Monday, August 8, 2016

Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar perkongsian..
Manalah tau boleh membuahkan hasil pada kawan-kawan yang lain..
Sha buat perkhidmatan kereta sewa..
Dari Behrang 2020 ke Politeknik (7.20 pagi ke 7.40 pagi)
Dari Politeknik ke Behrang 2020 (5.00 petang)
Sha dah lama ada idea ini cuma tak berani..

Bila tengok perkongsian rakan di Facebook mengenai Uber, Sha ingat nak daftar dengan Uber..
Tapi macam tak praktikal pula, sebab tempat Sha ini bukannya pekan besar..
Kemudian terfikir, memang setiap pagi dan petang Sha akan berulang dari Politeknik ke Behrang 2020 dan sebaliknya untuk menghantar dan mengambil anak..
So why not, Sha offer pada pelajar yang selalu ada untuk naik bas kan..

Makanya pada 28.07.2016, Sha memberanikan diri untuk bertanya dan menawarkan perkhidmatan Sha..
Alhamdulillah, dapat tiga orang pelajar.. Dapat RM3..
Caj yang Sha kenakan, sama je dengan bayaran yang mereka keluarkan untuk naik bas.. RM1
Sha hanya mengambil pelajar perempuan (Islam) sahaja..
Maksimum 4 orang..
Memang tak akan lebih..

Tujuan Sha memang untuk dapatkan duit minyak sahaja..
Sambil sambil sahaja..
Sekarang ini keperluan semakin tinggi..
Kalau mengharap pada gaji sahaja memang tak cukup..
Terlalu banyak komitmen..
Semoga dipermudahkan urusan Sha..

8 comments:

  1. semoga usaha akak untuk mencari pendapatan tambahan dipermudahkan Allah SWT :)

    ReplyDelete
  2. bagus la sha kira berani..utk tmbah pendapatan moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. bagus la.. jimat minyak org tu. smoga kak sha murah rezeki

    ReplyDelete
  4. skrg ramai org merungut naik bas sbb leceh

    ReplyDelete
  5. terbaik...
    tambah pendapatan & tambah pahala juga :)
    tahniah sha...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah semoga dipermudahkan..memang kena cari pendapatan lebih skg

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com