Assalamualaikum..
Hye semua..
Jomlah layan entry bergambar.. Entah tak tahu nak taip apa.. hahaha..
Bekalan sepanjang perjalanan.. Beli air tin, air kotak, air botol kemudian curah ais.. Tahan sehari suntuk tau, bila nak minum ambil je dalam bonet.. Tak yah nak singgah kedai selalu.. Sejuk pun sejuk.. Idea ini dicadangkan encik suami bagi mengelakkan dan mengurangkan aktiviti bertemu muka dan berhimpit di kedai atau pasaraya..
Strawberry cheese cake RM11.30 - Sedap dan berbaloi bayar..
Pedas ya amat.. Kuah sos.. Bukan Sha je tak lalu makan, encik suami pun tak lalu.. Sudahnya kutip mee dengan udang tu masuk dalam mangkuk mee kari.. Baru boleh habis..
Sedap betul mee kicap dia, kuah sup je masin sikit.. Tapi bila bubuh dekat pinggan mee tak terasa masin dia..
Air Fresa Fresher ini RM1 je sebotol.. Memang borong semua rasa lah... Masa kali pertama beli ada Limau Pudina, Nanas & Epal je.. Air dari turki dan bergas.. Jadi jangan goncang sebelum buka ye.. Kalau goncang, memang memancutlah.. hahaha..
Pergi kali kedua terus borong sebanyak yang boleh.. Hahaha.. Yang warna pink tu rasa Strawberry.. Sha beli 36 botol dengan harga RM36 je.. Hahaha.. Kalau tak harga dia RM3.70 sebotol X 36 = RM133.20 tau.. Nampak tak betapa banyak beza harga dia.. Bukanlah nak minum semua sekaligus pun.. Air ni tahan sampai Nov 2022.. Jadi bila nak travel barulah ambil untuk minum.. Gitu..
Satu set ini RM8.50.. Lembut scone dia.. Sedap makan panas-panas.. Sapu cream, jem dan butter.. Memang best..
Saujana mata memandang pokok-pokok tehnya.. Bila hujan barulah terasa hawa sejuk tu..
Sushi belut, lobster dan salmon.. hehehe..
Scone tu nampak sedap tapi belum berpeluang untuk cuba.
ReplyDeletebila balik kampung PC pun selalu macam tu Sha..standby air dalam bonet timbus dengan ais macam tu..
ReplyDeleteMurahlah air Fresher seringgit sebotol
ReplyDeletememang frust bila makan mi kuah sus. sebab tu saya cerewet kalau makan mi bandung dan mi hailam
ReplyDeleteBeli air fresher tu kat mana....murah je sebotol seringgit
ReplyDelete