Wednesday, May 26, 2021

Drama China | Handsome Siblings (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah lama baru Sha sambung balik tengok drama ini.. 44 episod tau.. Paling menyakitkan hati bila si Hua Wu Que tu lembap nak mampus.. Tau lah tak pernah tengok dunia luar tapi tak kan lah tak boleh bezakan penjahat dengan orang baik.. Melulu je ikut suruhan makcik dia suruh bunuh Jiang Xiao.. Bukan nak cuba kenal dulu ke apa, nak terus bunuh je.. Ish.. Memang geramlah.. Tapi gigihlah juga tengok bagi habis walaupun sakit hati sebab hero dia handsome dan comel.. Hahaha.. Bila masuk episod 28 hingga habis baru syok nak tengok walaupun annoying gila dengan watak heroin dia.. Haiah.. Mujurlah ada second heroin, syoklah juga nak layan.. Kalau tak memang stresslah nak tengok drama ini.. Drama ini satu lagi yang Sha kurang suka ialah bila dah nak habis baru hero tahu diorang adik beradik.. Lepas tu interaksi antara kembar ini tak banyak lebih pada pergerakan mereka secara individu, tu yang buat drama ini jadi tak best.. Tapi berjaya juga tengok.. Hahaha.. Baju si Hua Waque tu memang lawalah dengan rambut panjang dia.. Heroin second punya costume pun lawa.. Hahaha.. Costume drama wuxia ini memang antara penyebab menariklah untuk tengok dan layan..

Kisah dua beradik iaitu Hua Wu Que dan Jiang Xiao yang terpisah disebabkan sikap dengki khianat manusia.. Membesar dalam dua dunia yang berbeza namun mewarisi sikap baik hati mak ayah akhirnya menemukan mereka.. Walaupun kena bertarung namun persahabatan tetap terjalin antara mereka..

Dua perempuan yang melarikan Hua Wu Que dan mengajar ilmu kungfu semata-mata nak Hua Wu Que bunuh Jiang Xiao.. Semuanya sebab bapa budak kembar ini tak nak dekat perempuan yang sanggul tinggi tu sebaliknya pilih orang suruhan dia.. Gila betul manusia bila cinta ditolak.. Dah lah dibunuhnya mak bapa budak tu, kemudian dipisahkan dengan niat nak dua beradik tu saling berbunuhan bila besar.. Memang gila.. Sudahnya mati sebab gila.. Hahahaha..

Dua manusia ini memang jahat gila.. Disebabkan diorang dua ni jugalah dua beradik kembar tu saling terpisah dan huru-hara dunia kungfu.. Semuanya sebab tamak harta dan nakkan kemegahan disanjung dalam dunia kungfu.. Memang kalau tengok kelicikan diorang ini rancang perbuatan jahat diorang, sakit hati gila.. Episod 1 sampai episod 27 memang tak best langsung.. Menyampah nengoknya.. 

Jiang Xiao dibesarkan oleh penjahat-penjahat ini.. Lelaki yang cekak pinggang tu je betul-betul sayangkan Jiang Xiao, yang lain-lain ini cuma nak ambil kesempatan dan mempergunakan Jiang Xiao je.. Tapi sebab dibesarkan diorang ini, Jiang Xiao memang sayanglah dengan diorang..

Memula tengok Tie Xin Lan ni nampak macam ok je tapi lama-lama makin annoying gila.. Mengganggu dan mengacau je.. Walaupun kononnya usaha dia tu nak elakkan Hua Waque berlawan dan berbunuhan dengan Jiang Xiao tapi memang annoying gilalah.. Dahlah tak berapa pandai snagat berkungfu lepas tu menyusahkan hero-hero je kerjanya.. Ending dia bercinta dengan Hua Waque..

Heroin ini mula muncul pada pertengahan episod 32.. Baru syok nak layan.. Nampaklah heroin second ini cerdik sikit dan tak mengada-ada.. Baru makin syok layan drama ini.. Memang sesuailah si Jiang Xiao dengan Su Ying ini.. Teruk juga nengok Su Ying buli si Jiang Xiao ini.. 

Chen Zhe Yuan as Jiang Xiao Yu

Hu Yi Tian as Hua Wu Que / Jiang Feng

Drama: Handsome Siblings
Also Known As: Jue Dai Shuang Jiao, Peerless Double Pride, The Legendary Siblings
Director: Zou Ji Cheng, Bai Yun Mo
Screenwriter: Wang Zi Qi
Genres: Friendship, Historical, Comedy, Romance, Wuxia, Drama
Country: China
Episodes: 44
Aired: Jan 16, 2020 - Feb 7, 2020
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: iQiyi, Netflix
Duration: 46 min.
The story of twin brothers who separated at birth but grew up to be supreme martial artists. Raised to take revenge on each other they soon find themselves becoming good friends. Together they vow to take the martial arts world by storm and search for their true identities.
Jiang Xiao Yu, better known as Xiao Yu Er, was raised by the Ten Great Villains in the Villains’ Valley. He was trained and brought up to think that he will be the top villain in the martial arts world. Over the years, he has learned many tricks and becomes a mischievous prankster, though with a good heart. Once he was ready to leave the Villains' Valley, he meets Hua Wu Que, who he doesn’t know is actually his twin brother. Hua Wu Que grew up in Yi Hua Palace under the care of Princess Yao Yue. Princess Yao Yue had a one-sided love for his father, Jiang Feng, and wanted to take revenge on him. Thus, she separated the twins at birth and raised them with the hopes they would be enemies and fight each other to death.
Separately, Jiang Bie He, who was once the servant to Jiang Feng, teams up with his son Jiang Yu Lang in a conspiracy that might ruin the entire martial arts world. Hua Wu Que and Xiao Yu Er team up together to try and take him down.
(Source: Drama Wiki)

14 comments:

  1. Nasib baik wak tak terjebak lagi.
    Drama melayu pun tak tenguk.

    ReplyDelete
  2. hahahahha tergelak saya...lembab nak mampus

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. serius geram je masa nengok drama ini awal-awal..

      Delete
  3. Cerita best, takde hal layan kalau banyak episod pun :)

    ReplyDelete
  4. Handsome Siblingsmacam best..dengar handsome je suka kan..tp iena suka cerita china zaman2 diasti mcm ni.. okay nty cari kt netflix.. biasa iena tgk movie je kt netflix

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita lama-lama ni sha suka tengok sebab costume dia..

      Delete
  5. akk drop drama ni sbb tulah..lembab nak mamps si Hua Wu Que...yg kembar dia tu pulak terlampau aktif pulak, asyik nak tipu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rasa apa yang Sha rasakan.. geram je tengok Hua Wuque tu..

      Delete
  6. betul2 nampak geram tu kak sha. nasib baik tak tengok drama ni kalau tidak boleh join rasa sakit hati tu..hahaha

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan panjang Gak cerita no sampai 44 episode

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com