Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini 22.05.2021 bermulalah PKPD di tempat Sha sehingga 07.06.2021.. Memang tak sangkalah kami akan dikenakan PKPD, walhal sebelum ini kawasan kami ini merupakan zon hijau dan selamat.. Namun tanpa disangka kes naik secara mendadak dan ada 1 kluster serta HIDE (Hotspot Identification by Dynamic Engagement) di area kami ini.. Sangat mengejutkan dan membimbangkan.. Namun SOP sentiasa Sha dan keluarga ikut serta patuhi.. Malas nak ambil tahu kes kayangan dan orang sekeliling yang gagal ikut SOP.. Buat menyakitkan hati je.. Apa yang boleh Sha buat ialah ingatkan orang disekeliling Sha dan jaga keluarga Sha.. Sha buat entry ini sebagai satu kenangan buat anak cucu..
Terima kasih pada yang berkongsi gambar sekatan di group FB.. Nak gi ambil sendiri tak boleh.. hehehe..
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN
PKPD Hulu Bernam Timor
LOKASI PENUTUPAN JALAN
🚩Sempadan Tg Malim / Hulu Bernam berhampiran Stesen Bas Tanjong Malim
🚩Jalan Behrang, Perak / Selisek, Selangor
🚩KM 19, Jalan Slim Village - Behrang Ulu, Perak
Lokasi : Jambatan Selisik
Sekatan Jalan Raya di hadapan Masjid Kelan Halt
Kredit : brotherhood tg malim
Jambatan Sungai Bil.
Kredit: Eny Hainy Nastion
Allahu, perit bila kena PKPD ni tak dapat nak keluar bila ada keperluan. Stay safe kaksha dan semua. Semoga rantaian COVID-19 ni dapat diputuskan. Aaminnn....
ReplyDeleteaduh, kes tetiba naik mendadak ni la takutkan kak sha :( ntah bila semua akan berakhir
ReplyDeletekluster tu disebabkan org kayangan? hishhhh
ReplyDeletesamalah kita kena pkpd juga. stay safe sis :)
ReplyDelete