Friday, May 24, 2024

Korea | Death's Game (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau ikutkan.. Semuanya bermula sebab Yi Jae nampak orang bunuh diri masa dalam perjalanan pergi temuduga.. Lepas je kejadian tu, semua berubah jadi tak kena.. Sampailah Yi Jae ambil keputusan bunuh diri bila dia rasa macam hidup dia dah musnah.. Tapi sebaliknya pula yang terjadi bila Yi Jae bila dia dihukum kerana memandang rendah kematian.. Bak kata Death "You are guilty of coming to find me before I came to find you."

Jadinya Yi Jae dihukum untuk melalui kematian sebanyak 12 kali dengan cara roh dia akan masuk badan orang yang nak mati dan dia akan merasa kesakitan yang terpaksa dilalui oleh orang tu masa mati.. Memang bengang lah Yi Jae.. Ingatkan dah mati, dah selesailah sekali kena lalui berkali-kali kematian.. Pergh!! Tapi Yi Jae langsung tak perasan yang dia dihukum sebab menganggap kematian dia adalah penyelesaian masalah dia.. Langsung tak fikir perasaan orang yang tinggal.. Memang kejam jugalah perangai Yi Jae ini..

Drama: Death's Game
Also Known As: Death's Game Part 1, I Will Die Soon Part 1, I'll Die Soon Part 1, Yi Jae, You’ll Die Soon Part 1, Ije God Jukseubnida Pateu 1, Ijae, Got Jukseupnida
Screenwriter & Director: Ha Byung Hoon
Genres: Thriller, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Dec 15, 2023
Aired On: Friday
Original Network: TVING
Duration: 55 min.
After struggling for seven years without securing a stable job, Choi Yi Jae becomes engulfed in despair and hopelessness. Believing that ending his life would be the solution, Yi Jae is met with a surprise when he meets the entity known as Death at the gateway to Hell. Death assigns him a unique punishment: Yi Jae must endure death in 12 different bodies. To avoid his fate in Hell, he must find a way to survive.

ebook | Dua-dua Degil oleh Dekna Lee!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini bukan tahap degil lagi dah.. Pakej dengan keras keplaa campur ego.. Kita ini mati tak tahu bila, patutnya raikan dan hargai apa yang ada..Bila dah tak ada baru nak terkejar-kejar memang tak dapatlah.. Sakit jiwa baca novel ini.. Hahaha.. Tapi penamat dia bahagia je.. Cuma tulah nak mengadap perangai degil dan ego hero serta heroin dia je.. 

Menarik sikitlah novel ini bila dia selitkan tentang seni bela diri dari Thailand.. Ohsemlah pada Sha..

Sha baca pada 18.05.2024 dan selesia pada 20.05.2024..

Published March 1, 2017 by Nurul Husna binti Razali

Thursday, May 23, 2024

Sambal Merah Tempoyak Abang Syukor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini produk keempat dari Abang Syukor yang berjaya Sha beli dengan harga diskaun.. Lama tak membeli sebab susah betul nak dapat diskaun tu.. kikiki.. Sambal Merah tempoyak.. Mengancam sebab ada tempoyak.. Memang sedaplah dijadikan pembuka selera.. Makan dengan nasi dan telur dadar je pun dah sedap dan mengancam.. Paling Sha suka rasa pedas dia tak melampau sangat, jadinya bolehlah makan dengan gembira.. Buat yang suka pedas, mungkin tak akan menggemari sambal ini..

Harga jualan RM13.72 + Postage RM4.90 + SST untuk Shipping RM0.29 = RM18.91
Tapi Sha bayar RM9.30 sahaja

Merah Tempoyak (180g)
Tempoyak, Cili Besar Merah, Bawang Besar, Bawang Putih, Ikan Bilis, Belacan, Minyak Masak, Gula, Garam, Serbuk Perasa.

ebook | Illusive (Paperback) by Oga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca versi english.. Pergh!! Lain macam komiknya.. Seram, ngeri dan misteri.. Mujurlah hitam putih, kalau berwarna mau pitam membacanya.. kikiki.. Tapi masih okaylah.. Buat yang tak gemar seram, mungkin tak sukalah.. Sha okay je.. Sesekali layan..

Sha baca dan selesai pada 17.05.2024..

Published April 1, 2005 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

Matcha Mochi

Assalamualaikum
Hye semua..

Amani belanja Sha.. Katanya tak pernah lagi dia belikan apa-apa untuk Sha.. Sha pula memang suka mencuba.. Sha terima je.. Sedap juga cuma rasa matcha dia tak berapa ngam.. Bolehlah layan sebab ada inti kacang merah kat tengahnya..

Matcha Mochi

Ada 9 pcs dalam dia.. Okay juga dia bungkus macam ini..

Inilah rupa dia.. Comel je..

Tengah-tengah tu inti kacang merah.. Tak manis.. Ngam-ngam je..

Wednesday, May 22, 2024

ebook | KAD oleh Zunally

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahniah penulis untuk cerita yang berjaya menangkap mata Sha..

Kisahnya Hani yang baru kembali semula ke sekolah biasa selepas mengalami peristiwa buli yang gila.. Hari pertama persekolahan, kepala Hani disentuh bola sepak yang membawa kepada perkenalan Hani dengan 4 jejaka iaitu Adrian, Izmeer, Khairul dan Daniel.. Mereka berlima akhirnya menjadi sahabat karib dan melalui bukan sahaja peristiwa biasa tetapi luar biasa ganas bersama-sama.. Hani nekad untuk melalui hari-hari biasa sahaja untuk tahun terakhir bergelar sebagai pelajar sekolah tapi tanpa disangka masih ada yang menyimpan dendam.. Sekali lagi Hani diganggu, walaupun gangguan seolah-olah sama namun sepatutnya tidak terjadi sebab pelaku yang sebenar masih dalam keadaan koma.. 

Awalnya Sha pun tak sangka tapi bila baca betul-betul, memang boleh teka siapa penjahatnya.. Syoklah baca kisah budak sekolah, gangguan yang hampir meragut nyawa dan juga turun naik emosi manusia.. Paling suka watak Khairul yang gila-gila dan selalu ada jenaka tiba-tiba.. 

Sha baca dan selesai pada 17.05.2024

Published December 29, 2023 by Buku Fixi

Kursus Pembudayaan Media Baharu: Pemasaran Digital Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sekarang ini Perpustakaan Negara Malaysia rajin buat kursus atau bengkel secara atas talian.. Jadinya bolehlah sertai sambil buat kerja.. Kursusnya pun kebanyakkannya memang menarik dan seronok disertai.. Dapat ilmu tambahan.. Penceramah dia pun ohsem.. Memang syok layan..

Hari kedua belajar CapCut dan Canva, tapi sebab Sha sertai sambil menghadiri hari sukan cumanya mampu dengar sajalah.. Huhuhu.. Jadilah.. Janji dapat ilmukan..

Kursus Pembudayaan Media Baharu: Pemasaran Digital Perpustakaan
Tarikh: 20 & 21 Mei 2024
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Medium: Secara maya melalui aplikasi Google Meet

Tukar Kasut Baru Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha tukar tayar depan kereta Sha.. Kena RM240 sekali balancing dan alignment.. Tayar tu dah botak.. Perasan masa servis baru ini.. Bila dah ada duit lebih ini, kenalah buat.. Bahaya bila hujan dan jalan basah.. Ginilah bila ada kereta.. Sesekali kenalah buat apa yang patut.. Demi kelancaran dan keselamatan.. Kalau dibiarkan, bahaya pada kita dan juga orang lain sebenarnya..

Kiri

Kanan

Balancing & Alignment Pada Tayar

Kejohanan Sukan Tahunan SKBB2020 Kali Ke-11 Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, bos luluskan cuti, dapatlah Sha hadir ke Kejohanan Sukan Imani.. Hadir tanda sokongan pada Imani dan juga sekolah.. Imani masuk tarik tali, lumba lari dan perbarisan.. Johan untuk tarik tali.. Saguhati untuk perbarisan.. Sukalah dia dapat hadiah.. Walaupun sepanjang sukantara, jenuh mendengar keluh kesah dia.. kikiki.. Budak-budak kan.. Ada saja yang dia tak puas hati.. Bapanyalah yang banyak bagi motivasi dan semangat.. Mak mampu mendengar sahaja..

Serius semasa menjalankan tugas merakam momen anak.. Ini kawan Sha ambilkan.. Serius je Sha katanya.. kikiki..

Tahniah adik.. Johan tarik tali.. Baju baru untuk rumah sukan.. Nampak menarik kali ini sebab tak plain.. Bercorak geometri..

Wordless Wednesday 2024

 

Tuesday, May 21, 2024

ebook | Apa Kata Kita Bercinta oleh Hannah Ezaty

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nisrina dah teruskan kehidupan tapi perampas suaminya masih tak boleh nak move on.. Sibuk mengganggu hidup dia, seolah- olah dia pula yang tersakiti.. Pening juga Nisrina melihatkan perangai Shafika.. Mujurlah muncul Amsyar dalam kehidupan dia.. Akhirnya Nisrina buka hati dan mulakan kehidupan baru dengan Amsyar.. Sweet dan simple je kisahnya.. Memang syok layan..

Sha baca dan selesai pada 16.05.2024..

Published January 1, 2023 by RMA Studio

Terima Kasih Orang Baik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa kemas kini galeri terjumpa gambar ini.. Kejadian berlaku petang selasa (07.05.2024) dua minggu lepas.. Masa baru balik dari ambil Imani sekolah agama, hujan lebat dan ada pokok tumbang melintang di tengah jalan.. Nampaklah sekumpulan lelaki bertungkus lumus dalam hujan mengalihkan pokok yang tumbang.. Kerjasama yang mengagumkan dari rakyat Malaysia.. Memang terbaiklah.. Terima kasih orang-orang baik..

Melintang batang pokok tu menghalamg pergerakan dari kedua-dua arah..

Alhamdulillah ada yang bawa gergaji untuk memotong..

Panjang barisan kereta menanti giliran untuk bergerak..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com