Wednesday, April 3, 2024

TCA Implanon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ada TCA di Klinik Ibu & Anak untuk pemeriksaan berkala selepas pakai implanon.. Mujurlah dengar cakap encik suami untuk singgah klinik desa ambil buku perancang sebelum ke Klinik Ibu & Anak berjumpa doktor.. Alhamdulillah dapat jumpa doktor yang baik.. Memang menyeluruh dia tanya Sha.. Mula-mula pasal kecing manis.. Doktor suruh teruskan TCA di Klinik Pakar.. Nanti dia akan semak semula keputusan.. Lepas tu beliau tanya mengenai haid, okay ke tak lepas tukar implant hari tu.. Sha cakap ada lah dia haywire bila keluar lebih dari hari yang sepatutnya cuma tak adalah bleeding teruk.. Doktor bagi tahu, normal sebab Sha dah ambil hormon ini dekat 10 tahun.. 

Perkara seterusnya doktor tanya pasal ujian pap smear.. Sha cakaplah tahun lepas Sha buat dua kali.. Sekali yang pap smear biasa tu dan sekali lagi yang HPV DNA tu.. Doktor tanya keputusan okay ke.. Sha cakaplah tak ada panggilan, maksudnya okaylah kan.. Jadi doktor suruh juga Sha dapatkan keputusan tu dekat LPPKN.. Jadinya lepas selesai dekat Klinik Ibu & Anak, terus Sha pergi ambil keputusan tu.. Alhamdulillah keputusannya okay..

Perkara terakhir yang doktor tanya adalah mengenai mammogram.. Sha cakaplah tak pernah buat.. Jadinya doktor tanya sejarah kanser dalam keluarga.. Sha bagi tahulah arwah mak ada kanser payudara.. Doktor akan dapatkan tarikh untuk Sha buat ujian memogram tu.. Lepas 3 bulan jumpa balik doktor untuk tengok keputusan memogram tu..

Memang menyeluruh doktor tu temuduga Sha.. kikiki.. Sebelum jumpa doktor, kena ambil darah juga.. Dua kali cucuk.. Kiri tak keluar, kanan baru keluar darah.. 

Selesai temujanji pertama untuk tahun ini..

3 comments:

  1. alhamdulillah...semoga sihat2 selalu...linda nie pkai IUCD, tapi xd pulak buku ke..kad ke...lepas tu dah pindah kwsn, jadi tak tahu pulak nak refer macm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh cuba pergi ke klinik desa yang terdekat dengan kawasan sis sebab setahu Sha, even pakai iucd pun sepatutnya kena ada perjumpaan berkala dengan misi dan doktor.. Sha cakap ini berdasarkan pengalaman kawan yang juga pakai iucd.. Dia baru lepas dapat borang untuk buat mammogram lepas pemeriksaan berkala iucd..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com