Sunday, February 19, 2023

Cerpen | Nombor 5, Tingkat 5 oleh Khairunnisaq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Bergetar hebat jantung Sha baca cerpen ini.. Memang lain macam jalan cerita dia.. Walaupun pendek je tapi rasa macam panjang gila.. Hahaha.. Kalaulah penulis terjumpa ulasan Sha ini, Sha harap sangat dia buat versi novel.. Kembangkan lagi jalan cerita dia sebab watak dia yang kurang upaya dan terperangkap di tingkat 5 tu mampu memberikan rasa yang pelbagai pada Sha yang membaca..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Saturday, February 18, 2023

Cerpen | Senandika oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi cerpen menarik dari aplikasi Cereka.. Tak rugi sebenarnya melanggan Cereka dengan bayaran RM4.90 sebulan kerana cerpennya sahaja dah mampu buat Sha teruja membaca..

Senandika ini mengenai eksperimen gila.. Tome seorang gadis yang minat bermain ragbi, tiba-tiba menjadi hebat.. Semuanya bukanlah kerana bantuan ubat atau dadah sebaliknya disebabkan kewujudan Aza dalam tubuhnya.. Aza yang secara tak sengaja terwujud dalam tubuh Tome bila dia mengusik alatan Profesor Lily.. Aza memujuk Tome untuk berjumpa dengan Profesor Lily bagi mengeluarkan Aza dari badan Tome.. Tapi rupanya ada hal lain yang berlaku.. Cerpen yang pendek namun menarik..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Cerpen | Pusaka oleh Norsamila Samsudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penat membaca novel, Sha pilih untuk baca cerpen di Aplikasi Cereka.. Cerpen bertajuk pusaka ini kalau dikembangkan menjadi novel, memang ohsemlah pada Sha..

Ceritanya ringkas dan padat.. Sha suka.. Kisah cucu bernama Amran yang merajuk lari ke bandar akhirnya pulang ke kampung.. Rajuk yang lama hinggakan arwah datuknya meninggal pun dia tak pulang.. Amran akhirnya pulang namun yang menunggu bukanlah seperti apa yang nampak di mata.. Sedih jugalah.. Tapi ohsem..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Klassno White Coffee Xtra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha datang lagi dengan entry pasal kopi.. Kali ini Sha cuba kopi jenama Klassno.. Selalu je nampak kopi jenama ini tapi risau tak sedap.. hahaha.. Bila jumpa kedai yang jual loose pack macam ini, memang Sha belilah.. Tak adalah ralat kalau tak sedap atau tak kena dengan tekak..

Kopi ini agak kuat jugalah rasa dia pada Sha, mungkin sebab dia extra coffee.. Paling best tak manis.. Sedang elok je rasa kopi, gula dan creamer dia.. Sha suka sebab rasa kopi dia padu.. hehehe..

Klassno White Coffee Xtra (40g)
RM1

Bancuh dalam bekas besi ini memang tahan lamalah panas dia.. 

Sunkist Tropical Orange

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak aiskrim ini masa beli barang dapur baru ini.. Macam tak pernah tengok, jadi belilah satu.. Rupanya aiskrim vanila dengan sos oren.. Ingatkan memang rasa oren sunkist tu.. hehehe.. Okaylah untuk sekali rasa.. Sekadar mencuba gitu..

Sunkist Tropical Orange (1.5L)
RM14.90

Aiskrim vanila dengan sos oren..

Friday, February 17, 2023

India | Hunt (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang mendebarkan.. Bermula dengan kemalangan Arjun dan kemudiannya hilang ingatan.. Semuanya berlaku saat dia hampir membongkarkan siapa dalang yang membunuh sahabat baik dia Aryan.. Bayangkan kena mula menyiasa dari kosong sebab hilang ingatan.. Awalnya Arjun tak yakin yang dia boleh menyiasat dalam keadaan dia yang hilang ingatan.. Tapi doktor yang merawat mengatakan Arjun sebenarnya tak ada masalah apa pun malah akan membantu Arjun untuk melihat penyiasatan tu dari sudut yang berbeza.. Bila kebenaran mengenai pembunuh terbongkar, memang tak disangka sangat..

Hunt
2023 ‧ Action/Crime/Thriller ‧ 2h 12m
An assistant police commissioner must tackle his inner demons and confront external enemies who are trying to keep him from solving a mystery.

ebook | Cinta Handicapped oleh Danisyarahmat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Taufik dan Raisha bertemu akibat prank.. Namun tanpa mereka ketahui dalangnya adalah orang yang dekat dengan mereka.. Kemalangan menyebabkan Raisha kehilangan kaki dan terpaksa berkerusi roda namun soal hati tak ada siapa yang tahu.. Awalnya Taufik mendekati Raisha kerana dendam namun semakin lama hati semakin sayang.. Bila terbongkar kebenaran, dua jiwa akhirnya bersatu.. 

Sha baca dan selesai pada 17.02.2023..

Published by Norhafisah Binti Ismail
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Majlis Infiniti Memori Sekolah Kebangsaan Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang, sekolah kebangsaan buat Majlis Infiniti Memori untuk meraikan anak-anak darjah 6 yang dah tamat sesi persekolahan.. Ada makan-makan, penyampaian sijil berhenti sekolah dan hadiah-hadiah kejutan.. Amani pun tak sangka dia dapat dua hadiah ekstra.. Alhamdulillah.. Selesai sudah sesi sekolah rendah selama 6 tahun.. Zaman sekarang, dari sekolah rendah dah ada majlis graduasi siap bergambar.. Seronok tengok sekolah meraikan anak-anak ini..

Siap photoshoot lagi..

Goodies beg ini semua pelajar dapat.. Isi dia:-
1. Folder sijil graduasi
2. Fail sijil
3. Gambar pelajar 2 keping
4. Flusk
5. Headphone
6. Lotion

Ini dia dapat baju

Ini hadiah sebab kreatif, dapat pen, coklat dan buku nota..

Thursday, February 16, 2023

Hari Apresiasi Kafai 2022/2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi ada Majlis Apresiasi untuk sekolah agama.. Amani tak dapat nak sertai jadinya, mak lah tolong ambilkan hadiah untuk PSRA dan pengawas.. Adik dapat hadiah juga untuk 5 subjek yang cemerlang.. Kali ini pihak sekolah bagi hadiah tunai.. 


Imani terima hadiah untuk 5 subjek cemerlang..

ebook | Niqab oleh Shield Sahran

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu cerita yang sangat menarik.. Misteri sungguh kehidupan Nadia dan keluarga dia.. Kemunculan semula Nadia yang berniqab dan kemudiannya dikatakan Nadia tu bukan Nadia.. Pekerjaan keluarga Nadia yang tak dinyatakan.. Tapi bila sampai pertengahan pembaca dah boleh agak pekerjaan keluarga Nadia, sebab penulis dah mula ceritakan.. Imbas semula apa yang berlaku sebelum ini pada kawan-kawan Nadia.. Memang bila baca buat kau tertarik untuk habiskan kerana misteri yang disembunyikan penulis tu.. Betul-betul mengujakan baca cerita ini dengan semangat Nadia yang ingin keluar dari pekerjaan tu.. 

"Benda yang mustahil untuk diramal ialah masa depan. Benda yang mustahil untuk dikejar ialah masa, dan benda yang mustahil untuk diulang ialah sejarah."

Sha baca dan selesai pada 15.02.2023..

Published November 30, 2018 by Buku Fixi
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

India | Game Over (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Swapna yang mengalami trauma akibat diperkosa semasa keluar malam untuk membuat tatu, hidup bersendirian dengan penjaga pintu dan pembatu rumah.. Selepas setahun, tiba-tiba tatu yang dibuat Swapna kembali sakit.. Swapna cuba mendapatkan penjelasan dari pembuat tatu.. Rupa-rupanya dakwat tatu beliau ada bercampur abu mayat mangsa pembunuh bersiri tanpa sengaja.. Mangsatu cuba membantu Swapna menghadapi ketakutannya.. Pada satu malam, Swapna diserang dan tiba-tiba tatu yang ada di tangannya berganda kepada tiga.. Swapna mati namun melalui sekali lagi malam tersebut.. Kali kedua, Swapna hampir melepaskan diri namun tanpa dia tahu, pembunuh tu bukanlah bersendirian sebaliknya 3 orang.. Kali ketiga cubaan membunuh tu, Swapna dengan pembatu rumah dia nekad untuk melawan habis-habisan sebelum polis tiba untuk membantu mereka.. 

Paing sedih bila mangsa perkosa menjadi bahan hinaan dan disalahkan.. Walhal bukan mereka yang buat salah.. Sudalah trauma diperkosa belum hilang, dihina dan dipulaukan pula.. 

Game Over
2019 ‧ Drama/Thriller/Mystery ‧ 1h 43m
Swapna, a game designer, suffers from PTSD and lives alone with her housemaid. However, her life turns upside down after a serial killer enters her house, making her play a twisted game for survival.


Pocky Wholesome Blueberry Yogurt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buka ja bungkusan, dah bau blueberry.. Memang best.. Biskut Pocky yang disalut dengan yogurt blueberry dan dihiasi kepingan blueberry sebenar menjadikan ia snek yang sempurna.. Setiap gigitan mewah dengan rasa blueberry.. Memang puas hati.. Nak lagi sedap, sebelum makan simpan dalam peti sejuk dulu.. Makan sejuk-sejuk, memang best.. Sha beli di pasaraya TF Value Mart.. Bila nak beli lagi, dah tak jual.. hehehe..

Pocky Wholesome Blueberry Yogurt (36g)
RM4.50

Ada lebih kurang 12 ke 13 batang biskut ini..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com