Assalamualaikum..
Hye semua..
Sekarang ini tengah kecoh di Facebook mengenai aktiviti memplagiat karya penulis di BeeTalk. Sha dah try install app BeeTalk ini tapi malangnya tak pandai nak cari.. Hahaha.. Buta teknologi Sha ini.. Jadinya Sha tak bolehlah nak screeshot dari App BeeTalk ini.. Yang Sha Share kat bawah ini Screenshot yang di share oleh penulis seperti Naim Tamdjis, Syaida Ilmuna, Helmi Effendy, dan ramai lagi..
Mengapakah ini yang terjadi? Kesian pada penulis yang bersusah payah menulis, memerah idea, mengorbankan waktu tidur demi sebuah karya.. Dimanakah penghargaan kita kepada penulis?
Mudah sungguh kerja mereka.. Menaip semula novel orang lain.. Mengambil gambar dan dimuat naik untuk bacaan secara percuma.. Kejam sungguh mereka membunuh periuk nasi penulis..
Kalau tak mampu nak beli, yang baru ramai je yang jual semula buku-buku preloved dengan harga yang murah sedikit.. Malah kalau tak boleh juga nak beli, Perpustakaan kan ada.. Rajin-rajinkanlah diri ke Perpustakaan.. Macam-macam novel ada.. Pokok pangkalnya hati tu.. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Usahalah ye..
Penulis berusaha menulis karya yang hebat.. Pembaca pula berusaha membeli, meminjam (di perpustakaan @ kawan-kawan) untuk membaca.. Sama-sama berusaha..
Siap tanya yang mana satu nak dipilih supaya boleh share di beetalk?
Melampau sungguh mereka ini..
Yang ini lagilah.. Bukan main angkuh dan sombong menjawab seolah-olah karya tu dia yang punya..
Bila ditegur, boleh pula dia defend diri macam nie.. Awak nak jimat pergilah Perpustakaan Awam, pinjam dan baca.. Bukan begini caranya.. Salah dik oii...
Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian dalam novel ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar semula dalam bentuk atau alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis dari PENERBIT.
Tiada bahagian dalam novel ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar semula dalam bentuk atau alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis dari PENERBIT.
Dibawah Akta Hakcipta 1987,seseorang akan bertanggunggjawab ke atas
perlanggaran Hakcipta sekiranya seseorang itu telah menyalahgunakan hak
eksklusif terhadap sesuatu karya ataupun produk asli pada mana-mana
tuanpunya karya ataupun produk tersebut tanpa izin mereka.
wah. camni pon ada ekk?
ReplyDeletesian si penulis.
ni mcm cetak rompak la kan.
tak baik. tutup piuk nasi org.
Kan aida.. macam2 sekarang nie..
DeleteMacam2 perangai skrg nie. Tak pikir dosa pahala dah.
ReplyDeleteTu la ana.. geram je nengok..
DeleteBanyak pulak masa diorg taip balik.. ==
ReplyDeleteDahsyat manusia sekarang ni.
ReplyDeleteKan dah terang-terang ada tulis pasal hakcipta kat muka surat buku.
Mereka tak rasa berdosa dan bersalah ke menabur pasir dalam periuk nasi orang lain?
pergh kesian tenaga Penulis novel..senang2 jak mau plagiat...aish..klau rasa mahal..x payah baca..duduk diam2 gigit jari..geram pula
ReplyDelete