Monday, January 23, 2017

Planner & Calendar Giveaway

Tamat
Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha nak buat simple give away..
Hurm.. Tetibe terbanyak pula Calender meja yang Sha dapat..
Kawan dari MSU bagi..
Daripada membazir baiklah Sha bagi dekat kawan-kawan Blogger 

Syarat-syaratnya:-
1. Follow Blog KasihkuAmani
2. Follow Instagram kasih_shadz (boleh joint walaupun tak ada IG)
3. Buat entry, tepek gambar yang tak semenggah tu dan backlink ke entry ini.
4. Tinggalkan link entry dan nama IG anda di ruangan komen.

 
Hadiahnya ialah 3 kalender meja MSU
& 1 planner MSU

Pemenang yang dicari : 4 orang
Hadiah tambahan akan ada bergantung pada penyertaan dan kegilaan tukang buat GA ini.. hehehe..

Pemilihan pemenang adalah menggunakan random.org
Tamat pada : 23.01.2017
Pengumuman pemenang : 24.01.2017
Tuntutan hadiah : 24-26.01.2017
Hadiah akan dipos pada : 27.01.2017 (Insya Allah)

Tutorial Ayam Masak Kicap

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jom kita tengok tutorial ayam masak kicap yang paling simple dari Sha.. Masak ini bila nak cepat dan kesuntukan masa.. Biasanya Sha akan masak lauk simple cengginie bila hari bekerja..

Tutorial Ayam Masak Kicap
Ayam tu bubuh kunyit dan garam..
Kemudian goreng sehingga separuh masak..
Sediakan bawang merah seulas, bawang putih dan cili merah yang dihiris.. Bawang besar sebiji untuk hiasan..

Tutorial Ayam Masak Kicap
Panaskan minyak..

Tutorial Ayam Masak Kicap
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili merah yang dihiris tadi..

Tutorial Ayam Masak Kicap
Masukkan sesudu cili giling.. Kalau nak pedas..
Kalau tak nak, boleh bubuh lada hitam yang ditumbuk..

Tutorial Ayam Masak Kicap
Masukkan kicap dan sedikit air asam jawa..

Tutorial Ayam Masak Kicap
Kemudian masukkan ayam dan bawang..

Tutorial Ayam Masak Kicap
Dah siap..
Tempe tu saja je bubuh..
Ada lebih yang goreng semalam..

Kadang-kadang kalau Sha rajin atau ada masa lebih, Sha akan bubuh kentang, carrot or cili capsicum..

Lukisan Amani

Assalammualaikum..
Hye semua..

Masa Sha jatuh hari Rabu (18.01.2017) Amani bagi Sha lukisan ni.. Muka dia sedih tengok Sha kesakitan.. Amani dah besar dan dah mula faham.. 
Teruja tengok lukisan Amani.. Hilang sekejap rasa sakit.. Masa bagi lukisan ini, dia cakap "Amani sayang emak".. Terharu Sha..

Lukisan Amani
Lukisan satu..
Amani dan adik Imani..

Lukisan Amani
Lukisan kedua..
Emak, Amani dan Imani..

Sunday, January 22, 2017

Sumpah Sundal Sutinah oleh Dhieya Adlynna

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sumpah Sundal Sutinah ini memang ohsem..
Dengan tagline " Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!"

Cerita pasal Sutinah..
Kesian Sutinah.. Kerana kekejaman manusia..
Cerita ini memang menginsafkan..
Bukan diminta untuk cantik.. Tapi kurniaan Allah..
Manusia dengki.. cemburu hingga menganiaya..
Kononnya sayang dan cinta tapi sebenarnya nafsu sahaja..

Cerita ini membawa Nabila mencari siapa sebenarnya Sutinah..
Kenapa Sutinah terus mengganggu mereka di hospital..
Apa sebenarnya yang berlaku pada Sutinah..
Dendam apakah yang menyebabkan Sutinah tidak tenteram..

Memang best dan Ohsem novel ini..
Pengajaran ooo...
Bangkai gajah memang takkan dapat ditutup..

Baca pada 17.01.2017
Tamat pada 18.01.2017

Sumpah Sundal Sutinah oleh Dhieya Adlynna

Membalut Buku Imani

Assalammualaikum..
Hye semua..

Imani dah pun dapat buku hari Jumaat (20.01.2017)..
So proses membalut pun bermula..
Mujurlah buku Imani tak banyak..
Ada 9 buah je..
Jenuh juga membalut dalam keadaan kaki yang tak boleh nak lurus dan bengkok dengan betul..
Tapi berjaya juga..
Siap balut hadiah untuk peserta GA tau.. Alhamdulillah..

Membalut Buku Imani
Buku untuk 4 tahun..
Ada 9 buku semuanya..

Membalut Buku Imani
Jom balut dulu..

Membalut Buku Imani
Hadiah pemenang..
Eh!! Ada 5..
Suprise!!

Amani Tak Nak ke Sekolah

Assalammualaikum..
Hye semua..

Tabik Spring Sha pada mak ayah yang punya ramai anak..
Sha yang ada dua je ni pun huru hara..
Khamis 19.01.2017, Amani menangis-nangis tak nak pergi sekolah agama..
Dia nak pergi sekolah agama yang sama dengan kawan dia Umairah..
Puas dipujuk, dia tetap tak nak pergi..
Bebudak.. Sekolah nak sama dengan kawan..

Bukan Sha tak nak bagi..
Tapi sekolah agama yang Amani nak pergi tu ada banyak masalah..
Yang paling utama masalah keselamatan..
Tiada pemantauan guru ataupun security Guard..
Anak-anak dibiar lepas bebas, sedangkan sekolah tu terletak berdekatan dengan jalan utama..

Sha hantar dia sekolah agama yang ini sebab ada pemantauan dari guru besar sendiri..
Mak bapa tak sampai lagi, kena tunggu dalam pagar..
Kelas pun hanya ada satu je untuk setiap darjah..
Pelajaran yang diberikan pun Alhamdulillah, Sha puas hati..
Yang paling penting, hari pertama persekolahan mak bapa tak dibenarkan menunggu..
Mak bapa disuruh balik.. Untuk anak-anak belajar berdikari..

Encik suami marahlah bila Amani buat perangai..
Siap bawa Amani ke sekolah lain yang memang tak ada langsung kawan-kawan yang dia kenal..
Encik suami cakap, kalau nak tukar sangat meh ayah tukar kat sini..
Sekolah lah jauh dari kawan-kawan..

Jenuh juga memujuk dalam keadaan kaki Sha yang masih sakit..
Selepas kedua-dua nya reda barulah encik suami bersembang dengan Amani..
Kenapa Amani kena pergi sekolah..
Bersembang lah mereka berdua dari hati ke hati..
Sha memang tak larat.. makan ubat je tidur..

Encik suami ada cakap dengan Sha, kalau mak dia dulu.. dah diikatnya encik suami dekat bawah kuarters..
Sebab tak nak ke sekolah.. sampailah ayah balik baru encik suami dilepaskan..
Kalau zaman sekarang buat cengginie, mak ayah meringkuk dalam penjara..
Sebab mendera anak..
Betapa bezanya dulu dan sekarang kan..
Macam-macam ragam anak nak kesekolah..

Saturday, January 21, 2017

Peristiwa 18 Januari 2017

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sakit owh.. 18.01.2017 (Khamis)
Sha jatuh motor lagi..
Dah nak jadikan..
Teruk jugalah..
Kaki kiri lah kena hempap dengan motor..
Sha break mengejut, apa lagi..
Terjatuh la.. tak sempat nak lompat..
Terus motor tu hempap kaki Sha..
Dia punya sakit.. Allah je yang tahu..
Fikiran melayang masa bawa motor..
Bila tetibe kereta muncul depan mata tu yang break mengejut..
Mujurlah tak eksiden dengan kereta..
Tapi lepas tu memang Sha bangun dan bawa motor..
Pergi dekat pejabat pentadbiran tunggu encik suami..
Sampai je, memang tak boleh nak bangun kemana-mana..
Kaki dah start berdenyut-denyut..
Terus encik suami bawa g emergency..
Mujurlah tak ramai orang..
Cepat je dapat jumpa doktor..
Kena buat upt (nak tgk pregnant ke tak) baru buat x-ray..

Memang berdenyut-denyut.. Lututkan..
Nak lurus memang tak boleh...
Masa X-RAY tu kena lurus kaki..
Meleleh-leleh air mata tahan sakit..
Mujurlah tak patah.. doktor bagi mc 2 hari..
Malam encik suami tolong sapu minyak..
Tidur pun entah ke mana..

Tempat-tempat lain start sakit esoknya..
Memang terseksa bila tak boleh luruskan kaki..
Nak jalan payah.. memang baring jelah kekenyangan..
Makan ubat je, tidur..

Dugaan Allah..
Lama dah tak jatuh motor..
Last masa ngandungkan Amani 7 bulan..
Kali kedua 18.01.2017..
Dengan Audit yang nak datang..
Adoilah... Malang memang tak berbau..

Bukan Sha je yang teruk..
Si Merah Sha nie pun cedera juga..
Bengkok break tu..
Ini pun Encik Suami yang ambil yg gambar..
Sha memang tak perasan..

Tutorial Bubur Jagung versi Sha

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jom tengok bubur jagung versi Sha..
Mudah ringkas dan cepat..
Bahan-bahannya Sha guna tiga je..
Jagung 3 tongkol, gula 2 senduk dan santan RM2..
Mudah je kan...

Tak bubuh apa pun selain tiga bahan nie..
Ini bubur jagung nak cepat.. hehehe..
Kalau korang nak sedap, bolehlah bubuh biji sagu..
Daun pandan untuk tambah wangi..
Ikutlah.. nak guna gula merah or gula Melaka pun boleh..

Tutorial Bubur Jagung versi Sha 
 Bahan-bahan utama..

Tutorial Bubur Jagung versi Sha 
 Cara memasak:-
Masukkan jagung yang dah dihiris dalam periuk..

Tutorial Bubur Jagung versi Sha 
 Kemudian masukkan santan..
Kalau taknak pekat, tambah air..
Sha memang tak tambah air.. santan je..

Tutorial Bubur Jagung versi Sha 
 Masukkan dua senduk gula atau ikutlah selera korang..
Letak atas dapur..
Nyalakan api dan kacaulah perlahan-lahan..
Jangan bagi pecah santan..
Tempoh masa memasak nie hanyalah 5 ke 7 minit sahaja..
Mudah sangatkan..

Tutorial Bubur Jagung versi Sha 
Yeah!!! Dah siap..
boleh makan panas-panas ataupun sejukkan dulu..

Thursday, January 19, 2017

Penulis - Ebriza Aminuddin

Assalammualaikum..
Hye semua..

Penulis ini Sha kenali melalui Novel Atuk..
Kemudian barulah Sha cari karya beliau yang lain..
Beliau bukan sahaja menulis novel seram tetapi juga cinta dan remaja..
Kedua-dua genre ini Sha baca..
Sha tertarik dengan gaya penulisan beliau yang berbeza..

Paling Sha suka Vila Amira Syakila dan Atuk..
Ada mesej tersendiri didalamnya..
Nak tau apa? Kenalah baca..
Novel Kejap Ada Kejap Tak Ada pula mampu membuatkan Sha berfikir..
Memang lain dari yang lain..

Karya beliau ialah :-
  1. Aku Cinta Kamu
  2. Hanya Dikau
  3. Jangan Kau Tangisi
  4. Mahakarya Cinta
  5. Janji Seorang Puteri
  6. Miss Universe
  7. Miss Blur
  8. Kejap Ada Kejap Tak Ada
  9. Sakitnya Hati Aku
  10. Benci Tapi Rindu
  11. Vila Amira Syakila
  12. Permainan Maut - Pena
  13. Kubur Bernyawa
  14. Atuk
  15. Projek Seram Wad - Bilik 13
  16. Projek Thriller Organ - Valentine Berdarah
  17. Projek Seram Kerusi - Antik

 

Boleh ikuti beliau di:-
Goodreads : Ebriza Aminuddin

Bunga Terakhir oleh Fatrim Syah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita review novel yang sempoi tapi berat nie..
Tentang hubungan suami isteri, persahabatan dan kekeluargaan..
Berat?? Hurm.. Kena baca baru tau..

Sha suka novel nie..
Banyak yang boleh dipelajari dari novel ini..
Tentang hubungan suami isteri..
Kepercayaan dan juga kejujuran..
Bukan mudah membina hubungan suami isteri andai tiada restu keluarga..
Badai dan onak akan sentiasa melanda.. bagaiman kita menghadapinya...

Poligami juga merupakan sebahagian dari cerita ini..
Apa gunanya berkahwin kalau tidak ada rasa tanggungjawab dan adil..
bukan mudah membina bahagia.. Walau dengan izin..

Kisah kedua pula hubungan terjalin atas desakan keluarga..
Cinta hanya dari sebelah pihak sahaja..
Bukan mudah.. Terputus di tengah jalan..
Yang ini memang sedih..
sebab bahagia yang dicari, derita yang datang..

Namun jodoh tu milik Allah..
Bila sampai masanya, pasti memberikan kemanisan..
Itulah yang menjadi simbol bunga terakhir..

 
Baca pada 15.01.2017
Selesai pada 16.01.2017

Mohon Doa Dari Semua

Assalammualaikum..
Hye semua..

Mohon doa dari semua untuk Sha ye..
Sha baru jatuh motor semalam..
Lutut kena hempap dengan motor..
Maaf kalau tak blogwalking atau balas mesej kalian..
Insya Allah Sha cuba balas secepat mungkin..
GA tetap diteruskan ye..
Terima kasih pada yang sudi joint..

Wednesday, January 18, 2017

Mushroom Swiss Burger King

Assalammualaikum..
Hye semua..

Lama tak makan Burger King..
Jadinya hari Ahad aritu sajalah singgah..
Beli dekat RnR Sg. Buloh..

Puas jalan-jalan kat Klang dan Meru..
Perut lapar.. Kenalah grab makanan yang cepat..
Kebetulan KFC tutup untuk renovation..
Makanya belilah idaman hati.. hehehe..

 
Mushroom Swiss Single RM11.50 (datang sekali dengan kentang goreng dan air)
Sha makan yang ini..
Sedap dan ohsem.. 
Burger dengan ketulan cendawan..
memang bestlah kan..
 
 Menu Encik Suami..
Whooper Jr.

 
Satu lagi menu wajib beli kalau gi Burger King..
Pergh!! Layan tau.. Tapi kena makan panas-panas..
Barulah ohsem.. Sha beli sebungkus je..
Sebab masa gi beli nie, bebudak tidur..
Ingatkan tak bangun lah lagi.. Hahaha..
Sekali masuk kereta diorang dah bangun..
Makanya berebut-rebutlah kami makan..
Masing-masing kelaparan.. Hahaha..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com