Monday, January 9, 2023

India | HIT: The Second Case 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang memang Sha tunggu-tunggu untuk tengok sambungannya.. Filem ini merupakan filem kedua dari siri HITverse.. Filem pertama bertajuk Homicide Intervention Team: The First Case (2020) dan remake dia bertajuk HIT: The First Case (2022).. Owh ya, jawapan kepada siapa yang lepaskan tembakan di hujung filem Homicide Intervention Team: The First Case (2020) ada dalam filem kedua ini..

Filem kedua ini bermula dengan sedih lah pada Sha.. Seorang suami balik ke rumah dan tangkap isteri dia main kayu tiga.. Suami tak ada heboh ke apa tapi si isteri pergi buat aduan mengatakan suami dia seorang kaki pukul.. Memang kesianlah dekat suami tu.. Dah la kecewa tangkap isteri main kayu tiga, lepas tu kena tuduh kaki pukul bini pula.. Kes ini merupakan semua pembunuhan berlaku.. Huhuhu..

KD aka Krishna Dev merupakan pegawai polis yang cekap.. Mayat Sanjana yang ditemui rupanya menggabungkan 3 tubuh lain.. Semasa siasatan, KD berjaya memberkas kawan lelaki Sanjana yang mempunyai ciri-ciri menepati bukti yang mereka temui.. Namun lelaki tu sepatutnya tak bersalah tapi sebab menyembunyikan sebab bagi alibi dia, lelaki tu dituduh sebagai pembunuh.. Bila KD terima video yang berjaya membuktik alibi lelaki tu, lelaki tu dah bunuh diri dan kes ditutup.. Nasib baik KD berkeras menyiasat mayat yang tak dikenal pasti dan melalui siasatan ini, KD berjaya menemukan kes pembunuhan yang lain juga.. Rupanya penjenayah ada depan mata je.. Ish.. Ish.. Nasib baiklah ada anjing KD ni yang membantu.. Kalau tak memang hero kalahlah..

Filem ini tamat dengan kemunculan Arjun Sarkaar, pengganti KD yang minta ditukarkan ke tempat lain.. Kita nantikan HIT: The Third Case pula.. Nampak gayanya Arjun Sarkaar ini macam psiko je.. hehehe

HIT: The Second Case
2022 ‧ Thriller/Action/Crime/Drama ‧ 2h 30m
Laid back cop Krishna Dev investigates a gruesome murder case. As KD unravels the layers of the crime, the stakes rise unbelievably high and a threat comes unusually close.

3 comments:

  1. tak tahu pulak the second case dah keluar. Nak tengok sebab ada adivi!

    ReplyDelete
  2. menggabungkan 3 tubuh lain? maksudnya ada 3 org lain yg turut dibunuh bersama sanjana?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com