Friday, November 13, 2015

#3 Novel Cinta dan Romantik Komedi

Assalamualaikum..
Tetibe syok pula membaca. Kulit bukunya biasa-biasa je. Tajukpun xde lah gempak tapi jalan cerita memang ohsem..

Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? oleh Manjalara
Ulasan saya : Cerita yang disampaikan banyak pengajarannya. Jangan terlalu mencintai kerana saat kehilangan, sakitnya tidak mampu diubati. Seperti yang tertulis dibelakang buku, kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Anak yatim piatu itu harus dijaga sebaiknya kerana itu amanah yang sangat berat, tambahan pula bila membabitkan harta. Percayalah, jodoh itu rahsia Allah. Kasih dan sayang itu juga datangnya dari Allah, bila sampai masanya pasti hati yang keras akan bertukar menjadi lembut..

Alamak! Arziril ke Ariel? oleh Wanie Zakaria
Ulasan Saya : Novel yang sangat unik kerana menggunakan breakdance sebagai latar cerita. Seorang lelaki yang mempunyai dua personaliti, bukan kerana sakit tapi kerana ingin memikat hati si gadis. Nerd dan bodoh-bodoh alang.. Kemudian segak, berkarisma, penyanyi dan juga seorang artis. Namun selama mana rahsia akan tersimpan, akhirnya kerana dendam dan cinta rahsia terbongkar. Pengajaran yang sangat penting dalam novel ini, perkahwinan itu datang dengan tanggungjawab. Sebaik sahaja akad dilafaz, suka atau tidak tanggungjawab dah mula kena dipikul. Jangan jadikan alasan kahwin terpaksa untuk tidak melaksanakan tanggungjawab. Satu lagi, kalau x suka silalah jangan melayan lagi. Bertegaslah bahawa hubungan itu hanya kawan. Tidak baik memainkan hati dan perasaan orang.

Aku Yang Kau Cinta oleh Muna Mahira
Ulasan saya : Menarik sangat novel ini. Sebab banyak pengajaran dalam novel ini yang boleh kita kutip. Antaranya, seburuk manapun layanan mak ayah kita, mereka tetap mak ayah kita. Suami tetap suami, tetap perlu dihormati. Perkahwinan bukan tempat melepaskan dendam ataupun mainan.
Novel ini mengisahkan perjalanan gadis bernama Hans yang dibenci mak dan ayah hanya kerana lahirnya tidak cukup cantik. Tapi kerana itu jugalah dia bangkit menjadi lebih berjaya. Namun dugaan datang lagi bila lelaki yang dikahwini mempunyai tujuan yang sangat menakutkan. Lelaki yang baik tetapi terlalu ego. Bagaimanakah pengakhirannya?? Bacalah ye.. hehehe..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel, Karangkraf & Jemari Seni

5 comments:

  1. Jom Membaca..tp akak hanya dapat bc Blog jer..huhuhu bz bebenor ngalahkan first lady gitu

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Kak Murni tak pa.. baker yang berjaya..

    ZAf kalau nak membaca suka tengok author dia.. dulu, main rembat ja.. tapi, bila banyak kali kena cerita yang tak best, tak kenadengan jiwa, tu yang memilih tu..

    ReplyDelete
  3. k.el pun x sempat nak baca membaca ni
    bc blog ada je masa hahaha

    ReplyDelete
  4. lama xlayan novel... xsempat nk mmbaca

    ReplyDelete
  5. ada blog penulisan pernah bc aritu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com