Monday, September 27, 2021

ebook | Kunci Hati Hanim oleh Jaja Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Eh!! Geram pula tengok perangai si Hanim ini.. Mula tu macam okay dan faham lah juga kenapa Hanim marah dan kecik hati dengan perangai abang dia.. Tapi lepas ayah Hanim meninggal, dia buat perangai lagi.. Memang pentingkan diri dan tak nak cuba memahami situasi.. Kalau dapat dekat Sha, memang Sha cepukkan je kepala si Hanim ini.. Degil tak bertempat.. Hahaha.. Mujurlah karekter novel je..

Kisahnya.. Hanim ini pernah kahwin tapi tak macam orang kahwin.. Hanim salah, bekas suami dia pun salah juga.. Lepas tu bercerai.. Dalam masa yang sama abang si Hanim ini tertekan sebab mak dan ayah diorang bercerai sebab mak Hanim ini sakit dan bapa Hanim kahwin lain.. Dahlah tengah strees dengan penceraian mak ayah, mak sakit, Hanim pula bercerai.. Lepas tu bekas laki si Hanim ini dok perasan yang Hanim ini terkejar-kejarkan dia.. Buat cerita dekat abang Hanim.. Manalah tak kawan tu stress dan bengang.. Hanim pula nak orang faham perasaan dia je.. Perasaan adik beradik dia, arwah mak dia, dia tak nak faham.. Makin menjadi-jadi bila ayah dia meninggal pula.. Mujurlah Izzat (suami baru Hanim) orangnya sabar.. Kalau tak mahu kena tinggal lagi... Haaih la.. Stress pula nengokkan perangai si Hanim.. Kenalah tajuk buku ini.. Pasal Hanim, memang semuanya berkaitan Hanim.. Hahaha..

Tapi ada juga yang menarik dalam novel ini macam kata-kata yang Sha kongsikan ini..
"Dalam perkahwinan, perkara yang paling penting adalah komunikasi antara suami dan isteri. Antara penyebab kepada kegagalan rumah tangga adalah kerana kurangnya komunikasi antara pasangan. Kerana mereka lebih banyak memendam perasaan sehingga menjadi tekanan kepada salah seorang daripada mereka. Jadi, jalan yang paling senang adalah bercerai. Saya tak nak kita tergolong dalam statistik itu Hanim.” - Izzat

Sha baca dan selesai pada 25.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published December 2017 by Love Novel Publication

1 comment:

  1. Eh, rasa geram juga dengan Hanim hi. hehehehe.. tapi dalam hidup sebenar ada watak macam ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com