Assalamualaikum..
Hye semua..
#throwbackentry
#throwbackentry
Alhamdulillah 15 & 16 Disember 2018, Sha dan encik suami berjaya bawa Amani dan Imani berjalan dan bercuti di Kuala Lumpur dan Cyberjaya.. Perancangan yang dibuat secara mengejut sebenarnya.. Bila dah punya tanggungjawab menjaga MIL, bukan senang nak berjalan ke mana-mana.. Tambahan pula MIL dah tak nak ikut kami sebab pergerakan terbatas beliau rasa tak selesa nak berjalan jauh.. Setelah perbincangan dibuat, encik suami mencadangkan tarikh 15&16 untuk kami sekeluarga berjalan.. Dengan kewangan yang terhad dan masa yang pendek kami berjaya juga membawa anak-anak untuk bercuti..
Dua hari ini memang padat dengan aktiviti dan acara makan-makan.. Bermula dengan Farm In The City, Makan Nasi Arab di Restoran Saba, kemudian ke Family Mart di DPulze.. Check in Tune Hotel di DPulze, mandi-manda di kolam terbuka Putrajaya, tapau makan malam di My Village Cafe dan tengok wayang cerita Bumblebee.. Hari kedua pula sarapan di Putrajaya, check out hotel, bawa Amani dan Imani main di Kidzoona IOI Mall Putrajaya, lunch di McDonald Presint 2, jalan cari kain di Plaza Alam Sentral Shah Alam dan makan malam di Satay Haji Samuri.. Sampai rumah pukul 10.30 malam..
Owh ya.. Review tempat makan dan hotel di next entry ye..
seronok :)
ReplyDeleteBebudak yang paling seronok..
Deletetak pernah lagi tido kat tune hotel tuu. buat lah review kak shaaa. hehee. sy pon kdg2 kalau husband mai sini, cari hotel kat putrajaya or cyberjaya. tune hotel tu dekat beno dgn mall. syok gak kalau tido situuu.. parking dia dalam d pulze tu ke kaksha?
ReplyDeleteAda akak review.. next entry.. hehehe.. ha a.. parking dia dalam D Pulze tu..
Deletewah, baynak juga tpt jenjalan cuti2 sek ni. Yg penting anak happy kan
ReplyDeleteBetul tu sis linda..
Deleteercutian yang singkat tapi penuh dengan pengisian mesti anak2 suka
ReplyDeleteMemang seronok mereka kak..
Deletealaa kejapnya...nk ajak lepak pun x dan haha
ReplyDeleteHahaha.. Nanti ada rezeki volehlah lepak ngan Anies..
DeleteAt least something kan untuk anak- anak..macam akak mereput cuti sekolah sebab tak sihat lagi dan x dapat bawak kakak dania pergi mana- mana...
ReplyDeleteSha doakan semoga Kak SA diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
Deletesamalah dengan MIL MN kalau ajak jalan dia tak nak ikut dah , mudah penat katanya ..
ReplyDeleteTu lah.. dah tak berapa dah bak jalan jejauh.. tak larat..
Deletebest..2 hari yg penuh dgn aktiviti..budak2 mesti suka..Farm in the City & Kidzoona..
ReplyDeleteMemang suka sangatlah meraka nie..
DeleteEh dekat je dengan tempat belajar Dina.
ReplyDeleteDina belajar kat mana?
DeleteHappy nampaknya anak-anak tu.
ReplyDeleteTahniah! berjaya juga mencuri masa untuk cuti-cuti family.
Alhamdulillah.. 😊
DeleteBestnya dapat gi bercuti dengan family. Dah lama rasanya saya tak pergi bercuti.
ReplyDelete