Sunday, February 19, 2017

Hero Aku Tomboy oleh Arisa Eriza

Assalammualaikum..
Hye semua..

Novel yang sempoi..
Walaupun ada sesetengah perkara macam tak logik gaya penceritaannya..
Tapi masih okaylah pada Sha..
Watak utama cik tomboy dan mamat gentelmen tu memang menjadi..
Cuma macam mana mereka boleh dikahwinkan tu agak tak logik..
Tak ada penegasan dan juga permulaan kepada kejadian..
Tetibe je dah kena tangkap basah.. hehehe..
Tapi masih okaylah..

Dalam nie juga ada diketengahkan mengenai perasaan tak normal iaitu lelaki suka lelaki dan perempuan suka perempuan.. Tapi masih okay sebab tidak melampau dan masih dalam batas nya.. Sekadar selingan..

Part hero boleh nampak hantu tu comel..
Hero yang tak berapa nak hero.. hehehe..
Ada lah a few adegan dimana hero menolong hantu..
Tak adalah seram sangat.. Kacau-kacau manja je..
Masih terkawal gitu.. Seram romantik tau..

Watak tomboy tu memang menjadi..
Suka sangat dengan Faz yang macho..
Ini adalah pandangan Sha..
Pandangan korang??? Kenalah baca..

Sha start baca 16.02.2017 dan habis pada 18.02.2017

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel

Saturday, February 18, 2017

Invasi oleh Raja Faisal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun buku yang Sha beli, masih banyak belum dibaca..
Namun Sha beri laluan kepada buku-buku dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Ada yang menarik perhatian Sha..
Antaranya ialah Invasi oleh Raja Faisal..
Kita baca genre lain pula selain seram..

Buku ini menceritakan kelangsungan hidup manusia selepas diserang makhluk asing..
Bagaimana kedatangan makhluk asing tu mampu merubah manusia..
Daripada jahat kepada baik..
Untuk hidup, manusia juga sanggup menjadi pembelot..
Novel yang menarik cuma endingnya biasa sahaja..

Satu lagi yang menarik mengenai novel ini adalah quote di setiap permulaan bab..
Dan quote yang paling ohsem adalah "It is not the strongest of the species that survive, nor the most intelligent, but the one most responsive to changer."-Charles Darwin. Memang sepadan sangat dengan cerita ini..
Nama watak utamanya juga unik Ahmad Bayani.
Silalah baca.. hehehe..

Baca pada 13.02.2017 dan selesai pada 15.02.2017.

Invasi oleh Raja Faisal
Buku ini hak milik Perpustakaan Negara Malaysia..

Teaser Birthday Giveaway Nur Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan lupa joint Giveaway terbaru Sha..
Sempena birthday Nur Imani pada 03 Mac ini..
Lagipun cam best je nak buat giveaway lagi..
Tapi kali ini hadiahnya bukan buku tau..
Hadiahnya sesuatu yang unik.. Hehehe..
Hope anda semua suka..

Jangan lupa joint ye..
Giveaway akan dilancarkan pada 20 Februari 2017..

Teaser Birthday Giveaway Nur Imani 
Inilah birthday girlnya..

Friday, February 17, 2017

Penulis - Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang friends di Facebook dengan penulis ini..
Tapi belum ada buku beliau yang Sha baca..
Kebetulan Sha ternampak Status beliau seperti gambar dibawah, maka Sha pun terus pm untuk dapatkan harga istimewa bagi 3 buah buku beliau.. Dua buku tahun lepas dan satu buku terbaru untuk 2017.. Korang berminat?? Jom ke Facebook beliau..
Kalau baca teaser-teaser buku beliau memang menarik..
Yang pasti genre yang Sha suka iaitu seram.. Hehehe..

https://www.facebook.com/Noranidaanuar
Inilah status tu..

Antara buku beliau ialah:-
  1. Kebangkitan : Antologi Cerpen Seram 1.0 (2016)
  2. Minyak Dagu (2016)
  3. Pareidolia (2017)
Kalau ingin mengenali beliau dengan lebih dekat, boleh follow Facebook, Goodreads, dan dekat Ilham Karangkraf ada cerita beliau yang bertajuk Pareidolia (tak sepenuhnya) dan Lot 333. Owh ya, kalau nak baca karya beliau secara online boleh juga ke Facebook Kalimah Paranormal. Ada Siri June. jomlah usha sesama.. Walaupun belum mengenali karya beliau secara dekat namun Sha nak share juga di blog ini..

Wolf Fever (Heart of the Wolf Series, # 6) by Terry Spear

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak baca novel English..
Untuk 2017, novel Wolf Fever by Terry Spear menarik perhatian Sha..
Novel English yang pertama untuk tahun 2017..
Novel ini sebenarnya dari siri Heart of The Wolf..
Yang Sha baca nie siri yang ke enam..

Menariklah pada Sha kisah serigala jadian..
Warna merah dan kelabu..
Ada yang hidup dikalangan manusia..
Ada juga yang hidup dalam komuniti mereka sahaja..
Pekan kecil yang terdiri daripada serigala jadian..

Kemudian ada masalah dimana seorang perempuan tanpa sengaja digigit..
Ada kuasa psikik dan sangat kuat melawan kehendak pertukaran..
Lepas tu masalah mereka yang bertukar jadi serigala dan tak boleh bertukar jadi manusia semula..

Tak sesuai untuk bacaan kanak-kanak ye..
Sebab novel ini 18sx..

Sha mula membaca pada 11.02.2017
Tamat pada 13.02.2017

Wolf Fever (Heart of the Wolf Series, # 6) by Terry Spear

Membaca dan Kerjaya Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat pengetahuan semua.. Ewah..
Suspen tak?? Hehehe..
Buat yang tak tahu.. Sha ini kerja dekat Perpustakaan..
Sebagai Pembantu Pustakawan.. Dulu jawatan ini nama dia Pembantu Perpustakaan..
Sekarang dah sedap sikit.. Gred pun dah jadi S19..
Dunia Sha memang dengan buku je..
Masa memula masuk kerja, memang meminjam novel je kerja Sha..
Sampai habislah semua novel dalam Perpustakaan ini Sha baca..

Awal-awal masuk kerja dulu, adalah juga buat pembelian novel..
Sekarang memang tak ada dah... Start tahun 2014..
So kami amik keputusan buat pinjaman berkelompok di Perpustakaan Negara Malaysia..
Setiap 3 bulan sekali pergi pulang dan pinjam..
Oleh kerana permintaan banyak pada buku kanak-kanak dan novel..
Maka itulah yang kami pinjam.. Kalau rezeki kami, dapatlah novel yang baru-baru..
Kalau tak memang dapat yang lama-lamalah..

Oleh kerana Amani dah pandai membaca dan dah mula meminjam di Perpustakaan Sekolah..
Lepas tu takut nak pulang buku sebab lewat..
Makanya Sha buat keputusan untuk tak bagi dia pinjam lagi..
Nanti dia dah berani dan faham makna tanggungjawab baru Sha bagi dia pinjam balik buku dekat Perpustakaan Sekolah..

Sebagai alternatif untuk dia terus membaca, Sha pinjam dekat tempat kerja Sha..
Sekurang-kurangnya dia akan terus membaca..
Pilihan adakan.. Lagipun membaca ini perlu diterapkan dari kecil..
Bila tengok dia suka membaca, Sha pun happy..

Membaca ini banyak kelebihan sebenarnya..
Menambah bilangan perkataan..
Membantu untuk membina ayat..
Boleh buat kita berimaginasi...

Korang minat membaca??

 
Buku yang Sha pinjamkan untuk Amani..
Ini Sha bagi dia baca masa hujung minggu je..

 
Mak pun nak juga..
Hehehe.. 3 buku..

Thursday, February 16, 2017

Penulis - Hanah Rishas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku beliau yang bertajuk 2 Nyawa 1 Cinta.. Memang menarik..
Setakat yang Sha tahu beliau baru menulis satu buku ini sahaja..
Walaupun hanya satu buku, sha tetap nak share disini..

Boleh kenali beliau di Goodreads, Instagram, Facebook (Hanah Rishas dan Tiny Little Different), Instagram dan juga Blog beliau iaitu ..i'm a tiny-litte different...

Kalau nak baca review Sha pasal buku beliau, boleh klik gambar dibawah.

http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/11/2-nyawa-1-cinta-oleh-hanah-rishas.html

Drama Korea Goblin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam banyak-banyak drama Korea yang Sha tengok..
Goblin nie Sha tak boleh move on lagi..
Hahaha.. Sebab pelakon dia ohsem..
Pada mata dan selera Sha, Drama ini memang mantap..
Jalan cerita dia.. Pelakon dia..
Even watak sampingan dalam drama ini pun ohsem..

Seriouslly Sha suka semuanya dalam ini..
Bila tengok 2 episod special Goblin lagilah..
Rasa macam nak suruh production sambung lagi drama ini..
Chemistry antara pelakon tu sangat ohsem..
Watak baik.. watak jahat.. memang seimbanglah..
Part yang paling Sha suka dan adore adalah part antara
Grim Reaper dan Goblin..
Setiap kali diorang ini bertentang je mesti ada je perkara lucu jadi..
Goblin yang angkuh.. Grim Reaper yang statik tanpa perasaan..
Tapi part sedih bila Grim Reaper tau siapa dia yang sebenarnya..
Wargh!!! Masa ini sedih tau...

Kemudian antara Goblin dan juga Euntak..
Memang kelakarlah tengok Eun-Tak yang selamba je cakap dengan Goblin..
Tak habis-habis dengan duit dia..
Adoilah.. Serius kelakar..
Part sedih antara mereka pun terbaik.. Rasa sesih sama..
Setiap kali tengok scene mereka ini memang rasa Awesome tau..

Sha tengok sebab tajuk dan juga pelakon..
Tapi bila tengok drama ini sha respect dengan penulis skrip dia..
Memang terbaik sangat...
Sedih.. gembira dan juga geram..
Memang menjadi..

Cheer for Gong Yoo, Kim Go-Eun, Lee Dong-Wook, Yoo In-Na dan Yook Sung-Jae..

Jom Berkebun

Assalammualaikum..
Hye semua..

Weekands aritu Sha tak balik ke kampung sebab ada undangan ke majlis perkahwinan.. Tak tahu nak buat apa, maka kami cantikkan kawasan untuk Pokok Kacang Botol di Perpustakaan.. Lama dah Sha dan encik suami bercadang untuk buat tapi masa tu tak berjumpa.. hehehe..

Jadinya petang Ahad kami pun mulakan projek.. Pancangnya kami guna buluh je.. Kebetulan di sekitar kawasan kuarters memang ada rumpun buluh yang ditanam oleh ex-bos PSAS.. Memang banyak.. So dah jimat di situ..

Nak bercucuk tanam kat rumah, tak tau nak tanam kat mana.. Makanya opis jelah yang ada pun.. Bolehlah hasilnya dikongsi bersama..

Proses memotong buluh..
Encik Suami yang buat..

Inilah kawasan tanaman nya..
Pokok-pokok ini ditanam oleh Acik Cleaner..
Hasilnya dimakan bersama..

Dah siap.. bolehlah pokok nie menjalar dengan lebih selesa dan meluas.. Moga makin banyak hasilnya..

Inilah usaha kami ke arah berjimat cermat..
Hahaha..

Wednesday, February 15, 2017

Penulis - Haiza Najwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mengenali beliau melalui buku KuMohon Kasih.. Namun yang paling memikat hati Sha adalah Potret Dua Wajah.. Buku beliau bukanlah kisah cinta biasa.. Ada suspen dan juga menarik dibaca.. Boleh kenali beliau di Goodreads, Facebook, malah di Wikipedia juga ada maklumat megenai beliau.

Boleh juga ikuti perkembangan beliau di Blog beliau iaitu Haiza_Najwa.

Buku-buku beliau:-


  1. Tak Seindah Impian
  2. Gerhana Cinta Edika
  3. Misteri Dania
  4. Bukan Klon Bukan Duplika
  5. Jangan Ganggu Lenaku (2012)
  6. Sentuhan Cinta (2008) 
  7. Potret Dua Wajah (2014) 
  8. Ku Mohon Kasih (2008) 
  9. Kalimah Jiwa 
  10. Ilusi Hati (2010) 
  11. Aku Yang Menanti (2011) 
  12. Kasih Villa Cinta (2009) 
  13. Kuingin Cintamu (2013)

Tutorial Sup Campur

Assalammualaikum..
Hye semua..

Menu apa hari ini?? Sha rasa macam nak nangis bila pergi pasar cuti aritu.. Bayangkan bawa RM50 Sha dapat beli ayam (bahagian fight dan peha) 6pcs dengan harga RM24, kemudian ikan sardin 1/2 kilo RM6, Sotong 4pcs RM5, sayur sawi bunga RM2 (2 ikat) dan bendi 70sen.. Nak beli banyak pun seram.. Bila tengok hasil laut semuanya harga cecah puluh2 sekilo.. 

Sudahnya hari Sabtu tu Sha masak sup campur je.. Senang dan jimat.. Nak makan mewah-mewah memang tak dapatlah kan.. Memang kena jimat cermat..

Bahan-bahannya
Ayam dipotong kecil
Sawi bunga seikat
Cendawan sebungkus
Bawang merah dan cili dihiris..

Rebus air dahulu..
Sup Sha memang jarang tumis..
Ayam memang dah sedia ada minyakkan..

Masukkan ayam dulu..
Reneh sekejap..

Masukkan cili dan bawang yang dihiris..
Biar seketika sehingga menggelegak..

Masukkan sawi bunga..
Sawi Bunga nie bagus tau..
Bebudak pun suka.. Sebab rasa dia manis dan elok untuk kelancaran pembuangan sistem kumbahan besar.. hehehe..

Masukkan cendawan..
Kacau dan reneh sekejap..

Yeah!! Sup campur dah siap..
Lengkap.. sayur dan ayam..
Jimatkan..
Ini lauk sampai malam tau..

Wordless Wednesday #55

Assalammualaikum..
Hye semua..

Kredit gambar : Facebook
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com