Monday, September 23, 2024

Komik | Siri Putera 38: Pendukung Keadilan [Kesamaan] oleh Kaoru, Candy Factory

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini membawa topik tentang hak sama rata, stereotaip jantuna, hak pendidikan, masalah yang dihadapi orang kelainan upaya, ketaksamaan ekonomi, kesamaan di sekolah dan tentang tokoh hebat dalam sejarah..

Untuk komik pula, Putera Ciel telah dituduh menggunakan hak istimewa beliau sebagai putera untuk melepasi barisan panjang masuk ke muzium.. Walhal Putera Ciel hanya ingin menolong seorang lelaki yang memakai kerusi roda sahaja.. Semuanya kerana ada yang dengkikan putera-putera tersebut.. Pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dilemparkan pada mereka.. Pengetua telah menyerahkan tanggungjawab menyelesaikan masalah kepada Alex..

Sha baca dan selesai pada 20.09.2024..

Published September 1, 2022 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Sunday, September 22, 2024

India | Bali (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mandar tiba-tiba jatuh semasa tengah bersukan.. Jadinya Sathe bawa dia untuk rawatan dan dicadangkan ke hospital.. Awalnya sekadar rawatan biasa.. Namun selepas Mandar berjumpa Bashkar dan bercerita tetang Elizabeth tiba-tiba Bashkar mati.. Manakala Mandar pula disahkan menghidap kanser.. Dr. Radhika menolong Sathe untuk mendapatkan bantuan kewangan manakala Mandar pula berkeras meminta Sathe mencari Elizabeth, kerana pada Mandar hanya Elizabeth mampu menyembuhkannya.. Awalnya Sathe tak nak layan tapi bila terbaca laporan perubatan mengenai anak Elizabeth dan menemukan video tentang derma anak Elizabeth, Sathe pun mula menyiasat.. Sempatlah Sathe terjumpa hantu Elizabeth tu.. Rupanya hospital tu buat perbuatan tak bermoral dengan menjadikan anak orang miskin sebagai percubaan untuk dilakukan pembedahan oleh Dr. Radhika.. Gila..

Bali
2021 ‧ Horror/Suspense ‧ 1h 43m
When the son of a widowed father collapses, he gets taken to the hospital for a detailed diagnosis. However, their lives turn topsy-turvy when the child starts communicating with a mysterious nurse.

Komik | Siri Putera 37: Musuh Halimunan [Kuman] oleh Kaoru, Candy Factory

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang menarik.. Selain komik mengenai putera-putera raja, ada diselitkan info mengenai bateria, virus dan juga Covid-19..

Buku kali ini mengisahkan tentang Putera Albert yang tiba-tiba pengsan dan dimasukkan ke hospital.. Semasa rawatan selesai dan dibenarkan keluar, Putera Albert tiba-tiba jatuh dan koma.. Badan Putera Albert rupanya diserang virus yang tak diketahui.. Keadaan Putera Albert bertukar menjadi serius dan kembali baik dengan tak dijangka.. Semua putera risaukan beliau dna cuba memberi semangat supaya Putera Albert kuat melawan virus di dalam badan.. Keluarga Putera Albert turut melawat..

Sha baca dan selesai pada 20.09.2024..

Published June 1, 2022 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Korea | Project Silence (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Awal-awal macam bertenag-tenang saja.. Sekali bila kekacauan bermula, pergh!! Nak jatuh jantung dibuatnya.. Keadaan dah serius dan mendesak pun, Jeong Won asyik fikirkan keuntungan untuk parti politik dia.. Memnag gila mamat ini.. Bukannya dia nak fikirkan nyawa orang awam yang tengah dalam bahaya tu.. Ish.. Sakit hati pula dengan watak dia ini..

Memang betul-betul malang.. Sudahlah diserang anjing gila yang nak membunuh, jambatan pula pecah dan mula nak runtuh, komunikasi pula tersekat.. Pergh!! Anjingnya walaupun gila membunuh tapi bijak okay..

Movie: Project Silence
Also Known As: Escape: Project Silence , Project: Silence, Talchul: Projekteu Sailleunseu
Screenwriter: Kim Yong Hwa, Park Joo Seok
Screenwriter & Director: Kim Tae Gon
Genres: Action, Thriller, Mystery, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: May 21, 2023
Duration: 1 hr. 41 min.
A disaster movie that tells about people who are isolated on the airport bridge just before collapse in an indistinguishable thick fog, struggling to survive the unexpected threats lurking in it.

Saturday, September 21, 2024

ebook | Padam oleh Ibrahim Jama Huri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya bermula semasa Malik dan empat rakan mereka masuk ke dalam hutan untuk aktiviti lasak.. Tanpa sengaja mereka terjumpa 2 mayat dan pembunuh.. 2 rakan Malik dibunuh manakala Malik dan 2 lagi rakannya berjaya melarikan diri namun Azhan kemudiannya dibunuh.. Tanpa Malik sedar dia terambil 1 pendrive milik pembunuh dan Malik bersama Kamal kini diburu.. Kemunculan Razak membantu Malik dan Kamal membuatkan mereka bergabung dalam mencari siapakah dalang sebenar yang melakukan jenayah.. Rupanya ada konspirasi besar yang tak disangka..

Memang kisah aksi dan thrill yang mengancam.. Sha suka jalan cerita dia dan kelebihan yang ada pada Razak.. Mujurlah Malik pun ada kemahiran yang tak dijangka.. Kerjasama mereka memang dasyatlah..

Sha baca dan selesai pada 19.09.2024..

Published April 27, 2018 by Buku Fixi

Malaysia | Saka Perawan (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Adoilah.. Awalnya kisah seorang nenek yang punya saka.. Diminta 3 cucu balik untuk membantu buang saka nenek.. Cucu-cucu ini tadi masih perawan.. Asalnya saka dari nenek ini tadi di talakan dekat cucu-cucu ini dan nanti Ustaz Danny akan buang.. Eh tapi dua dari cucu dirasuklah pula dan mula membuat kacau di kampung.. Jenuh jugalah nak merawatnya.. Bila ada yang menuduh Ustaz Danny sebagai penunggang agama dan penyebab huru hara, nenek pun membongkar dalang sebenar.. Ish.. Orang lain yang jahat, orang lain pula yang dituduh.. Mujurlah nenek berjaya bongkarkan kebenaran.. Rupanya saka yang merasuk bukanlah angkara saka nenek tapi orang lain yang punya kerja..

Saka Perawan
2024 ‧ Comedy/Horror/Mystery ‧ 1h 31m
Director: Ahmad Idham
Pelakon: Sophia Albarakbah/Isyariana/Nelissa Nizam/Fauziah Nawi/Azlee Senario/Anne Abdullah/Man Raja Lawak/Wilma Muhammad/Mamak Puteh/Hamdan Ramli/Afieq Shazwan/Zalif Sidek/Yassin Yahya/Eizlan Yusof/Atu Zero
An 80-year-old grandmother has been bedridden for over a month and the doctors have no answer to the mystery of her illness, but there lurks an answer.

ebook | Blogofobia oleh Shield Sahran

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Cerita yang menarik sangat.. Kisah seorang lelaki bernama Ahmad Soleh yang penakut dan tak suka cerita seram berpura-pura menjadi berani demi memikat Orked.. Berpindah dan berkerja semula di Malaysia bukan sahaja menemukan Ahmad Soleh dengan Orked yang cantik tetapi kawan lama beliau iaitu Abu Seman.. Blogfobia wujud demi Cik Orked.. Ahmad Soleh memburu cerita seram dan bertemu kembali dengan sahabat lama beliua bernama Mat Ila yang banyak berkongsi cerita seram pada Ahmad Soleh.. Tanpa Ahmad Soleh sangka, beberapa manusia yang ditemuinya sudahpun meninggal.. Bila kejutan berlaku Ahmad Soleh pengsan dan dimasukkan ke hospital.. Kisah yang menghantui pejabat mereka turut terbongkar dan pelaku sebenar yang membunuh kerana cemburu akhirnya membunuh diri..

Sha baca dan selesai pada 13.09.2024..

Published February 3, 2023 by Buku Fixi

Friday, September 20, 2024

Jelajah Utara Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal hujung Ogos lagi Sha dan encik suami sudah mula merancang kemana perjalanan kami bagi cuti sekolah kali ini.. Awalnya kami nak ke Terengganu, tapi kami batalkan bila tahu ada aktiviti RXZ.. Tukar plan ke Utara.. Bila dah dapat destinasi, encik suami pun memulakan misi mencari tempat bermalam.. Setelah berbincang pro dan kontra, kami bersetuju untuk tinggal di Motel untuk malam pertama dan Hotel 2 bintang untuk malam kedua.. 

Percutian kami bermula pagi Sabtu (14/09/2024) dan berakhir pada hari Isnin (16/09/2024).. Perjalanan yang dirancang melalui jalan lama sahaja namun akhirnya terpaksa juga ikut lebuh raya lepas masuk ke Pulau Pinang.. Bila ikut jalan lama terasa sesak jiwa raga sebab banyak sangat lampu isyarat.. Tapi tak adalah banyak bayaran tol.. Kami keluarkan duit tol RM4.90 sahaja untuk 3 kali tol..

Laluan pergi bermula dari Behrang - Trolak - Langkap - Chenderong Balai - Kg. Gajah - Lambor Kanan - Parit - Manong (Singgah beli pau buat bekal dalam kereta) - Kuala Kangsar - Matang (Muzium Matang dan makan tengahari di Kamunting) - Bagan Serai - Nibong Tebal - Pulau Jawi - Butterworth (Singgah bergambar di R&R Bagan Ajam) - Kota Kuala Muda (Dataran Tsunami) - Sungai Petani (Singgah solat di Masjid Midad dan bermalam di Persona Motel).

Laluan hari kedua pula bermula dari Sungai Petani - Jalan Kaki Bukit (Gunung Jerai) - Kuala Kedah (Muzium Kota Kuala Kedah dan makan tengahari) - Arau (Daftar masuk dan bermalam di Hotel Metro Inn)

Laluan hari ketiga sepenuhnya menggunakan jalan dalam bermula dari Arau (Sarapan pagi dahulu) - Wang Kelian (Wang Kelian View Point) - Padang Besar - Sintok (Lalu dekat Empangan Pedu) - Durian Burung - Gubir - Gulau (Makan tengahari) - Baling (Singgah solat dan merenggangkan badan) - Pengkalan Hulu - Gerik - Lenggong - Kuala Kangsar (Sha mula memandu) - Manong - Parit - Bota - Lambor Kiri - Kg Gajah (Singgah solat, tukar pemandu dan makan malam) - Chenderong Balai - Sungkai - Behrang

Nampak ja tugu menarik, berhenti ambil gambar.. kikiki.. 

Kami singgah di Manong beli pau sedap..

Ini dekat R&R Bagan Ajam.. Tak tahu kat sini ada tempat riadah.. Memang padat dan ramai orang.. Mujurlah dapat parking, bolehlah bergambar sekeping dua.. kikiki..

Kami singgah solat di Masjid Madad yang unik bentuknya.. Cantik sangat.. Siap ada playground untuk kanak-kanak.. Ada Taman kucing juga tapi kami sampai dah malam.. Mampu tengok pagar dia ja.. 

Cantikkan langit dan sawah luas terbentang..

Singgah di pantai ambil gambar sebelum hujan lebat.. Awalnya nak makan laksa dekat area sini tapi kawasannya agak menyedihkan.. huhuhu.. Tak berjaga.. Jalan tak tar elok.. Kedai pun banyak yang tutup sedangkan banyak ja kereta masuk sama macam kami.. Sayang sangat..

Singgah di Capati Labu Sayong & Nasi Gulai Panas untuk sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan terakhir.. Cawan dia comel.. kikiki..

Seluas mata memandang..

Betapa kosongnya jalan tanpa kereta.. huhuhu..

Bila lalu jalan dalam, tak ada kereta sangat.. Sempatlah bergambar di tengah-tengah jalan.. kikiki..

Empangan tasik Pedu.. Memang nampaklah makin kering airnya..

Kawasan ini nama dia Padang Kerbau.. Nampak tak dua ekor kerbau yang memandang tu.. Sha ambil gambar ini dari dalam kereta ja.. Seram tengok pandangan mereka dan tanduk yang melengkung tajam tu.. huhuhu.. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ini begitu tajam memandang kami..

Ini pula Jetty Serimahawangsa Boathouse.. Cadangnya nak singgah makan tengahari tapi tak nampak pun restorannya buka.. Jadinya ambil gambar sajalah.. Belakang tu Tasik Pedu..

Akhirnya sampai juga ke Pengkalan Hulu..

Langit kejap cerah, kejap mendung, kejap hujan rintik dan kejap lebat sepanjang jalan..

Jelajah Utara Malaysia | Wang Kelian View Point

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini tempat tarikh dalam destinasi percutian kami.. Encik suami bawa kami ke sini untuk meninjau pemandangan cantik.. Kami gerak ke sini lepas daftar keluar hotel dan sarapan pagi.. Kami sampai ini pun dah ramai orang tapi masih okay lagilah.. Parking kereta pun mudah.. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 6 tahun hingga 18 tahun.. Nak mendaki dengan jalan kaki pun boleh, nak naik kenderaan yang disediakan dengan bayaran RM3 seorang pun boleh.. Bayaran ini untuk naik dan turun.. Kami naik atas menggunakan kereta dan turun dengan jalan kaki.. Tempatnya memang cantik.. Bahagian atas penuh informasi, tempat bergambar dan gerai jualan.. Memang bestlah.. Ada teropong disediakan tapi kena guna duit syiling 50 sen sebanyak 4 keping..



Sha beli hazelnut latte (ice) - RM8 di sini.. Sedap kopi dia..


Inilah kederaan yan Sha maksudkan itu.. 

Sempatlah kami lajak ke Kg. Wang Kelian dan ke kawasan orang nak masuk ke Thailand.. Tapi dah tak ada orang berjualan jadi kami patah balik.. Beratur kereta nak masuk ke Thailand..

Jelajah Utara Malaysia | Hotel Metro Inn Arau, Perlis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penginapan untuk hari kedua, kami tidur di Hotel Metro Inn yang terletak di Arau.. Kami gerak ke hotel lepas makan tengahari.. Tak adalah jauh sangat dari Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah.

 Sha bayar harga bilik RM121.45 melalui Agoda.. Pada Sha berbaloi sangat-sangat.. Bilik bersih, penghawa dingin sejuk ya amat.. Cuma dia punya heater saja bermasalah, tapi masih okaylah pada Sha.. Paling best di sekeliling hotel ada macam-macam kedai.. Mudah lah nak cari barang makan dan keperluan harian.. Tempat parkir kereta pun mudah, depan dan juga di belakang hotel.. Hari kedua ini kami daftar masuk 2.30 petang, rehat dan mandi semua.. Jam 5 petang baru keluar balik dan merayap di sekitar Perlis.. Esoknya daftar keluar jam 8 pagi.. Hotel ini kena letak deposit RM30.. Bila pulangkan kad akses, dia bagi balik deposit.. Owh ya, hotel ini guna tangga tau.. Kami dapat bilik di tingkat dua mengadap jalan tapi tak adalah bising.. Lena ja tidur tambahan pula hujan.. Lagi ngamlah..

Ada meja, kerusi, 2 katil queen, 4 tuala, penghawa dingin dan tv..

Ada almari, 3 penyangkut baju, 1 tisu tandas, 2 botol air mineral, cawan dan gelas..

Ada mesin air panas dan sejuk di setiap tingkat..

Tempat menggosok pun ada di setiap tingkat..

Thursday, September 19, 2024

Jelajah Utara Malaysia | Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Muzium kedua tang kami lawat.. Tiada bayaran masuk yang dikenakan.. Kawasan memang cantik dan besar.. Berdekatan dengan sungai dan kawasan nelayan.. Cantik tau view dia.. Paling best bila kawasan dia walaupun berumput, tak perlu nak bimbang akan lecah sebab dia bina laluan batu dari satu tempat ke satu tempat.. 


Meriam ini ditempa menggunakan menggunakan tangan sebab tu menggerutu seperti katak puru.. 

Ini di hujung kota.. Puaslah berjalan mengelilingi kota..

Seluas mata memandang kawasannya.. Tapi cantik dan terjaga.. Ada laluan batu dari satu tempat ke satu tempat..

Cantikkan pemandangan dia.. Waktu ini cuaca redup dan kadang-kadang hujan renyai.. Jadinya syoklah berjalan.. Owh ya, ada sebuah rumah yang menempatkan semua info mengenai kota ini.. Cuma perlu daftar nama sahaja..

Jelajah Utara Malaysia | Gunung Jerai, Kedah.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Destinasi pertama kami untuk hari kedua percutian.. Seawal pagi kami dah mendaki ke atas menggunakan kereta.. Kalau anda suka mendaki, boleh je jalan kaki tapi mencabarlah.. Kalau tak berapa nak mencabar, naik kereta ataupun motor macam kami.. Seeloknya pergi awal pagi.. Masa ini memang tak ramai orang.. Cumanya masa kami pergi ini, malamnya hujan jadi ada beberapa aktiviti yang tak dapat nak dibuat.. Namun pada Sha berbaloi sangat-sangat sebab sejuk dan pemandangannya sangat mengujakan.. Saujana mata memandang.. Puas hatilah dapat naik.. Berbaloi sangat-sangat.. Kalau sekadar naik ke atas hanya bayaran masuk sahaja yang perlu dibayar iaitu RM2 untuk seorang.. Selain dari itu boleh jelajah dan bergambar sepuas hati.. 

Ada ladang strawberi yang comel, kafe untuk makan-makan dan kedai kopi juga.. Owh ya, ada ja aktiviti yang berbayar tapi kami tak pergi pun sebab naik gunung Jerai ini untuk pemandangan dan suasana saja.. Owh ya, ada resort juga.. Kalau tak nak memandu, guna van dia pun boleh.. 


Ada surau juga dan tandas awam..

Resort..

Pemandangan yang diselubungi kabus..

Saujana mata memandang petak sawahnya.. Owh ya, nampak pulau dayang bunting juga tau.. Lepas turun Gunung Jerai ini kami ke Pulau Dayang Bunting sebab ada jambatan, malangnya dah jadi harta persendirian dan ditutup laluan nak ke pulau.. Mampu tengok dari jauh jelah.. huhuhu..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com