Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini bukan review berbayar ye.. Sekadar berkongsi sahaja.. Sha pun jumpa dalam Facebook seller ini.. Nampak menarik pembungkusan dia, tu yang beli.. Lagipun makanan lejen kan.. Sekarang dah dikomersialkan.. Harga sekotak ini RM10 dan postage RM8.. Sedaplah sagun dia.. Cuma kecik sangat.. Tak puas makan.. Hahaha..
Pembungkusan dia cantik.. Boleh dijadikan hadiah..
Sekotak ini ada 7 peket..
Sagun kelapa yang sedap.. Rasa yang rangup, lemak-lemak manis dan masin memang bestlah.. Tambah pula cair je bila masuk mulut..
Percuma sekeping face mask dan Fridge Magnet Doa..
bila tgk sagun ni otomatik kepala akan igt arwah jiran sy. dia buat sagun secara manual je...guna dapur kayu pulak tu
ReplyDeleteSagunnnn, lama tak makan. Jajan legend ni susah nak dapat. kat shopee mudah nak cari makanan legend sekarang.
ReplyDeleteDulu selalu makan sagun kelapa ni. Sekarang macam susah dah nak jumpa di kedai.
ReplyDeleteLamanya tak makan sagun...
ReplyDeleteKalau balik Kedah, selalu singgah Pekan Rabu, beli sagun.
sagun..last mkn 2019 masa duk kat kg suami..sedap!
ReplyDeletemenarik jugak. dulu zaman sekolah selalu juga makan
ReplyDeleteSagun ni jgn silap masuk mulut.. Tersedak tak hengat nanti
ReplyDeletehai kak sha..lama tk singgah sini....sedapnya sagun...lama tk mkn
ReplyDeleteAruah mak akak pernah buat. Balut kertas lepas tu kelilingnya balut kertas warna warni. Kalau makan jangan bercakap nanti menyembur. Dapnya teringat dolu2
ReplyDeletelama betul tak makan sagun kelapa
ReplyDelete