Monday, July 11, 2022

Jalan-jalan Malam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam anak-anak ajak menonton wayang cerita Minions.. Sha dan encik suami pun bawalah mereka ke TGV Aeon Rawang.. Tapikan teruk betul pengurusan TGV.. Sampah bersepah-sepah, tandas kotor dan berbau.. Pergh!! Ngeri betul.. Memang teruklah pada Sha pengurusan mereka.. Kaunter tiket semua dah ekspress tapi kebersihan memang ke laut dalam.. Panggung pun kotor..

Minion ini lebih sesuai tonton di tv je.. Jalan cerita dah boleh agak.. Kalau untuk bawa anak-anak, okaylah.. Kalau saja nak tengok, pada Sha sangat tak berbaloi dengan harga tiket yang dah mahal gila.. hahaha.. 

Sha puas hatilah anak-anak gembira.. Ini yang penting sebenarnya.. Cerita best atau tak kita kena tolak tepi.. kikiki..

Wayang pertama selepas pandemik..

Kami.. Sebenarnya Sha duduk belakang dengan Imani dan encik suami pula duduk dengan Amani kat depan.. Ini nak amik gambar je.. hehehe..

6 comments:

  1. Mungkin staff ramai yang cuti raya kot. Panggung TGV dekat tempat saya ok je. Satu lagi sikap penonton sendiri, lepas makan / minum dalam panggung, tak reti nak angkut sampah sendiri buang kat dalam tong sampah di luar. Main tinggal je kat seat masing-masing. Tapi citer Minion tu mmg best. Anak2 saya pun enjoy :) Selamat Hari Raya Aidiladha Sha.

    ReplyDelete
  2. Selamat menonton filem di pawagam

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Tiket wayang makin mahal skrg. Abe kie lebih selesa menonton streaming services skrg....

    ReplyDelete
  4. Samalah... minions ni juga wayang pertama selepas pandemik saya...

    ReplyDelete
  5. Kami br tgk semalam selepas 2 thn x mewayang.. hehehe

    ReplyDelete
  6. stress jugak lah kalau tandas kotor macam tu. Tak selesa langsung. Spoil terus mood nak tengok cerita

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com