Friday, August 19, 2016

Projek Seram Pulau oleh Naim Tamdjis, Salleh Kausari dan Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Seram Pulau.. 
Tampil dengan tema hijau..
Paling best bila ada semua novel Projek Seram..
Bila disusun, terserlah warna warninya..

Kali ini tampil dengan tema Pulau..
Tiga tempat menjadi persinggahan..
Pulau Jerejak, Pulau Besar dan Pulau Pangkor.. 
Jom baca review saya..

Puaka Belutut oleh Naim Tamdjis
"Ia jangan dicari, kelak menyesal apabila ia muncul.."

Bila hidup berpegang pada yang salah maka nyawa manusia jadi mainan..
Puaka belutut, mengerikan dan menyeramkan..
Angkara terlalu angkuh nyawa sahabat jadi taruhan..
Ini baru betul cerita yang memberi gambaran bagi pepatah kerana mulut badan binasa..
Cerita yang gila.. Gila sebab wataknya suka mencari hantu..
Memang gila.. Sengaja diseru-seru petaka supaya datang..
Seronok juga membaca Puaka Belutut ini sebab ada terselit sedikit sejarah..
Mengenai Pulau Pangkor..

Flor De La Mar oleh Salleh Kausari
"Yang tersembunyi jangan dicari atau diganggu"

Pewaris datang menjalankan amanah..
Yang sepatutnya bersembunyi kekal disembunyikan..
Namun manusia tamak, menggadaikan nyawa...
Kerana harta nyawa hilang melayang..
Warisan kekal warisan.. Muncul bila tiba waktunya..

Malam Berdarah oleh Ilya Abdullah
"Sekali kau melangkah masuk, sukar untuk kau melepaskan diri."

Kerana janji dengan jembalang, nyawa perlu dikorbankan..
Cerita yang mengerikan.. Satu persatu dibunuh..
Hanya kerana ingin hidup mewah..
Jembalang dijadikan pendamping dan diwariskan pula..
Memang ngeri dan keji..
Seriously kejam cara mereka dibunuh..
Ngeri dan sadis bersatu dalam ketakutan..
Mujurlah masih ada yang mahu membantu..
Hanya 3 nyawa yang selamat..

Ketiga-tiga cerita memang best.. 
Memukau mata untuk terus membaca..
Mujurlah tak ada nak ke Pulau dalam masa terdekat..
Kalau tak memang mengigau lah jawabnya..
Pengajarannya jangan bercakap besar..
Jangan mudah percaya pada pakej yang murah..
Sila jangan tamak dan berniat jahat..

 
Baca pada 12.08.2016
Tamat pada 13.08.2016

7 comments:

  1. Replies
    1. Ini memang feveret sha.. Cuma dah xde stock..
      Yang tinggal kebanyakkannya buku cinta.. kikikiki..

      Delete
  2. Macam menarik. Tapi kalau seram..akak takut sikit...hehehe

    ReplyDelete
  3. mesti best novel ni kan...

    akak..kite tag akak..meh join.. :D

    http://www.izzatisuhaide.com/2016/08/giveaway-1st-anniversary-blog-my-birthday.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com