Assalamualaikum..
Hye semua..
Sate untuk Jembalang ini mengandungi 3 cerita yang ditulis oleh penulis yang sama.. Cover buku je dah cukup menarik, isi nya pula memang mantap.. Menyampai 3 kisah yang saling berkait dengan cara yang tak disangka.. Ketiga-tiga kisah ini mengenai ketaksuban manusia..
Sate Untuk Jembalang
Kisah pertama ini mengenai 3 orang sahabat iaitu Amri, Rizuan dan Aziz yang gila menikam nombor ekor hingga sanggup mencari tempat puaka untuk dapatkan nombor.. Tempat kedua yang mereka pergi menyebabkan Aziz trauma dan tidak mengikut Rizuan dan Amri ke Perasing untuk mendapatkan nombor.. Namun Aziz tak menyangka yang itu adalah pertemuan mereka yang terakhir..
Adiwira
Kisah kali ini mengenai ketaksuban pada mainan.. Memang menakutkan.. Seram dibuatnya.. Bukanlah tak boleh minat kan patung aksi tapi janganlah sampai melampau.. Paling tak sangka bila seorang bapa sanggup buat perkara terkutuk hanya kerana sayang.. Sedih..
Geliga Bara
Kisah ketiga ini mengenai kaki pancing yang gila memancin.. Walau sudah diberikan amaran dan peringatan berkali-kali, namun tetaplah juga nak melakukan kesalahan.. Sengaja mengundang padah.. Tak pernah cukup dengan apa yang ada.. Tamak dan taksub..
Sha baca pada 22.01.2023 dan selesai pada 23.01.2023..
Published July 1, 2022 by Mahakarya
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..
Menarik ni seram ye Sha. Ibu baca sipnosis pun menyeramkan dah. ;)
ReplyDeletebab judi dengan pancing tu memang susah nak kawal
ReplyDelete