Assalamualaikum..
Hye semua..
Terseksa betul baca novel ini.. Hahaha.. Terlalu banyak konflik dan watak serta kebetulan.. Zul bercinta dengan Durar tapi lepas tu berpisah dan Zul bercinta dengan Laily kemudiannya bila menyedari Laily bukanlah sebaik Durar, mengejar semula Durar.. Durar ini pula lepas putus dengan Zul berkenalan dengan Amirul.. Amirul ini ada best friend yang pernah dia suka nama Faezah.. Konflik lagi.. Lepas tu Amirul dengan Zul ini roomate sekali dengan Tarmizi dan Syakir.. Tarmizi dengan Syakir ini pula konflik sebab Syakir kawan baik namun jadi masalah pada awek Tarmizi sebab Syakir ini lembut namun normal.. Tapi sebenarnya awek Tarmizi ini curang dan kantoi depan Syakir.. Tu yang dia bengang Tarmizi rapat dengan Syakir, risau tembelang pecah.. Lepas tu Zul dengan Amirul ini sebnarnya 1 bapa lain mak dan bapa Zul ini ada 2 lagi anak tiri dengan bini baru yang tamakkan harta..
Tu baru sikit.. belum lagi konflik kakak si Durar dengan kekasih hati dan abang tiri Zul serta sepupu mereka.. Lepastu Laily dengan Faezah ini geng yang cuba mengkucar kacirkan hidup Durar.. Pening wei.. Konflik cinta, harta, keluarga dan persahabatan dirangkum sekali dan saling berkait-kait.. Sesak nafas baca.. Hahaha..
Kalau penulis fokus pada hubungan cinta dan persahabatan je mungkin okay kot.. Terlalu banyak konflik dan perkaitan antara watak pun boleh mengganggu pembacaan.. Maafkan saya wahai penulis andai review ini mengguris hati.. Ini hanyalah luahan perasaan saya selepas membaca novel penulis..
Sha baca pada 19.07.2022 dan selesai pada 20.07.2022..
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Ridhwan bin Zainudin
Banyak bebeno watak dan konflik, fenin hahah
ReplyDeletepenulis kena belajar lagi. bukan senang tulis novel watak sekampung macam ni
ReplyDelete