Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku ini bermula dengan menjawab beberapa persoalan dari buku 1 & 2 melalui POV lain.. Namun semakin banyak maklumat yang disampaikan semakin tertekan Aria melalui kehidupan di Aras Atas.. Rupa-rupanya mereka hanyalah hamba yang ditakluk dan dikerah untuk kesenangan mereka di Aras Atas.. Awalnya Aria mampu bertahan dan berpura-pura suka dengan semua yang berlaku namun bila melihat tubuh ayahnya Vuk dijadikan pameran dan kebenaran mengenai bagaimana Vuk mati diketahui, Aria mula hilang pertimbangan.. Akhirnya Aria tertangkap dan dihukum.. Namun sebelum dihukum, Aria berjaya melakukan sesuatu yang tak dijangka..
Buku ini best.. Sha tak nafikan tapi Sha minta maaf sangat pada penulis.. Sha tak gemarkan penamat yang mana pembaca harus berfikir sendiri akan apa yang terjadi.. Penamatnya terlalu tergantung tanpa klu.. Sukar untuk Sha terima.. Ini hanya pendapat peribadi Sha.. Sakit kepala dibuatnya.. hahaha..
Sha baca dan selesai pada 08.01.2023..
Published July 2021 by Iman Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..
Review buku pertama - Kapal Terakhir Di Dunia: Episod I (Kapal Terakhir #1) oleh Teme Abdullah
Review buku kedua - Kapal Terakhir Di Dunia: Episod II (Kapal Terakhir #2) oleh Teme Abdullah
boleh saya tahu mana nak dapatkan novel ini?
ReplyDeleteBoleh beli terus dengan publisher, shopee atau langgan aplikasi Cereka..
Deletemungkin ada sambungan lagi kot kak sha. macam fast and furious kata last tapi ada lagi 2 sekuel sudahnya. boleh jadi keluar prekuel pulak haha
ReplyDeleteSaya stuck kat buku nombor 1 hahaha. Banyak jugak saya baca komen ramai yang tak berapa gemar ending macam tuu, ending yang menyakitkan kepala pembaca sebab kena fikir sendiri ending dia macam mana hahaha.
ReplyDeleteada sambungan kot sha? sbb tu ending mcm tu...
ReplyDeleteCuya minat Teme, tapi tak dapatkan buku dia pon........ ending kena fikir sendiri? alahai
ReplyDelete