Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha buku ini dengan tenang hati tapi tak jangka pula penulis nak bawa Sha naik roller coaster.. Awalnya Sha sangka konflik Pak Man Tekong dengan Zakiah berpunca dari kecurangan Pak Samsul yang mengahwini Bunga hingga menyebabkan Salmah menerima Pak Man Tekong.. Tu belum lagi konflik tentang status Haris.. Baru nak hadam hal ini tiba-tiba rumah rehat Hasna diganggu entiti ghaib ditambah kepelikkan Saufi..
BIla terbongkar kebenaran untuk semua perkara, Sha paling kesian dengan Pak Man Tekong.. Sudahlah dia berusaha sehabis baik untuk isterinya tapi hanya kerana terlalu mengikut perasaan hidupnya disia-siakan seolah-olah dia melakukan kesalahan yang tiada maafnya.. Walhal bukan dia puncanya.. Memang sedihlah..
Penulis ini antara yang berjaya membawa cerita tetang masyarakat dengan cara yang berbeza.. Memang menariklah baca.. Walaupun banyak watak, namun setiap watak berjaya buat kita terikat untuk tahu jalan ceritanya..
Sha baca dan selesai pada 02.11.2024..
Published January 1, 2024 by Nursyazni e-Book Pub (967-26621)
Nak beli?? Klik je gambar atas ini..
Alhamdulillah terima kasih kak Sha atas ulasan, lebih semangat saya nak menulis 😊
ReplyDeleteYg saya suka dari novel kak Syaz yg saya pernah baca, watak dlm cerita banyak, tp terkadang selalu ada benang merah di antara mereka 👍. Suka cerita yg begitu
ReplyDelete