Wednesday, August 5, 2026

👣 Jejak Sihat | 03, 04 & 05 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Briskwalk lah kita tiga hari ini dengan bahagia.. Pelajar Politeknik dah kembali ke asrama jadinya meriahlah jalan raya tu dengan mereka.. Sha pun bolehlah bertenang-tenang briskwalk.. Tak adalah takut sangat.. Bukan takut apa pun, risau terserempak dengan anjing atau ular ja sebenarnya.. Bila ramai manusia yang briskwalk dan berlari ini, rasa selamat sikit.. kikiki.. Kalau tak tu memang Sha tak lalulah laluan dekat Pusat Islam dan arah ke Perpustakaan.. Situ sunyi dan selalu ada penampakkan anjing.. Kalau dia tak kejar, tak apa.. Bila dia mengejar tu yang seram.. kikikiki..

Hampir selesai briskwalk, kita snap satu gambar langit dulu.. Mendung tau waktu ini.. Elok ja Sha masuk rumah, hujan pun turun.. kikiki.. Kalau tak memang basah lah Sha.. Lebat pula tu..

31 minit ja dengan 3230 langkah.. Memang Sha buat satu pusingan ja.. Sambil jalan sambil makan limau.. kikiki..

Ini langit petang Selasa.. Kemain cerah dan biru..

Sejuk mata memandang..

Sha buat 1 pusingan ja dengan masa 33 minit..

Selamat pagi dunia.. kikiki.. Ini pagi Rabu.. Cutikan.. Jadinya kita briskwalk 1 pusingan dulu sebelum ke Banting..

SubhanaAllah.. Cantik betul langit saat matahari mula menjengah..

Peneman Sha pagi ini.. Seketul batu dan bunga-bunga rumput..

Sha buat 31 minit ja.. Nak keluarkan peluh dan menunaikan senaman 30 minit Sha..

Sempat buat 1 lagi pusingan petang tadi sebab Sha balik awal.. Dapatlah 31 minit.. Kiranya hari ini Sha berjaya senam 1 jam.. Yeah!! Semangat!! 

Sekarang ini Sha buat ikut masa.. Janji 30 minit mesti cukup.. Langkah tu kadang banyak, kadang sikit.. Layan ja.. kikiki..

6 comments:

  1. Bilalah yer nak rajin briskwalk begini...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Dia terlepas masuk sebab ada pagar yang rosak..

      Delete
  3. Batu tu wajib bawa la Sha ye, standby takut² jumpa anjing kan

    ReplyDelete
  4. Seronoknya brisk walk bila ramai orang, rasa lebih selamat! Bagus untuk kesihatan, janji sempat elak hujan dan anjing.

    ReplyDelete
  5. Ada yg bilang ke saya dulu, kalau lihat ada anjing macam nak mengejar, kita tunduk pura2 ambil batu. Nanti dia akan takut. Tapi masalahnya, kuatir pula anjing tuh pemberani.🤣. Saya pernah dikejar anjing liar 3 ekor saat masih darjah 4. Memang menangis lah 🤣. Nasib baik ada yg tolong

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com