Wednesday, November 25, 2015

Postpartum blues/ depression / psychosis

Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian berikutan peristiwa tragis yang tiada siapa tahu punca sebenar.. Saya juga pernah melalui keadaan ini. Tempoh berpantang memang tempoh yang sangat mencabar. Emosi yang terganggu. Tanpa sokongan suami dan kekuatan iman, memang macam-macam boleh terjadi. Terus terang saya katakan ketika anak pertama, saya menjadi sangat possessive. Saya akan berasa marah bila ada orang lain memegang anak saya. Namun lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri bila akal mula berfikir secara waras dengan sokongan suami.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwfeAQbLQZSHAyifRrCNBK7byva_bA6qbQHnCw_-9jc9yjVkPRV_7g_f0bfg1s0_VrwkoMFfs97UzUSrtsi_nSc066HiUlzyXiUnBjkj_5MXMPlGuvcdYa7pTDmZdGCK4hLlSAX1ZPjsA/s1600/12187787_1070045936352865_4210567192475385981_n.jpg 
 Tragedi hari ke-10

Penerangan di bawah ini saya ambil dari FB : Nurul Khairiyah Khairuddin

Ini bukan penerangan ilmiah. Hanya luahan hati setelah membaca berita tragedi hari ke-10.... Dada muka buku pun penuh dengan pelbagai perkongsian postnatal blues/ depression aka meroyan rentetan dari tragedi tersebut.
Saya juga baru melahirkan bayi 35 hari.. belum habis pantang lagi... alangkah sedihnya membaca kisah wanita hari ke 10 tersebut... Dan terfikir apa nasib bayinya kelak kerana kajian menunjukkan bayi yang kematian ibunya berisiko tinggi utk kematian di bawah usia 5 tahun disebabkan pelbagai faktor (tak mahu ulas di sini)..
Saya bukan ibu muda.. Saya ibu senior yg sudah mempunyai 3 org anak berusia antara 7-10 tahun... Saya seorang doktor pakar sakit puan yang juga merupakan ahli Jawatankuasa penyusuan susu ibu di hospital... malahan juga merupakan Penilai Kebangsaan Hospital Rakan Bayi yg baru dilantik... berpantang dengan dijaga oleh ibu saya sendiri yg sangat prihatin... Noorainin Abdul Rahman dan mempunyai pembantu rumah utk meringankan urusan rumahtangga... Begitu juga dengan suami Muhamad Azwan yang sedaya upaya memenuhi permintaan saya itu dan ini walau beliau sibuk dengan kerja dan pelajaran sebagai Pelajar MBA part time di waktu malam...
Dengan resume di atas, seharusnya lah proses berpantang saya sangat 'smooth sailing'.... Tidak ada apa kekhuatiran dan perlu di "depressed" kan.. tapi, saya tidak terlepas dari perasaan sedih dan kadangkala putus asa... bukan sebab susu kurang (Alhamdulillah susu banyak).. bukan sebab bebanan urusan rumahtangga.... tapi nature tempoh berpantang dan cabaran penyusuan susu ibu itu sendiri.
Walaupun saya melatih staff utk kursus brestfeeding, saya sendiri tidak terlepas dengan masalah Breastfeeding seperti poor attachments yg mengakibatkan sore nipple dan crack nipple seperti dalam syllabus Kursus 20 jam... Dalam keadaan sakit, teruskan juga penyusuan utk baby yg kuat menyusu (pertama kali mendapat baby boy memang terasa perbezaannya dengan baby girl)..
Diuji pula dengan gelagat baby yg berubah-ubah bak kata orang-orang tua (nanti habis pantang OK lah tu---komen biasa) yg saya simpulkan dengan perkataan sendiri sebagai "unpredictable".... kadangkala frustration itu timbul bila selepas 1 jam disusukan, baby masih tak mahu tidur... Dan disambung pula dengan dodoian sambil berdiri dan mendukung baby hampir 1 jam.. lenguh tangan kanan, tukar tangan kiri.. lenguh 2 belah tangan, letak pula dalam bouncer... sambung mendodoikan....
Walaupun dilengkapi ilmu melalui pembacaan bahawa REM (Rapid Eye Movement) sleep phase baby boleh berlangsung hampir 20 minit (fasa bayi dalam Light sleep dan mudah terjaga semula), selepas tempoh tersebut di langkau, baby tetap terjaga semula dan menangis apabila diletakkan.. Apabila malam menjengah.. kekhuatiran mula bersarang.. malahan waktu makan malam memilih utk minum kopi O sebagai bekalan berjaga malam utk melayan baby sewaktu seisi rumah yang lain enak dibuai mimpi...
Menyusukan bayi 2 jam sekali selama 20 minit ke sejam sekali susuan mengikut mood baby, dodoian selama 20-40 minit, baby tidur nyenyak utk 1 jam dan bangun semula utk penyusuan berikutnya.... proses yg berulang 24 jam tanpa henti.... semua itu cukup meletihkan... kebanyakan ibu hanya menyimpan atau memendam perasaan di dalam hati (saya suka ayat menjeruk rasa) kerana khuatir dengan stigma "ibu yg baik tak sepatutnya merungut"...
Saya bersyukur mempunyai keluarga yg supportive... Maka, wahai para suami, ibu/ibu mertua/ saudara yang menjaga ibu berpantang malahan rakan dan jiran yang berdekatan.. bantulah dengan memberikan sokongan pada ibu-ibu ini terutama dalam aspek emosi dan psikologi yg selalunya terlepas pandang. Emosi yg tidak stabil inilah yg dapat mendorong kepada perbuatan tidak rasional seperti mencederakan diri sendiri malahan lebih buruk lagi mencederakan bayi juga....
(Nota kaki: menaip sambil mendodoikan bayi dlm bouncer setelah sejam mendodoikan sambil berdiri dan sejam menyusukan...)

8 comments:

  1. Assalam sha,
    jangan terlampau pressure diri sendiri
    balik kepada Allah kalo dah tak boleh nak tanggung
    InsyaAllah semua akan OK :)

    ReplyDelete
  2. CT ada baca citer tu.. kesian dia.. tapi apa yang dia rasa memang susah nak agak kan.. nak ulas lebih2.. CT tak pernah lalui lagi pengalaman2 ibu2 ni..

    ReplyDelete
  3. mmg bf ni kena tabah
    mmg ianya kdg2 leh mmbuat stress
    anak ngis nak nyusu aje..mmg ngempeng je ngan ibu
    bertabahlah smpai umur 2 tahun huhu

    ReplyDelete
  4. sokongan suami memang perlu...para suami kena beri sokongan dan luang masa yang banyak...sambil bantu isteri

    ReplyDelete
  5. Time2 brpantang badan kita lemah..dengan darah nifas duk keluaq..tu yg benda2 tu boleh duk tumpang sama....tp tu la sokongan keluarga esp husband sangat lah penting

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com