bungkusan pink yang sangat mengejutkan.. Dalam hati tertanya-tanya siapakah gerangan yang mengirimkan hadiah sebesar itu kepada Sha.. Bila tengok nama pengirim terus rasa terharu yang amat sangat.. Rupanya hadiah ini dari Blogger Shikin Razali pemilik blog Jurnal Shikin Razali.. Hadiah ini diberikan kepada semua top commentator blog Shikin sempena bulan kelahiran beliau.. Alhamdulillah semoga Shikin dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..



Board dan perfume..
Wangi tau perfume tu.. Ayat tu nak gantung dalam bilik bacaan Sha..

Nota comel dari Shikin..

Monday, August 19, 2019

Kampung Hilang oleh Rosli Mohd Sah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih meneruskan pembacaan.. Kali ini Sha pilih buku paling baru yang ada dalam koleksi rak Sha.. Buku seram keluaran Love Novel..

Cerita yang satu ini betul-betul buat Sha hilang.. Ceritanya berselirat dengan persoalan.. Dari awal cerita hingga ke hujung cerita, persoalan demi persoalan keluar macam air.. Siapa yang jahat, siapa yang nak menolong semuanya mengelirukan.. Persoalan mengenai kampung hilang ini berjaya membuatkan Sha membaca tanpa henti.. Hingga berhentilah dari menonton drama kegemaran.. Semuanya sebab nak tahu apakah pun Kampung Hilang ini hilang.. Kedatangan 4 orang budak yang ingin meneroka buat ceritanya menjadi lebih banyak persoalan.. Siapa sebenarnya Sofia dan apa kaitannya dengan Kampung Hilang.. Akhirnya bila sampai di hujung cerita, jiwa rasa tersentak.. Begitu mudah syaitan mempermainkan manusia.. Sungguh tak disangka kesudahan ceritanya sebigitu.. Hilang terus Sha rasa..

Sha mula membaca dan selesai pada 18.08.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published June 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

Mengait Kelapa Muda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah geram tengok gugusan buah kelapa yang bergayut di pokok depan rumah tu.. Semalam petang pujuk encik suami untuk tolong kaitkan yang muda buat minum petang.. Hehehe.. Kelapanya kecil-kecil je tapi banyak betul.. Memang geram Sha tengok.. Lebat betul buahnya.. Encik suami kait 7 biji tapi satu sebab muda sangat pecah tanpa sempat diselamatkan.. Tinggallah enam biji.. 3 biji memang muda betul, tak ada isi langsung.. Air je.. 3 lagi dah agak tua.. Tapi masih boleh dikorek isinya.. Alhamdulillah.. segar je bila dapat minum air kelapa.. Kalau beli, sebiji RM4 tau.. 

Meriah buah kelapa bergayutan di pokok..

Encik suami mengait kelapa..

Bertungkus lumus mengopek kelapa demi airnya.. hehehe

Dapatlah sejag air kelapa.. Memang puas minum..

Filem Animasi United States | Appleseed Alpha (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Weekands hari tu Sha ada tengok filem animasi sains komputer ketenteraan.. Agak menariklah cuma tak berapa sesuai ditonton dengan anak-anak.. ganas dan tentera tu biasa.. Yang luar biasa watak utamanya agak menjolok mata.. Hehehe.. Sha tengok sorang je.. Bebudka tengok Doraemon The Movie.. Hehehe..

Kalau tak salah Sha animasi ini asalnya manga Jepun.. Dibuatjuga dalam bentuk animasi di Jepun.. Yang Sha tengok ini versi english.. Cerita ini lepas perang dan watak utama ini merupakan tentera upahan Two Horns yang menguasai bandar yang dah musnah tu.. Masa dalam misi melawan askar robot, watak utama ini selamatkan dua manusia yang diculik.. Manusia dua orang ini tahu pasal senjata rahsia.. Maka bermulalah misi lari dan lawan.. Hehehe.. Ceritanya kejap je.. sejam setengah.. Dan kalau tak salah Sha filem ini ada banyak siri.. Tapi tak kuasa nak cari.. hehehe.. Ini  pun tertengok je sebenarnya..

Ini bukan poster dia.. Ini pelakon utama dalam animasi ini.. 

Sunday, August 18, 2019

Bloglist Wanted by Tiara Sapphire

Assalamualaikum..
Hye semua..

jom tinggalkan link blog anda di 
Tak payah susah-susah buat entry.. Cuma tinggalkan link blog je..
Sha saja je buat.. hehehe.. nak menyokong segmen Tiara..

Due Date : 31 Ogos 2019
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com