Friday, June 22, 2018

Jatuh Motor Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. Malang itu tidak berbau.. Nak buat macam mana.. Terjatuh lah pula pagi ini.. Mujurlah tak teruk mana.. luka sikit di lutut.. Kulit terkoyak.. Encik suami kata mungkin sebab jalan licin dan Sha break mengejut tayar depan tu yang menggelungsur.. Tarikh 22.06.2018 menjadi satu lagi tarikh kenangan pahit.. Huhuhu.. Pengalaman yang terus berada dalam mekenangan..
 
Motor yang telah bersama sejak tahun 2008 lagi.. 10 tahun bersama dah 2 kali Sha jatuh dan cedera teruk.. Jatuh dan luka biasa-biasa dah banyak kali.. Dah sampai masanya motor ini dilepaskan.. 
 
 
Motor ini pun dah banyak terluka..

Kasut Kickers

Assalamualaikum..
Hye semua...

Setelah berpenat lelah, encik suami cadangkan untuk reward diri sendiri.. Maka Sha bercadang nak cari sepasang kasut khas yang boleh Sha bawa berjalan.. Lagipun dah lama sebenarnya mengidam nak beli Kickers.. Sebab kualiti kasutnya dan rekaannya yang ranggi.. Kebetulan GST dah sifar.. Sha siap dapat diskaun RM12.40.. Banyak tu.. Untung betul membeli bila dah tak ada GST ini.. Terasa sangat perbezaan harga barang.. 

Beli pada 18.06.2018..

Thursday, June 21, 2018

Rampage (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha baru je tengok filem ini.. Memang terbaiklah.. Cuma penamatnya Sha kurang suka.. Pada Sha sekurang-kurangnya tunjuklah George ditempatkan di mana.. Yellah, George dah membesar dan tak boleh duduk sekali dengan Gorilla yang normal kan.. Nak lah juga tahu dimana George akan diletakkan.. Ini tamat macam tu je.. Tahulah dah menang lawan dua raksasa lain..

Sha suka lakonan The Rock dan juga Gorilla tu.. Nampak sangat real dan menawan.. Pada Sha, walaupun cerita ini simple tapi Sha suka dan jalan ceritanya.. Dari mula sampai ke penamatnya.. Memang best dan ohsem.. Reaksi dan tindakan pelakon serta haiwan yang mengganas pun best.. Tapi penamat dia terlalu simple.. 

Domino's Pizza : Ssamjeang Beef

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Maaflah ye.. Entry makan lagi.. Kikiki.. Kalau bulan Ramadhan macam tak sopan je kan share pasal makanan semua ini.. Tapi disebabkan Ramadhan dah berlalu, makanya Sha pun up lah semua entry pasal makanan ye.. Kikiki.. Jangan marah tau.. Kalau ikutkan Ssamjeang Pizza ini dah lama ada cumanya Sha baru je berkesempatan nak cuba.. Itupun macam seram-seram juga nak cuba sebab ramai yang cakap Pizza ini pedas.. Dan ternyata, pizza ini memang pedas.. Pedas gila.. Meleleh air mata Sha.. Hahaha.. Sha emmang tak makan pedas..

 
Ssamjeang Beef - Pergh!! Pedas giler.. Menangis makannya.. Mujurlah Sha beli yang kecik je.. 
 
 
Fabulous Four - Memang kesukaan Sha.. Sebab ada Cheesy Cheddar Stick, Crazy Chicken Crunchy, Roasted Chicken Drummet dan Breadstick..

Projek Seram: Ofis oleh Naim Tamdjis, Julie Jasmin, Noorfadzillah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel terbaru keluaran Buku Prima ini Sha beli dengan penulis.. Siap dapat sampul duit raya, okay.. Tandatangan penulis dah tentulah ada berserta ucapan dari penulis.. 

Orkid oleh Naim Tamdjis
Ada misteri disebalik lukisan.
Ada kemunculan Kakak Kemboja dalam cerita ini.. Kali ini yang mengganggu bernama Orkid.. Suka pula dwngan nama-nama yang digunakan penulis.. Klasik sangat.. Arman mula berkerja di pejabat baru.. Berkenalan dengan Kemboja dan juga Orkid.. Tapi yang peliknya, hanya Arma je yang jumpa Kemboja dan Orkid.. Orang lain melihat Arman seperti bercakap sendiri.. Malah gangguan di pejabat pun semakin menjadi-jadi.. Siapakah sebenarnya Kemboja dan Orkid..? Mengapa mereka suka sangat dengan Arman..? Penulis sentiasa memberikan yang terbaik bagi karya-karya beliau.. Jin dan syaitan, akan sentiasa cuba menyesatkan manusia.. 

Usik oleh Julie Jasmin
Walau jasadku hancur, pulangkan milikku.
Kisah gangguan disebabkan perbuatan manusia lain dan juga sihir dari rakan sekerja.. Pelik manusia ini, demi kesenangan hidup sanggup melakukan perkara yang salah.. Pejabat yang okay jadi tak okay disebabkan usikan oleh si dia yang ingin barangnya dikembalikan.. Dalam masa yang sama sihir juga harus ditepis.. Memang menarik cara olahan penulis..
 
Lembaga Hitam oleh Noorfazillah
Kerana dendam, dia kembali menghantui.
Gangguan yang dilakukan oleh manusia yang kejam dan jahat.. Tujuannya ingin menghancurkan.. Bukan sahaja syarikat dan pemiliknya tapi semua yang berkerja di syarikat itu.. Memang tak sangkalah manusia yang nampak baik tapi hatinya hitam penuh dendam dan khianat.. Mujurlah ada yang membantu..

Sha baca pada 13.06.2018 dan selesai pada 14.06.2018..

Wednesday, June 20, 2018

Penghuni oleh Endie Shazlie

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Jom baca buku.. Tak kisah buku apa pun, janji buku.. Membaca ini bagus tau..
Sha baru je habis baca buku ke terbitan Roman ini.. Bertajuk Penghuni oleh Endie Shazlie.. Menarik tau.. Tapi mungkin akan ada sambungan, sebab penamat dia macam tak berapa mengancam pada Sha.. Cerita Adam yang membuat liputan mengenai kejadian paranormal dipanggil adiknya Ilyas ke Melaka.. Bermulalah kisah mereka bersama dua makhluk iaitu dayang dan ma'arid.. Misteri tapi tak berapa seram cuma penuh debaran..

Sha baca pada 10.06.2018 dan selesai pada 12.06.2018..

Koleksi Sha

Terbitan Roman

Urusan Rumah : Perjanjian Sewa Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha ke Ipoh lagi Raya ke 4.. Nak tandatangan surat perjanjian sewa dengan penyewa.. Sambil tu encik suami nak buat paip air kat luar rumah.. Perjanjian sewa ini mudah je.. Sha google dan download dari Internet, lepas tu ubah suai mengikut kesesuaian Sha dan penyewa Sha.. Untuk jadikan perjanjian ini valid, Sha bawa ke LHDN untuk matikan setem hasil.. Setem Hasil kena beli dekat Pejabat POS.. Jadinya berkejar-kejarlah melaksanakannya.. Setem Hasil ini pula bukan boleh main beli je.. Kena pergi LHD dulu untuk buat kiraan.. Kiraan ini pula kena dibuat berdasarkan Sewa Bulanan X Tempoh sewaan - RM2400 dan / 250.. Contoh RM500 X 12 bulan - RM2400 / 250 = RM14.40 .. Jadinya kenalah beli setem hasil RM15.00 sebab sen sen tu kena genapkan jadi ringgit.. Kalau ada extra copy kena tambah RM10 lagi setem Hasil.. 

Perjanjian sewa tu setelah dimatikan setemnya yang original kena disimpan oleh penyewa dan salinannya oleh tuan rumah.. Kalau jadi apa-apa, adalah perjanjian sebagai bukti..

 
 Encik suami tolong buatkan paip air dekat bahagian luar.. Mudah untuk siram pokok atau basuh kereta.. Kos lebih kurang RM50 je.. Kalau upah orang RM150.. Jimat RM100 tu..

 
Setelah penat meneman mak menguruskan hal rumah, belanja mereka naik keretapi dekat Mydin Meru.. Kemain seronok lagi keduanya.. Lepas tu lepak dekat Marrybrown makan Bubur nasi (sedap.. serius.. Anak Sha pun suka) Cheesy-o-Berger (pun sedap.. Sos dia banjir..) dan Nasik Kari Kapitan (Pun sedap.. Encik suami yang makan.. Sha tak rasa pun.. Tak berapa nak berselera sangat..)

Menang Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Alhamdulillah.. Sha menang Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan.. Rezeki Syawal.. Sha menang top up RM10.. Terima kasih pada penganjur Aerillhassan dan juga yang sponsor hadiah.. Nak tengok senarai pemenang? Klik SINI.. Jom terjah blog Aerillhassan dan Abam Kie.. 

Kemaafan Di Hari Raya oleh Floor 88

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu kedua yang menjadi kesukaan Sha.. Lagu raya dari Floor 88 ini pun best.. Memang kena dengan telinga Sha.. Kikiki.. Tersuka dan rajin Sha dengar.. Cumanya jarang dengar dekat radio.. Selalu layan dekat Youtube je..

https://www.youtube.com/watch?v=Gz4t4VoJsmc


Sebulan berpuasa
Kini menjelang hari raya
Setelah laluinya menahan lapar dan dahaga
Teruja pabila takbir bergema
Semoga bergembira di hari yang mulia kepada semuanya

Ibu dan ayah menunggu kepulangan kita
Turut sera sanak saudara, kawan dan jiran tetangga
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa
Selamat hari raya

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika ada tersalah tutur bicara

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika terguris di dalam
Harap maafkan
Ku ucapkan selamat hari raya
Minal Aidil wal Faaizin untuk semua

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika ada tersalah tutur bicara

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika terguris di dalam
Harap maafkan
Ku ucapkan selamat hari raya
Minal Aidil wal Faaizin untuk semua

Tuesday, June 19, 2018

Bukan Bulan Sembarang Bulan oleh Daly, Mawi & Ziela

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ada dengar ke lagu ini? Sha terdengar masa otw nak balik kampung beraya.. Tertangkap di telinga part rangkap "Bukan Bulan sembarang bulan,  Bukan bulan dan matahari, Banyak bulan antara bulan, Manakan sama bulan ku ini.." Terus tersuka dan menanti bila nak dengar lagu ini.. Jarang suka lagu raya yang baru-baru.. Tapi yang ini memang best..

https://www.youtube.com/watch?v=u3ZQOPCmPjE&start_radio=1&list=RDu3ZQOPCmPjE
Bukan Bulan Sebarang Bulan
Daly, Mawi & Ziela

1st rap verse (Filsuf)
Ku susun sepuluh jari
Jika tersalah laku
Jika tersalah kata
Jika ada yang kurang
Jika terlalu lantang maklum lidah tak bertulang
Mungkin ada yang kurang senang
Mungkin tidak faham
Mungkin tidak tahu
Mungkin salah aku
Mungkin terlepas pandang aku juga manusia seperti kamu
Mungkin aku yang tak mengerti
Aku berjanji tak akan buat lagi

C/O
Bukan Bulan sembarang bulan
Bukan bulan dan matahari
Banyak bulan antara bulan
Manakan sama bulan ku ini

Warna warni suasana
Berseri dihari raya
Kanak-kanak gembira
Riang tidak terkata

Yang ditunggu,ditunggu
Yang dinanti,dinanti
Yang jauh dikunjungi
Yang dekat apatah lagi

Saling hormat menghormati
Saling maaf memaafi
Di hari penuh bererti
Semoga kita diberkati

back to C/O (till riang tidak terkata)

2nd rap verse (Filsuf)
Aduhai hawa cantik jelita
Berbaju Kebaya aku tergoda
Berseri-seri berwarna-warni
Berlenggang lenggok bak peragawati

3rd rap verse (Zila)
Aduhai Adam apa kurangnya
Berbaju Melayu dan bersongket pula
Cantik bergaya segak dan tampan
Aku peragawati engkau peragawan

4th rap verse (Mawi)
Satu datang satu pergi
Sudah datang datang lagi
Ketuk pintu bertubi-tubi
Rasa hendak cabut lari

Assalamualaikum
Alamak datang lagi!!!
back to C/O x2

Lagu: Dnavigator
Lirik: Filsuf

Urusan Rumah : Basuh Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Alhamdulillah.. Urusan menyewakan rumah Sha berjalan lancar.. Memang tak sangkalah dapat penyewa dengan cepat.. 25.06.2018, penyewa dah start duduk.. Disebabkan itu, raya ketiga Sha, encik suami dan anak-anak pergi membasuh rumah.. Isnin (18.06.2018) Sha serahkan kunci pada penyewa.. 

Bila dah basuh, rasa macam best pula dan tak nak sewakan.. Tapi kalau tak sewa, macam rugilah pula kan.. Yellah, tak ada orang duduk.. Sesekali je boleh nak ke Ipoh pun.. Maka sewakan jelah.. Senang cerita..

 
 Wajah-wajah ceria nak pergi basuh rumah.. Yang paling seronok dah tentulah Amani dan Imani.. Dapat main airkan.. Siap berenang-renang meraka.. Hahaha.. Yang paling berkerja keras dah tentulah encik suami.. Terima kasih ye awak..

 
 Singgah Harumi Seri Iskandar untuk Lunch + Dinner..
4 orang makan RM46.80.. Agak mahal tapi okaylah.. Kenyang..
Sebab nak makan nasi juga kan.. Ayam goreng dia sedap..

 


Hokkaido Baked Cheese Tart : Mini Tart

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Disebabkan Sha terbampak Mini Tart ini, makanya Sha pun terbeli.. Kikiki.. Parah betul.. Pantang nampak makanan.. Kalau yang mini ni macam lagi best nak makan.. Lepas tu boleh campur-campur perasa dia.. Yang bestnya beli 6, percuma 1.. Memang berbaloi-baloi lah kan.. Harga seketul tart ini RM2.36.. 6+1 = RM14.16

Cumanya, sedikit sedih sebab tak dapat beli yang original.. Cepat betul habis yang original.. Agaknya sebab mini kan.. Senang nak makan..

 
3 tart durian
2 tart coklat
2 tart strawberry
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com