Monday, January 30, 2023

Random Photo #1 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entr bergambar pertama untuk tahun 2023.. Gambar-gambar rambang yang Sha ambil tapi tak buat entry khas.. Makanya kita letak dalam satu entry..

Makan tosei dengan Kari Kambing di Kampung Parit Mahang, Jeram.. Okaylah.. Tapi dia punya roti canai (tak ada dalam gambar) lagi sedap.. Lembut dan tak berminyak.. Lupa nak ambil gambar roti canai dia..

Pokok roselle yang meriah buahnya.. Pokok ini ditanam di tepi Petronas Taman Sungai Kapar Indah, Kapar.. Geram betul Sha tengok.. Pokoknya renek je..

Cantik bunga dia..

Sempatlah snap gambar sendiri yang tengah memandu secara berseorangan.. 

Sha beli sebab ada pilihan donut dengan rasa yang menarik selain yang biasa Sha beli iaitu strawberry sprinkle dan Almond all over.. Tapi dia punya manis.. Pergh!! Kena kawankan dengan kopi baru kurang manis.. huhuhu..

Krispy Kreme Doughnuts
HazelNutcracker
Coklat Batik
KitKat 
ChocolateMudPie

Sedih betul makan Samosa ini.. Dia punya pusing kulit popia tu, isinya secoet je.. Tebal dan besar disebabkan kulit popia.. huhuhu..

Special Edition katanya.. Tapi rasa dia biasa je sebab ini 100 Plus Original.. Istimewanya pada corak tin sahaja.. hehehe.. Lawa kan warna tin tu.. Simpan dalan entry blog je.. Tinnya selamat dah ke tong sampah.. hehehe..

Hari pertama berkerja, ada jamuan makan-makan sempena meraikan kenaikan pangkat dan pindah tempat staf di pejabat Sha ini.. Sha ambil nasi berlaukkan asam pedas ikan merah, ulam dan sambal tempoyak.. Lepas tu ada pecal dan juga kek cheese berserta brownies..

Dalgona Lava Cake.. Akhirnya dia muncul kembali di Pizza Hut.. Kesukaan Sha ini sebab rasa kopi dan coklat tu memang ngamlah.. Hehehe..

Gambar selfie pagi ini.. Hehehe.. Tudung ini biras Sha bagi.. Suka dengan warna ungu dia.. Gelap tapi menawan..

6 comments:

  1. aduh banyak gambar makanan i like, terus lapar menyesal lak pepagi dah tengok sudahla nak puasa konon nya heheheh...

    ReplyDelete
  2. Makan berpisah tiada kan.. Sedap nmpk donutnyaa

    ReplyDelete
  3. Memang kecewa kalau samosa atau karipap nampak besar tapi intinya sikit je, kan.

    ReplyDelete
  4. geram tengok pokok roselle tu Sha kalau la yang sendiri punya bulan ramadhan nanti boleh buat air roselle untuk berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. amboiiii roselle kemain merimbun best tuuuu

    ReplyDelete
  6. Donut Krispy Krene memang manis.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com