Monday, August 10, 2026

Ritter Sport Schoko Gruss "Chocolate Greeting"

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dengan rakan sekerja Sha.. Harga asal dia RM25 tapi rakan sekerja Sha jual dengan harga promosi.. Makanya jomlah kita beli..  Dalam satu kotak comel ini ada 4 pilihan mini yang masing-masing menawarkan rasa tersendiri..

Apa yang Sha suka, saiz mini ini memang ngam lah untuk Sha.. Sekali makan tak rasa terlalu banyak, tapi cukup untuk memuaskan keinginan menikmati coklat.. Bahagian yang paling menyeronokkan ialah setiap coklat memberi pengalaman rasa yang berbeza..

Semestinya ada perisa yang terus mencuri hati dan ada juga yang biasa-biasa sahaja tapi masih sedap dimakan.. Namun itulah yang memberi keseronokkan.. Teksturnya lembut, coklatnya terasa mewah dan setiap inti mempunyai yang karakter tersendiri.. Ada yang lebih berkrim, ada yang lebih rangup dan ada yang memberikan gabungan rasa yang cukup seimbang..

Paling Sha suka dah tentulah Choco Crisp yang ada ketulan rangup dan Whole Hazelnut in Praline Creme yang ada seketul kacang hazel dalam dia..

Ritter Sport Schoko Gruss "Chocolate Greeting" (176g) - RM17

Ada 22 ketul coklat dalam dia.. Praline (biru) 5 ketul, Karamell Duo (kuning) 5 ketul, Choco Crisp (oren) 6 ketul dan Whole Hazelnut in Praline Creme (hijau) 6 ketul..

3 comments:

  1. Comelnya Ritter Sport Schoko Gruss ni. Perisa Choco Crisp dan Hazelnut memang sentiasa padu, mementang coklat mewah!

    ReplyDelete
  2. Saya juga lebih suka yg kecil2 begini 😍😍😍. Sebab jadi terkontrol nak makan. Kalau yg bar , kalori nya dah langsung exceed harian 🤣

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com