Friday, September 24, 2021

Drama Jepun | Aoki Vuanpaia no Nayami (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Drama Jepun ni pasal vampire dan juga covid.. Kesian vampire dua orang ini sebab diorang ini belum jadi full vampire lagi.. Kalau diorang nak jadi vampire yang matang, diorang kena hisap darah anak dara.. Tambahan pula bila dunia kena covid, bekalan darah segar dah makin susah nak dapat dan bayarannya mahal.. Hahaha.. Memang kelakarlah bila tengok drama pasal vampire di zaman covid.. Kelakar betul nak tunggu diorang gigit leher anak dara untuk dapatkan darah.. Sampai ke episod akhir tak ada.. Seriusly memang kelakar drama ini.. Bukan manusia je kena beradaptasi dengan covid tapi vampire juga..

Drama: Aoki Vuanpaia no Nayami
Also Known As: Aoki Vampire's Trouble, Trouble of the Blue Vampire
Director: Iguchi Noboru
Screenwriter: Atsushi Asada
Genres: Comedy, Family, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Feb 8, 2021 - Mar 29, 2021
Aired On: Monday
Original Network: Tokyo MX
Duration: 25 min.
Sou and Aoi of "Aoki (= immature) Vampire" runs a coffee shop that is open only at night. Due to the influence of the new corona, the monthly blood distribution from the Vampire Association headquarters in Romania has stopped.
"Vampires can attack humans and become full-fledged," he says, but it's not easy for the two blue vans who have never sucked blood on their own... Can Sou and Aoi survive the corona wreck?

ebook | Ivy Raihana oleh Jaja Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jatuh cinta pula Sha dengan karya penulis ini.. Setiap penulisan beliau pasti akan ada ilmu menarik yang diselitkan.. Macam novel Ivy Raihana ini.. Kisahnye mengenai Ivy Raihana yang tinggal bersama neneknya kerana tak nak neneknya hidup sendirian di kampung.. Terkenal dengan Fayed melalui cara yang salah.. Fayed pula lelaki yang ego dan baran namun tidaklah sampai memukul.. Dalam baran-baran pun ada baiknya.. hehehe.. Kalau tak, tak adalah berkahwin Ivy dan Fayed..

Konflik dia bila bekas isteri Fayed iaitu Lidiya muncul dan mengganggu hidup Fayed dengan nak kembali ke sisi Fayed.. Jadi masalah bila bekas bapa mertua Fayed memaksa abah Fayed untuk menikahkan mereka kembali.. Tanpa mereka sedari ada sebab lain kenapa Lidiya bertegas nak rujuk semula dengan Fayed.. Namun sikap tegas Fayed dalam mengatakan tidak telah menyebabkan hubungan Fayed dan ayah dia terganggu.. Kerana Lidiya juga, Ivy dan Fayed bergaduh.. Salah pada Fayed juga sebenarnya.. Patutnya Fayed terangkan keseluruhan cerita pada Ivy dan kenapa Fayed tak pernah percaya dengan Lidiya.. Hubungan anak dengan ayah juga sepatutnya tak ada pilih kasih... Sepatutnya seorang ayah menasihatkan anaknya untuk jadi baik, bukan bersubahat melakukan kesalahan, bukan juga menghukum sebelum menyiasat.. Memang bestlah..

Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2021 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

Random Photo #18 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan random photo dari Sha.. Kali ini semuanya gambar makanan je.. Hehehe.. Lama tak kongsi dengan korang random photo ni.. Jangan marah ye.. Jom jamu mata.. 

Nasi Kukus Kambing Bakar - RM16.90
Not badlah daging bakar dia.. Lembut dan sos dia pun sedap je.. Puas hati..

Kacang Pool  - RM8.90
Bolehlah.. Sedap lagi yang dekat Putrajaya.. kikiki.. Dia bagi dua keping roti juga..

Lama juga tak dapat makan sushi ini sebab peniaga ni bercuti dan menunggu selesai dua doa vaksin, sebelum kembali berniaga.. Sha beli 5pcs(3 udang dan 2 ebiko) dengan harga RM10 dan diberi satu sushi ebiko percuma sebab pelanggan terakhir.. Rezeki.. Walaupun lama tak makan, sushi dia tetap sedap.. 

Nasi Goreng Udang - RM10
Meriah dengan udang 7 ekor dan telur mata.. Nasi banyak, boleh makan berdua.. Udang tu kulit dia rangup gila.. Memang boleh kunyah terus dan telan.. Nasi dia pun meriah dengan rasa udang.. Serius sedap.. Sha beli ini dekat Pantai Remis.. Nama kedai dia Selekoh Pak Ngah.. Kedainya memang betul-betul dekat selekoh..

Milo Dinasour Vanila dan Bandung Vanila.. Pergh!! Memang padu bila ditambah dengan aiskrim Vanila.. Harga untuk dua bekas ini RM9.. Kedai yang sama dengan Nasi Goreng Udang iaitu Selekoh Pak Ngah, Pantai Remis..

Nasi lemak sotong kering yang ohsem dan mengenyangkan.. Harganya RM2 sahaja.. Memang terbayang-bayang.. hahaha..

Buah Tampoi.. Sedap.. Rasa dia masam manis.. Sha beli ini sekilo (RM4) je.. Buat rasa dan kenalkan dekat anak-anak.. Kulit dia tebal mac manggis, isi dia macam langsat pun ada..

Minum petang.. Beli dekat jiran tetangga.. hehehe.. First time jumpa orang jual donut chicken floss.. Lembut je donut dia.. Memang puas hati..

Kopi Gantung yang famous di Tanjung Malim.. RM3 je sebungkus.. Memang sedap, tak manis sangat dan berlemak.. Puas hati minum..

Thursday, September 23, 2021

ebook | Cik Housekeeping I Love You oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh layan jugalah cerita ni sebab ringkas dan tak stress sangat.. Walaupun minah gediks ramai tapi disebabkan Daniel ni bukan playboy, jadi tak adalah apa sangat.. Watak Aina sebagai heroin pun tak adalah lembik sangat, mampu mempertahankan diri dan melawan balik.. Adalah babak suspen tapi kejap sangat.. Tak sempat nak feeling takut.. hahaha.. Yang paling ketara kenapa Sha boleh baca novel ni sampai habis sebab watak utamanya tak lembik dan mudah terpengaruh.. Hero dan heroinnya dibentuk dengan cantik.. Cuma ada lah sikit-sikit jalan cerita dia Sha tak berkenan tapi masih okay untuk layan sampai habis sebagai bacaan santai.. Ada kelakar, sedih dan suspen.. hehehe

Sha baca pada 21.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan PNM e-Reader..
Published April 2016 by Anaasa Publication

Filem US | Prisoners of the Ghostland (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini filem gelap yang menarik.. Sha tengok sebab ada Nicholas Cage.. Jalan cerita dia menarik dan Sha fahamlah tapi kalau nak suruh tengok yang tersurat ke tersirat ke memang tak berapa nak rajinlah.. hahaha.. Sebabnya Sha selalu tengok filem untuk relaks dan santai-santai je.. 

Ceritanya bila Hero yang dipenjarakan diminta untuk ke Ghostland dan selamatkan Bernice.. Tapi The Governor tu bukannya baik sangat pun.. Siap dipakaikannya Hero dengan baju yang ada bom.. Hero kena jumpa Bernice dalam tempoh 3 hari, kalau tak dia meletop.. Lepas Bernice cakap nama dia dekat baju tu, Hero akan dapat extra dua hari untuk pastikan Bernice selamat sampai pada The Governor.. Bukan senang nak bawa Bernice pulang.. Tambahan pula dekat Ghostland tu ada macam-macam jenis manusia.. Memang menarik dan gelap.. hahaha.. Tu belum layan lagi fikiran bawah sedar si hero tu..

Prisoners of the Ghostland
2021 ‧ Crime/Action ‧ 1h 43m
In the treacherous frontier city of Samurai Town, a ruthless bank robber gets sprung from jail by a wealthy warlord whose adopted granddaughter has gone missing. He offers the prisoner his freedom in exchange for retrieving the runaway. Strapped into a leather suit that will self-destruct in five days, the bandit sets off on a journey to find the young woman -- and his own path to redemption.

Cottage Fries: New York Spicy Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Special edition yang hanya di jual di 7Eleven je.. Ada logo 7Eleven dekat pembungkusan dia tu.. Harga pun boleh tahan juga.. Macam biasa, saiz pembungkusan je besar.. Isi secoet je.. kikiki.. Rasa dia pedas, sesuai sangat dengan nama dia yang spicy tu.. hahaha.. Pedas tapi sedap..

RM3.90

Banyak angin dari isi.. kikiki..

Wednesday, September 22, 2021

Filem Thailand | Inhuman Kiss (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh la.. Yang pergi main dalam hutan tu dah kenapa.. Hailah.. Asalnya tu lah.. Gatai pi main dalam hutan.. Namun kejadiannya bermula bila dah dewasa.. Satu persatu peristiwa berlaku sampailah terbongkar yang Sai tu krasue dan Noi nak lindungi Sai.. Jadinya Noi lah carikan makanan untuk Sai.. Ini demi mengelakkan dari Sai dibunuh tapi penjahat tu ada je jalannya nak menangkap dan bunuh Sai.. Masa Noi jumpa tumbuhan yang boleh berhentikan perubahan Sai untuk jadi Krasue datang pula orang jahatnya.. Mujurlah kawan baik dia si Jerd nafikan yang Sai tu Krasue.. Tapi tu lah.. Tumbuhan tu dah habis mati di bunuh penjahat tu.. Akhirnya terbongkar juga Sai tu Krasue.. Sedih.. Seram.. Cukuplah semua dalam filem ini.. Sha pun tak pasti kenapa Sha tengok.. Hahaha.. Tengok tanpa suara, nak elakkan terkejut.. Hahaha..

Movie: Inhuman Kiss
Also Known As: Saeng Krasue
Screenwriter: Ma-Deaw Chookiat Sakveerakul
Screenwriter & Director: Dom Sitisiri Mongkolsiri
Genres: Thriller, Horror, Drama, Supernatural
Country: Thailand
Release Date: Mar 14, 2019
Duration: 2 hr. 1 min.
In a far-away village, lived an innocent teenage girl, "Sai" who later discovered herself inheriting the curse of "Krasue". At night, her head would detach from her body and hunts for flesh and blood. Villagers are terrified by the deaths of their livestocks and that is when the Krasue hunt begins. "Jerd" a friend joined the hunt with an unknown reason while "Noi", the childhood friend who had just came back to the village decided to stand beside Sai despite knowing the horrifying truth.
(Source: M Pictures)

Filem Pendek Melayu | Kampung Pisang Kita Setandan (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pendek yang sempoi sangat dari Mamat Khalid.. Tak pernah lah tak menarik cerita dari beliau ini.. kikiki.. Kali ini mengenai seorang lelaki yang bernama Teck Zee.. sibuk nak kahwin tapi mak bapa nya tak bagi.. Namun dengan pertolongan Pak Din dan rakan-rakan yang lain, akhirnya dapat juga Teck Zee berkahwin.. Kerja kahwin pun dijalankan secara gotong royong..

Dibintangi Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin dan Rashid Othman, Kampong Pisang Kita Setandan turut meampilkan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.
'Kampong Pisang Kita Setandan' berkisar Teck Zee yang merupakan anak kepada Ng Chee Lam menerima bantahan keluarga untuk mengahwini gadis pilihannya.
Rakan-rakan Teck Zee, yang diketuai oleh Pak Din Pest Control cuba untuk membantu rakannya itu dengan mencari penyelesaian sambil memastikan keharmonian di Kampong Pisang tidak terjejas.

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, September 21, 2021

Filem Melayu | Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Hahaha.. Nak komen macam mana ye.. Positif.. positif.. kikiki..
Okaylah jalan cerita dia cuma grafik dan pencahayaan je tak berapa cantik dan kurang menyakinkan.. Pelakon semua okay je.. Tu je kot.. hahaha.. Nak sambung review, tinggalkan komen dibawah..

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh
2015 ‧ Comedy ‧ 1h 30m
A Malaysian entrepreneur discovers that a Bangladeshi immigrant is a werewolf and must stop him infecting the entire human race.

ebook | Cinta Han dan Nad oleh Jaja Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah cerita cinta yang sangat sweet.. Memang sesuai sangat dengan tajuk dia ... Konflik dari dua perempuan psiko dan juga konflik dalam persahabatan.. Menarik bila penulis banyak berkongsikan tips rumah tangga, cara menangani masalah oleh suami isteri, kepercayaan dalam hubungan, menangani masalah mertua dan ibu bapa yang cuba campur tangan hubungan anak-anak.. Memang nice lah baca..  Sebuah kisah cinta dua hati yang bermula sebagai stranger.. 

I didn’t choose you. I just took one look at you, and then there was just no turning back. - Farhan Shah Umar
When I saw you, I fell in love and you smiled because you knew. - Nadia Aliff

Sha baca dan selesai pada 20.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 2016 by Anaasa Publication

Filem US | Kate (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kembali lagi dengan hero wanita.. Kikiki.. Tapi kali ini hero mati lah pula.. Sedih sikitlah.. Tapi jalan cerita dia intense.. Tu yang syok.. Logik ke tak, kita tolak tepi.. hahaha..

Kate ini pembunuh upahan.. Masa jalankan satu misi dekat Osaka, dia terpaksa membunuh dihadapan anak magsa.. Kate dah cuba tarik diri tapi tak dibenarkan.. Disebabkan kejadian tu Kate nak undur diri dari jadi pembunuh upahan.. Namun dia disuruh untuk menjalankan misi terakhir.. Malangnya, sebelum misi dijalankan Kate telah diracun dan dia tak berjaya menjalankan misi.. Kate hanya ada sehari sahaja sebelum maut menjemput.. Maka bermulalah misi mencari siapa yang pandai sangat nak racun si Kate ini.. Tanpa disangka orang yang dekat dengan Kate rupanya menjadi punca..

Kate
2021 ‧ Thriller/Adventure ‧ 1h 46m
Slipped a fatal poison on her final job, a ruthless Tokyo assassin has less than 24 hours to find out who ordered the hit and exact revenge.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com