Monday, September 19, 2022

Variety Show | Young Actors' Retreat (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan variety baru yang kelakar.. 15 pelakon yang datang dari 3 drama iaitu “Love in the Moonlight,” “Itaewon Class,” dan “The Sound of Magic.” Mereka ini dibawa ke sebuah tempat untuk berkumpul dan bermain bersama.. Memang kelakarlah tengok perangai masing-masing.. Mula-mula nampak tak selesa tapi bila dah main game nampaklah ada interaksi.. Comel je.. Sha baru tengok sampai episod 3.. Ada lagi 5 episod.. Sesekali layan variety show pun syok juga..

Episod pertama bermula dengan setiap ketua bagi drama mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan tempat-tempat yang popular dari drama lakonan mereka.. Kemudian bila dah jumpa mereka makan-makan.. Lepas makan baru mereka bergerak ke villa untuk berkumpul.. Bila dah berkumpul mereka dipecahkan mengikut warna pula supaya boleh campur ahli dari drama berbeza.. Memang kelakar..

Paling seronok bila tengok mereka memasak dan berniaga secara food truck untuk bertemu peminat.. Bayangkan artis yang awak suka ambil pesanan dan hidangkan makanan.. Memang Deabak lah..

TV Show: Young Actors' Retreat
Also Known As: Youth MT , Cheongchun MT
Director: Kim Seong Yoon
Genres: Friendship, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Sep 9, 2022 - Oct 21, 2022
Aired On: Friday
Duration: 1 hr. 6 min.
“Youth MT” is a new TVING variety show featuring the reunion of actors from “Love in the Moonlight,” “Itaewon Class,” and “The Sound of Magic.” The casts of producing director (PD) Kim Sung Yoon’s three dramas will reunite to go on a refreshing retreat. “MT” stands for “membership training” and refers to going on a retreat in which people hang out, play games, and take time to bond with one another.
(Source: Soompi)

Coretan 20 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa encik suami untuk temujanji susulan.. Doktor sahkan encik suami memang kena minor stroke lepas tengok keputusan MRI.. Ada bengkak dan salur darah tersumbat sedikit dekat bahagian otak.. Minggu lepas dah datang untuk ambil darah, keputusannya doktor review sekali tadi.. Alhamdulillah keputusan darah okay.. Cumanya lepas ini kena datang balik lagi 2 bulan untuk tengok perkembangan..

Semoga terus sihat.. Aamiin..

Filem Korea | Seoul Vibe (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi filem yang menyeronokkan.. Jalan ceritanya ringkas dan mydah difahami.. Paling best sebab ada aksi memandu ala ala Fast and furious.. Pelakon pun ohsem ohsem belaka.. Sekimpulan anak muda yang diminta menyamar sebagai pemandu kepada sekumpulan manusia yang berpangkat dan jahat.. Diorang kena pindahkan duit dari satu tempat ke satu tempat.. Memang layanlah.. Bila terbongkar yang mereka menyamar, pendakwaraya dibunuh dan salah seorang rakan mereka ditangkap.. Maka hero pun merancang misi balas dendam.. Memang layanlah..

Movie: Seoul Vibe
Also Known As: Seoul Grand Operation , Seouldaejagjeon
Director: Moon Hyun Sung
Genres: Action, Adventure, Crime
Country: South Korea
Release Date: Aug 26, 2022
Duration: 2 hr. 18 min.
Chasing speed, dreams and money, a team of drivers get involved in the slush fund investigation of a powerful figure during the 1988 Seoul Olympics.
(Source: Netflix)

Sunday, September 18, 2022

Coretan 18 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha berjaya memandu sejauh 352km dan encik suami jadi penunjuk arah je.. hehehe.. 

Tak ada perancangn pun nak berjalan.. Sembang-sembang dengan encik suami pasal nasi goreng udang lepas bawa dia berurut, terus dia ajak pergi Pantai Remis.. Balik rumah suruh anak-anak bersiap dan kemas beg sekolah semua.. Terus gerak.. Disebabkan Sha yang memandu dan risau jalan sesak, Sha bawa kereta MIL.. Auto, senang sikit.. Hehehe..

Kami terus gerak ke kedai makan Selekoh Pak Ngah di Pantai Remis (160km).. Nasi goreng udang dia, okaylah tapi char kue tiaw dia hangit.. Nampaknya kualiti makanan dia dah berkurangan.. Tak macam masa mula-mula Sha beli.. Sedih..

Singgah isi minyak dekat Sungkai je.. Sha tersilap jalan sebab ralit bersembang.. Sha lalu Teluk Intan dan naik jambatan dekat Lekir.. Pergh!! Jalan dah cantik.. 

Lepas makan, bawa anak-anak ke Segari Turtle Sanctuary (14km) untuk tengok kura-kura.. Syok anak-anak tengok kura-kura dan lepak tepi pantai.. Tak mandi sebab bahaya..

Kemudian gerak balik lalu jalan lain.. Ternampak tempat ini.. Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu (48km) di Kampung Teluk Kepayang.. Ada aktiviti menarik macam berkuda, naik sampan dan aktiviti ala-ala istiadat melayu tapi masa kami sampai tak ada apa.. hehehe.. Jadi tengok perkampungan dan kambing je.. kikiki.. 

Hentian terakhir sebelum balik.. Singgah makan di Pak Ya Bistro & Catering, Kuala Slim (113km).. Not bad lah menu masakan panas dia.. Dari Pak Ya ini nak balik rumah dalam 15km lagi Sha memandu.. Memang sampai rumah, flat terus.. hahaha..

Mamee Chef: Mi Goreng Perisa Rendang Legenda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak mi goreng Mamee Chef ini lama dah bulan lepas lagi dekat kedai runcit tapi tak tergerak nak beli.. Bila nak beli dekat pasaraya tak ada jual sampailah minggu lepas Sha jumpa.. Okaylah mi dia.. Bagi Sha pedas tapi masih boleh makan.. Encik suami kata tak pedas.. Ada bau rendang.. Paling best sebab ada kriuk kriuk.. hehehe.. Menarik sangat..

Ada 4 pek dalam ini..

Ada serbuk perencah, pes dan kriuk kriuk..

Setelah digaul sebati dan dibubuh kriuk kriuk..

Saturday, September 17, 2022

FIlem Korea | Stellar: A Magical Ride (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roller coaster betul filem ini.. Filem dia sangat simple...Dari awal sampailah ke 20 minit terakhir, asyik ketawa je Sha tengok gelagat masing-masing.. Tak sangka dapat tengok Kyu Hyung berlakon walaupun tak banyak scene dia.. Selain kelakar filem ini emosi betul.. Hubungan antara seorang ayah dan anak yang tak berapa baik tapi disebabkan memandu kereta lama bapa dia, dia mula memahami perasaan seorang ayah.. Awesome lah filem ini..

Movie: Stellar: A Magical Ride
Also Known As: Seutella
Screenwriter: Bae Se Young
Director: Kwon Soo Kyung
Genres: Comedy, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Apr 6, 2022
Duration: 1 hr. 38 min.
A comic and heartwarming drama about a man who gradually comes to term with his late father while on the run in his father's wacky beat-up car, "Stellar".
Young Bae, an ace in the car loan industry, is put in a tough spot when his friend Dong Shik disappears with a supercar which he took on consignment. Not only that, a local gang starts coming after Young-bae, claiming that they put their drugs in the missing car. After hearing of his father’s death and impending inheritance, he attends the funeral, only to find his father’s beat-up Stellar, which he used to drive as a taxi. Young Bae remembered it as a big and fancy luxury sedan, but now he can barely open its door. Still, he drives it away as he looks for whereabouts of his friend. Although Stellar barely runs at times, when he’s being chased, it will run like a sports car, allowing Young-bae to escape unscathed. As he squabbles with Stellar, he recollects memories of his father little by little and starts to understand his father’s true intentions that he never put into words, and grows from a son to a father himself.

(Source: FineCut)

Aik Cheong: White Coffee Original 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka pula kopi dari jenama Aik Cheong ini keras.. Memang tak perasan masa beli berat 1 sachet tu 38g.. Memang pekat dan keras kopinya.. Hehehe.. Mujurlah minum waktu pagi je.. Kalau minum petang mahu berjaga malamnya.. kikikiki..

RM10.65 (12 sachet)
Pembungkusan dia simple tapi menarik pada Sha..

Secawan kopi diwaktu pagi.. Tak perasan pula warna putih tu mengganggu.. Kikiki.. Bila dah bubuh dalam blog baru perasan.. Memang gagal..

Friday, September 16, 2022

Gardenia Numee: Mi Segera Perisa Ayam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita cuba mi segera Gardenia perisa ayam.. Masih dijual dengan harga pengenalan RM3.99 dan dalamnya ada 5 pek.. Sha masak secara biasa sahaja tanpa tambah apa-apa.. Menariknya mi segera Gardenia ini sebab ada tambahan minyak selain serbuk perasa.. Mi dia pun lebih kenyal.. Sedap juga mi Gardenia ini.. Lepas ini bolehlah tambah sawi, telur ayam dan bahan-bahan lain yang menambahkan lagi kesedapan mi segera ini.. kikiki..

RM3.99 (Harga Jualan RM4.80)

Ada 5 pek..

Serbuk perasa dan minyak..
Sha masak dulu nak makan baru Sha bubuh minyak tu.. Kosong je sebab nak rasa sup dia.. Lain kali masak baru tambah bahan lain..

Program Motivasi Sekolah Agama Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Amani dan Imani afa Program Motivasi.. Alhamdulillah, masing-masing semangat bangun nak pergi.. Walaupun kena korbankan cuti, namun mencari ilmu dan bertemu rakan-rakan tu lebih menggembirakan.. 

Pagi.. Sebelum ke sekolah, kita wefie dulu..

Seronok Imani bersama kawan-kawan.. Ustazah kongsikan gambar..

Amboi Amani.. Siap buat peace..
Dah boleh pakai tshirt mak.. Besar dah anak dara Sha ni..

In-Comix: Ipoh White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli 2 sachet je di kedai runcit kampung.. RM1.20 je satu sachet ini.. Tak pernah cuba kopi dari jenama ini.. Jadinya kita cubalah.. Sedap dan agak kuat rasanya.. Sesuai diminum di waktu pagi.. Sha suka sebab tak ada sisa serbuk kopi.. Memang smooth je kopinya.. Boleh beli lagi.. hehehe..

In-Comix: Ipoh White Coffee - 35g

Thursday, September 15, 2022

ebook | X-Venture Mermaid Mystery by Sherlock A., Juice A., Little A.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang menarik.. Kali ini Rain, Sean dan Stone melakukan ekspedisi mencari ikan duyung.. Semua lokasi yang mereka pergi menemukan mereka dengan ikan duyung tipu hinggalah lokasi akhir.. Di lokasi ini mereka berjaya menjumpai telur pelik yang mengandungi makhluk seakan-akan ikan duyung tapi malangnya mereka perlu berdepan dengan kumpulan sarkas yang jahat.. Sudahlah menggunakan sarkas sebagai samaran untuk melakukan jenayah, ingin menjadikan mereka bertiga sebagai korban pula.. Memang layanlah..

Selain itu komik ini juga berkongsi info mengenai penangkapan ikan, jenis-jenis obor-obor, dongeng duyung dan fenomena tsunami..

Sha baca dan selesai pada 15.09.2022..


Published September 22, 2020
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Wall's Hershey's Mini Kisses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat beli sebekas je yang ini.. Memang laku keras betul bila 99 Speedmart buat jualan murah.. Sedap dan puaslah makan.. Aiskrim vanila yang dihiasi dengan coklat cip serta sos coklat Hersheys.. Pergh!! Padu gitu.. Bila nak beli lagi, stok dah habis.. Hehehe.. Makanan sedap memang cepat habis..

RM9.90 - 99 Speedmart

Ingatkan ada sos coklat je..

Keratan rentas.. Nampak tak ada coklat cip dan sos coklat..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com