Assalamualaikum..
Hye semua..
Filem ketiga akhirnya keluar.. Review filem pertama Homicide Intervention Team: The First Case (2020) dan yang kedua HIT: The Second Case (2022) dah ada dalam blok.. Hero kali ini nampak macho dan ganas serta sedikit gila..
Filem ketiga ini tentang penyiasatan SP Arjun Sarkaar yang agak ganas dan tak segan silu membunuh penjenayah untuk menyusup masuk ke dalam organisasi CTK (Capture, Torture, Kill) bagi menghancurkan organisasi tersebut.. Filem ini bermula dengan penangkapan Arjun dan dimasukkan ke dalam penjara.. Kemudian Arjun bercerita tentang apa yang berlaku sebelum beliau dimasukkan ke dalam penjara.. Bagaimana beliau berusaha menjejak jenayah terancang yang dilakukan oleh pelbagai penjenayah untuk sebuah organisasi jenayah.. Arjun juga perlu melakukan jenayah supaya dapat menyusup masuk ke dalam organisasi tersebut.. Namun pada akhirnya penyamaran beliau terbongkar dan Arjun harus berkerja keras menentang organisasi tersebut sebelum bantuan tiba..
Pada bahagian hampir hujung cerita semasa hero menentang penjenayah, hero dari filem kedua membuat kemunculan.. Memang mantaplah.. Suka betul bila hero-hero ini berganding.. kikiki.. Pada akhirnya kita diberikan bayangan bahawa akan ada filem keempat dengan hero yang lain pula.. Pergh!! Lambat lagilah nak tunggu.. Owh ya setiap filem ini membawakan penentangan jenayah yang berbeza.. Jadinya kalau tak ikut turutan tengok pun masih okay ja..

HIT: The Third Case
(or simply HIT: The 3rd Case or HIT 3)
2025 ‧ Action/Crime/Thriller ‧ 2h 30m
Arjun Sarkaar, a top HIT officer from Visakhapatnam, is sent to Jammu and Kashmir to investigate a series of brutal murders. As he pursues a group of elusive killers, the case tests his skills and mental strength.

Nah saya suka kalo masing2 film tak ada kaitan. Jadi bebas nak menonton , atau tak payah tonton yg lama2
ReplyDelete