Friday, March 26, 2021

"Demons" by Imagine Dragons - Sam Tsui & Max Cover

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan lagu dibawah ini.. Belum ada buku nak di review lagi.. hehehe..


When the days are cold and the cards all fold
And the saints we see are all made of gold
When your dreams all fail and the ones we hail
Are the worst of all and the blood's run stale

I want to hide the truth, I want to shelter you
But with the beast inside, there's nowhere we can hide
No matter what we breed, we still are made of greed
This is my kingdom come, this is my kingdom come

When you feel my heat, look into my eyes
It's where my demons hide, it's where my demons hide
Don't get too close, it's dark inside
It's where my demons hide, it's where my demons hide

When the curtain's call is the last of all
When the lights fade out, all the sinners crawl
So they dug your grave and the masquerade
Will come callin' out at the mess you've made

Don't want to let you down, but I am hell bound
Though this is all for you, don't want to hide the truth
No matter what we breed, we still are made of greed
This is my kingdom come, this is my kingdom come

When you feel my heat, look into my eyes
It's where my demons hide, it's where my demons hide
Don't get too close, it's dark inside
It's where my demons hide, it's where my demons hide

They say it's what you make, I say it's up to fate
It's woven in my soul, I need to let you go
Your eyes, they shine so bright, I want to save that light
I can't escape this now, unless you show me how

When you feel my heat, look into my eyes
It's where my demons hide, it's where my demons hide
Don't get too close, it's dark inside
It's where my demons hide, it's where my demons hide

Drama China | Youths in the Breeze: The Boy and the Cat (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini sebenarnya 24 episod dengan 3 cerita yang berbeza.. Sha tengok drama The Boy and the Cat je sebab comel pula nengok kucing bertukar jadi manusia.. Hahaha.. Kisahnya kucing ini tinggal dengan tuan dia perempuan tapi dah cukup masa untuk balik ke tempat asal mereka..Kemudiannya adik perempuan tu pula muncul.. Kat sinilah berlaku konflik.. Mana lebih penting pada perempuan tu, adik atau kucing dia.. Gitu.. konflik betul kucingnya.. hehehe

Boleh tengok drama penuh di Youtube.. Ada subtitle english..

Drama: Youths in the Breeze
Also Known As: Chun Feng Bu Xi Shi Shao Nian, Spring breeze is not like a boy
Genres: Friendship, Youth, Drama, Fantasy
Country: China
Episodes: 24
Aired: Dec 13, 2020 - Dec 22, 2020
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: Youku
Duration: 7 min.
"He and Meow": The cat Jiang Xiao Kui and his owner Jiang Qing from the cat kingdom live a happy life. Until Jiang Qing's younger brother Jiang Xia returned home. Xia, who was allergic to cats, and Jiang Xiao Kui, who hated his younger brother, started a battle over sister's favor. 


Random Photo #9 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bertemu lagi dalam entry bergambar.. Mood membaca belum ketemu lagi.. hehehe.. 

Beli mask lagi.. hahaha.. Kali ini Sha beli mask dewasa (I LOVE MALAYSIA dan Mixed 5 warna) dan mask kanak-kanak (pink dan hitam) Harga untuk semua ini RM37.62 tapi Sha bayar RM33.40 je sebab tolak coins yang duk kumpul dekat shopee tu.. Masih berbaloi pada Sha sebab sekeping mask ini dalam 15 sen camtu..

Shampoo ini memang bagus dan serasi dengan anak Sha Nur Amani.. Kan sebelum ini Sha ada kongsikan di entry Kepala Amani di Serang Kelemumur tapi yang itu Amani pakai Extra moisturizing.. Kali ini Sha beli yang 2in1 sebab ada madu dan lebih wangi.. Sha beli di Shopee je, lebih murah berbanding beli di Farmasi atau pasaraya..

Terharu rasanya bila pelajar praktikal tempat Sha bagi dekat kami sorang satu surat penghargaan dan terima kasih.. Memang sweetlah.. Bila minta dia buat kerja, tak banyak bunyi.. Pandai je nak buat kerja tak payah suruh.. Memang rajinlah.. Semoga beliau maju jaya.. Aamiin..

Budak ini kan, Isnin dengan Selasa dia tak sekolah sebab tak sihat.. Hari Selasa petang Sha bawa dia datang pejabat.. Lepas tu Rabu petang kakak ada kelas koko secara Google Meet, Sha bawa pergi pejabat.. Imani pun nak mengikut sekali.. Lepas tu bila duduk dekat pejabat dia duk mengacau Sha buat kerja.. Geram je nengoknya dengan mulut yang tak berhenti mengomel..

Makan laksa sedap, mak pengasuh anak-anak Sha bagi.. hehehe.. 

Beli Choco jar dengan rakan sekerja.. Sedap dan murah.. RM5 je sebekas..

Ini pun Sha beli dengan rakan pejabat.. Bekasnya besar lagi tapi Sha bubuh dalam bekas ini untuk tinggal di pejabat.. Lebihnya bawa balik rumah.. hehehe.. 1 bekas sederhana besar, RM13 je..

Thursday, March 25, 2021

Kerja | Kursus Pemantapan Akta 174

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini berjaya menyertai satu lagi kursus anjuran tempat kerja Sha.. Kursus yang melibatkan peserta dari kesemua poli yang ada di Malaysia tapi kebanyakkan pesertanya adalah dari Poli Sha berkerja.. Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu untuk Sha..

Kursus dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams, salah satu aplikasi penting sejak PKP bermula.. Sedikit demi sedikit kita berevolusi mengikut keadaan.. Kalau anak-anak belajar menggunakan aplikasi Google Meet, mak ayah pula berkerja dan berkursus menggunakan Microsoft Teams.. hehehe.. Teknologi digunakan sebaiknya untuk tujuan kerja dan juga pembelajaran..



Drama Korea | I am... (2017)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama pendek je pasal android perempuan bernama AD-No 1/Annie.. Ada 6 episod dan setiap episod 15 minit je.. Seronok tengok perkembangan Annie yang kaku beku kepada robot berperasaan.. Memang bestlah walaupun pendek je dramanya.. Cuma ada cerita lain disebalik penghasilan Annie rupanya.. Rahsia yang tersimpan akhirnya terbongkar di hujung drama..

Drama: I am...
Director: Hwang Gyung Sung
Genres: Comedy, Romance, School, Youth, Sci-Fi
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Jul 24, 2017 - Jul 29, 2017
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
Original Network: Naver TV Cast
Duration: 15 min.
A scientist who abandoned his two children in pursuit of his work finally succeeds in creating an artificial intelligence robot that looks like a beautiful high school girl. To keep his invention out of the hands of some nefarious people, the inventor asks his adult children to take care of the robot and leaves.
The daughter, who is a high school teacher, enrolls the robot at her school as her cousin Annie (Jung Chae Yeon), who just transferred from the United States.
Can Annie fit into her new strange environment? And what will happen when she learns about the range of human emotions, including love? (Source: Viki)
~Was distributed to middle and high schools in Korea through the Korea Science and Technology Foundation.~

Minuman | Nescafe Kopitiam Tarik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di kedai runcit biasa je ini.. Agak mahal sedikitlah harganya ataupun memang harga dia gitu di mana pun anda beli.. Warna tin dia sangat memikat.. Rasanya sedap.. Umpama berada di kopitiam.. hehehe.. Boleh je nak minum terus dari tin tapi Sha lebih suka tambah ais.. Sejuk je lalu di tekak.. hehehe.. Sedap dan tak manis.. Minum terus pun tak manis, tambah ais lagilah kurang kemanisannya.. Hehehe.. Minumlah ikut selera anda.. Yang penting Sha suka sebab rasanya yang kurang manis tapi berlemak.. Hehehe.. Selamat mencuba..

RM2.50 setin dan ais tu Sha beli 20 sen..

Wednesday, March 24, 2021

Novel | Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terima kasih kepada pihak Infiniti Publishing untuk pemberian buku ini.. Sebuah novel yang sangat menyentuh hati dan nurani.. Kisah dua manusia yang berada dalam kesedihan dan bertemu untuk saling menegur dan merawat..

Penulis menyampaikan kisah Azim dan Khadija secara imbas semula.. Bermula dengan keadaan terkini Azim yang mencari Khadija, kemudian bertemu dan imbas kembali kepada bermulanya kisah mereka.. Penulis memulakan imbas kembali dengan menyampaikan cerita dari sisi Khadija terlebih dahulu.. Khadija yang comel dan tak pernah bercinta kemudian berkenalan dengan seorang lelaki.. Menjalin kasih hampir setahun namun akhirnya putus dengan bait kata "Awak terlalu baik buat saya".. Walhal sebab sebenarnya adalah mengikut pilihan keluarga.. Khadija yang masih mengharap berusaha menurunkan berat badan demi mendapatkan cinta lelaki tu semula malangnya saat kebenaran terbongkar walaupun tidak sepenuhnya Khadija telah patah hati dengan teruk.. Bukan mudah menghilangkan rasa cinta dan meneruskan kehidupan.. Khadija akhirnya membuat keputusan untuk ke Sri Lanka bagi mencari ayah yang dah lama hilang.. Bersendiri menjejak masa lalu di bumi asing.. Disini Khadija dan Azim dipertemukan.. 

Kisah Khadija berjaya memberikan satu persepsi pada Sha bahawa percintaan itu haruslah saling berterus terang.. Sekiranya hubungan tak dapat diteruskan, nyatakan dengan jujur permasalahannya.. Hati berubah, masalah keluarga atau apa sahaja namun bukanlah dengan kata-kata "Awak terlalu baik buat Saya".. Kata-kata ini mampu memberikan kesakitan yang luar biasa..

Kisah Azim pula lebih sadis dan memberikan peringatan untuk hubungan suami isteri.. Azim seorang suami yang egois dan tidak pernah cuba memahami isterinya.. Masa untuk isteri dan anak pun terlalu mahal.. Tiada komunikasi dan masa yang diluangkan untuk keluarga kerana Azim merasakan bahawa dia ada banyak masa untuk keluarganya selepas kejayaan dalam bidang perniagaan dikecap.. Disini Azim salah, masa dan nyawa adalah milik Allah.. Bila-bila masa boleh ditarik pergi.. Bila sang isteri memendam rasa terlalu lama dan kemuncaknya nyawa anak menjadi taruhan, tiada lagi kemaafan mampu diberikan buat sang suami.. Azim nanar dan mula hilang arah bila anaknya meninggal dan isteri memohon diceraikan.. Kerana itu Azim mengembara ke Sri Lanka.. Kerana satu peristiwa, Azim berkenalan dengan Khadija..

Dua kisah yang sangat meruntun hati.. Olahan oleh penulis dengan isi yang sangat menarik berjaya memikat Sha untuk membaca dan merasai penderitaan kedua-dua watak utama.. Setiap kita ada perjalanan dan kesusahan yang harus dilalui.. Tidaklah kita bernama manusia sekiranya tidak diuji Allah.. Semoga kita semua terus bangkit melangkah..

Sha baca pada 23.03.2021 dan selesai pada 24.03.2021..

Buku ini koleksi peribadi Sha..
Published February 2nd 2021 by Infiniti Publishing

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, March 23, 2021

ebook | Maaf oleh Norsamila Samsudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta antara Ainul dan juga Azim yang sangat romantis tetapi terjaga dalam syariat Islam.. Berjumpa pun hanya 5 ke 10 minit di parkir motor selepas habis menelaah buku di Perpustakaan.. Namun kerana risaukan hati yang mula jauh lebih dari kawan, Ainul menyepikan diri.. Azim juga tidak ada tanda menunjukkan hubungan mereka lebih dari kawan.. Siapa sangka walaupun berpisah jauh namun akhirnya jodoh menemukan mereka.. 

Sha baca dan selesai pada 22.03.2021

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Norsamila Samsudin

Random Photo #8 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa je tu?? Kita layan entry bergambar jelah ye.. Tak tahu nak update apa sebenarnya.. 

Yeah!! Jumpa dah Mighty White: Cream Roll made with milo.. 3 pcs ini RM2.80 tapi encik suami tak berapa suka.. hehehe.. Manis katanya..

Jemput makan nasi tomato sebagai brunch.. hehehe..

Aneka kuih untuk sarapan pagi..

Cikgu Amani hantar dalam whatsapp group kelas.. Anak-anak ini kena buat model haiwan imaginasi dengan bahan terbuang..

4 buah Sha beli dan sebuah tu Sha dapat sebagai hadiah untuk review.. Koleksi baru untuk tahun 2021..

Sambal sotong cumi.. Agak masin rupanya sotong ini.. Kenyal dan okaylah.. hehehe.. Pertama kali cuba masak dan makan.. Sedap lagi sotong kering.. Ataupun mungkin Sha tak pandai masak.. hehehe..

Maggi Mamee Chef Tomyam tambah Kimchee sedap dan udang.. Pergh!! Memang ohsemlah.. 

Budak tak puas hati.. Dia lupa ada kerja sekolah matematik.. Mujurlah mak baca whatsapp, jenuh pujuk suruh dia siapkan kerja sekolah.. hehehe.. Kakak rajin tolong gosokkan baju sekolah adik..

ebook | K.A.M.U. (Kerana Adamu Manisnya Ukhuwah) oleh Syu’lah Arwa

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini manis dengan cerita sebuah persahabatan yang dibina kerana Allah.. Dua manusia yang berkenalan dengan izin Allah, membina ikatan sehinggakan rasa sakit, sedih, gembira dan bahagia dikongsi bersama.. Haziq yang terjumpa dan menyelamatkan Uwais telah menjadi titik tolak dalam kehidupan Uwais.. Kerana Haziq, Uwais berubah.. Kerana Haziq juga Uwais merasakan nikmat bersahabat dan berjaya menarik kawan-kawannya ke arah kebaikan.. Betapa indahnya ukhwah mereka.. Walaupun Uwais difitnah namun Haziq kekal bersama Uwais.. Alangkah bahagianya hati andia dikurniakan persahabatan seindah mereka..

"Seorang sahabat yang baik, lebih bernilai daripada 1000 kawan yang tinggalkan dirimu semasa susah"

Sha baca dan selesai pada 22.03.2021

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 26th 2019 by Puteh Press

Monday, March 22, 2021

Aircond Kuda Merah Meragam

Assalamualaikum..
Hye semua..

 Seminggu penghawa dingin kereta Sha kejap ada kejap tak ada.. Sudahnya pagi tadi, encik suami bawa ke kedai aircond.. Bila diperiksa, rupanya tapak relay dia yang bermasalah.. Dah haus.. Orang kedai tu tukar relay baru, tapi kalau jadi lagi emmang kena tukar tapak dia lah.. Mujurlah kena RM38 je untuk relay ini.. Sha dah garu kepala kalau kena tukar seketul.. Tapi bila pakai kereta atau motor memang macam tu lah kan.. Ada masanya dia sakit, kenalah baiki..

Seketul relay ditukar..
Relay ini bila problem, cermin pun tak boleh nak turun naik.. menganggu bukan sahaja aircond tapi cermin tingkap juga.. Ada masanya dia keluarkan bunyi.. Stress bila dia berbunyi dengan aircond tak ada.. hahaha.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com