Hye semua..
Kompilasi Travelog : 7 Benua
Ditulis oleh Badrul Hisham, Ida Yunus, Meor Farid Asyradi, Nazri Arshad, Nordin Yahaya, Rafiee Ghani, Siti Noridah, Wazari Wazir.
Buku ini Sha dapat sebagai hadiah GA..
Buku yang mengisahkan mengenai perjalanan ke negara luar..
Badrul Hisham - Lembah Mati California, Amerika Syarikat
Mengisahkan pengalaman beliau semasa ke Feather Valley..
Memaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca..
Nordin Yahaya - Refleksi Machu Picchu (Cusco, Peru)
Catatan yang mampu membuatkan pembaca rasa kagum dengan keajaiban Machu Picchu.. Sha turut tertawan dengan gambar dan penerangan mengenai Machu Picchu ini.. Ohsem sangat..
Ida Yunus - Gigi oh Gigi...Kenapa Engkau Sakit (Ulaanbaatar, Mongolia)
Ngeri owh.. Berjalan di negara orang dalam keadaan gigi sakit.. Perkonsiang yang semua orang patut tahu bila nak travel..
RAFIEE Ghani - Enam Kali Yasin (Maghribi, Morocco)
Perkongsian pengalaman yang paling indah dan menginsafkan.. Bagaimana kekurangan manusia lain memberi kesedaran pada kita.. Perjalanan yang indah..
Nazri Arshad - Pasti Ada Hikmah Disebalik Yang Terjadi (Hanoi, Vietnam)
Pengalaman yang sangat berharga.. Mengembara dengan kewangan yang terhad dan tempoh waktu yang suntuk.. Penerangan mengenai Nem, sejenis popia tempatan..
Siti Noridah - Perjalanan Gilgit ke Chitral, Pakistan
Perkongsian perjalanan ke Mastuj dari Gilgit.. Perkonsian ringkas mengenai perjalanan yang panjang.. Pada akhir catatan ada sesuatu yang juga berjaya membuat Sha berfikir.. Macam amanah manusia yang mewah tidak mampu bersyukur seperti mereka yang tidak mewah tapi mampu tersenyum dan berpuas hati..
Wazari Wazir - Saint Petersburg, Aku Datang ( St. Petersburg, Rusia)
Penerangan mengenai perjalanan sebaik sampai di airport menuju ke tempat penginapan.. Berada di negara orang kita memang kena berhati-hati dan peka keadaan sekeliling..
Meor Farid Ashrafi - Oh, Malaishia... (Xining, China)
Perjalanan melihat kawasan xining di China secara berkumpulan..
Baca pada 27.01.2017
Tamat pada 29.01.2017
Wah bestnya dapat travelog macam nie. 😍
ReplyDeletewahhh..bestnya. nak try cari la buku ni
ReplyDeletecover dia unik..dan cerita kat dalam pun menarik tajuk nya
ReplyDelete