Monday, October 22, 2018

Fana oleh Fitri Hussin

Assalamualaikum..
Hye semua..


Fana ini walaupun thriller tapi sangat teliti isinya disampaikan penulis.. Siapa kata yang novel itu melalaikan dan membuat pembacanya berangan-angan? Fana berjaya menepis dengan jayanya.. Fana ada isi yang mampu buat pembaca berfikir.. Bukan cerita biasa tapi luar biasa.. Setiap patah perkataannya mempunyai isi.. Menyampaikan perkara baik melalui penceritaan..

Terasa rasa sedihnya hati saat seorang ibu syahid dalam usaha menyelamatkan anaknya.. Sampai muka surat 90 & 91, bergetar hati dan bergenang mata membaca perinician penulis mengenai Surah Al-Fatihah.. Memang mengagumkan.. Muka surat 113 hingga 117 pula menceritakan debat diantara Roshil dan Muhaimin mengenai Islam dan agama lain.. Muka surat 182 hingga 189 memang meninggalkan impak pada Sha.. Sangat istimewa..

Memang sesuatu yang berlainan bila baca Fana.. Penulis berjaya memberikan thriller yang mendebarkan dan dalam masa yang sama berjaya mengadunkan unsur Islamik dalam Fana.. Sangat membanggakan bila membaca kehebatan Tanah Melayu dan mereka yang memegang Islam..
Mesej yang disampaikan memang padu.. Bila hati dikaburi perasaan tamak, musuh di depan mata pun tak nampak..

Sha baca dan selesai pada 20.10.2018..

Sunday, October 21, 2018

Amani Pergi Lawatan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Amani berjaya juga mengikut rombongan lawatan yang dianjurkan Cikgu Sains beliau ke Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun pada 20 Oktober 2018 pada usia 8 tahun.. Kalau ikutkan dari darjah 1 lagi Amani selalu bawa balik surat untuk pergi lawatan sekolah.. Sha dan suami memang tak benarkan.. Cuma kali ini kami benarkan sebab tempat yang dituju dekat sahaja dari rumah kami.. Dalam 24km macam tu.. Pergi pu setengah hari sahaja.. Gerak pukul 7.30 pagi, pukul 1 tengahari dah sampai sekolah balik.. Bayaran pun cuma RM15 sahaja..

Bila ambil Amani tengahari tu, bukan main teruja lagi dia bercerita mengenai rombongan lawatan itu.. Kawannya kena gigit pacat.. Amani dapat tengok buaya dan Tapir.. Ada pelajar politeknik buat aktiviti bersama mereka.. Kuiz dan juga mewarna.. Alhamdulillah Amani dapat pengalaman baru.. Sha pun dapat pengalaman juga.. Hahaha..

Kawan-kawan pula macam mana? Benarkan tak anak-anak untuk ikut rombongan sekolah seawal usia berapa?

Buah Tangan dari Korea

Assalamualaikum..
hye semua..

Baru ini encik suami kena ambil staf yang baru balik dari Korea di KLIA.. Alhamdulillah, encik suami dapat cenderahati keychain dan seaweed.. Keychain tu encik suami pakai.. Seaweed tu beliau bagi Sha.. Pergh!! Memang ohsemlah.. Sedap dan rangup.. Sha makan macam tu je..

 

Saturday, October 20, 2018

Puteri Karla oleh Julia Eqsa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga jumpa buku ini.. Buku ini merupakan sisi lain penulis Anna Lee.. Memang dah lama sebenarnya Sha cari novel ini.. Bila dah jodoh kan, mesti berjumpa juga.. Hehehe..

Kisah yang diceritakan dalam novel ini memang menarik.. Mengenai puteri, putera, ahli sihir, kuasa jahat dan menyelamatkan negara.. Ahli sihir yang di rampas kuasanya membuat janji akan kembali dan memusnahkan tanah itu.. Bila itu terjadi, menjadi tanggungjawab sang puteri untuk menewaskan ahli sihir.. Namun tak semudah yang disangka.. Namun ada bantuan yang dihulurkan sang putera dalam membebaskan tanah itu dari kuasa sihir.. Dengan bantuan tambahan iaitu doa dari raja dan rakyat jelata, akhirnya usah berjaya.. Penulis juga menyelitkan elemen dakwah dipenghujung cerita.. Memang terbaik..

Sha baca pada 18.10.2018 dan selesai pada 19.10.2018..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer

Healer (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini dah lama dah ada dalam simpanan Sha.. Baru ini je berkesempatan nak tengok.. Episod pertama dah 3,4 kali tengok pastu tutup.. Hahaha.. Bila berjaya habiskan episod 1 memang tak boleh nak stop.. 3 hari je dah settle tengok.. Tersuka tanpa sengaja pula dekat hero dia.. Karekter Ji Chang Wook dalam ini memang menawan sungguh.. Macam kerekter dia dalam drama K2.. 

Drama ini best sebab ada romance, aksi, hubungan persahabatan dan persaudaraan.. Yang paling best bila tengok aksi Healer/Ji Chang Wook berlawan dan babak romantik.. Muka dia yang macam innocent tapi nakal dan clueless tu sangat menarik..  Memang bestlah drama ini.. Perjalanan cerita dia walaupun panjang tapi tak membosankan.. Setiap episod pasti akan ada perkara menarik berlaku yang membuatkan Sha nak tengok sambungannya..

Healer | 8 Dis 2014 | 20 Episodes |
Seo Jung Hoo is a special kind of night courier, known only as "Healer". For the right price and with the help of a genius hacker, he gets his clients whatever they want, as long as it doesn't involve murder. His latest job leads him to a second-rate tabloid writer, Chae Young Shin and the successful reporter, Kim Moon Ho. He begins to uncover the mystery of a shared past with the two reporters, putting them all in danger.

Koleksi Buku Oktober 2018 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli buku lagi di 7Eleven.. Kikikiki.. Walaupun ada buku yang Sha beli secara online masih belum sampai tapi tetap nak beli juga buku.. Kali ini Sha beli komik seram dari siri Aku Dengar Kat... terbitan GempakStarz..

Nampak rakan Facebook Sha share mengenai siri ini di timeline beliau, tu yang tertarik nak beli.. Sebuah RM13 je.. Sampai anak Sha pun tegur.. "Mak ini asyik beli buku cerita hantu je.. Mak suka hantu eh?".. <Ayat Imani>.. Hahaha.. Sabar jelah dengan budak sorang ini..

 
Aku Dengar Kat Lorong Belakang Ada... oleh Mr Children Studio
Aku Dengar Kat Stesen Tren Ada...oleh

Friday, October 19, 2018

Teratak Kenari oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teratak Kenari ini memang lama dah Sha cari.. Karya penulis ini kebanyakkannya memang Sha dah baca.. Dan Sha suka gaya penulisan beliau...

Dalam Teratak Kenari ini yang Sha suka bila ditekankan tenatng hubungan suami isteri.. Sikap saling mendengar dan mempercayai.. Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah berpindah masuk ke sebuah banglo.. Isteri tak berapa suka dengan rumah itu.. Rasa pelik dan semacam.. Namun demi suami perasaan tu tak diluahkan.. Gangguan pun bermula.. Namun suami tidak mempercayai apa yang isteri sampaikan.. Sehinggalah keadaan jadi parah dan suami sendiri diganggu.. Pertolongan dicari namun tersalah cari.. Tapi akhirnya datang bantuan yang betul.. semuanya berjaya diselesaikan.. Misteri perempuan dengan dahi berlubang, ada kisah disebaliknya.. Memang mendebarkan..

Sha mula baca dan selesai pada 17.10.2018..

Jom Baca Komik #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kembali lagi dengan pilihan komik yang menarik dibaca bersama dengan anak-anak anda.. :) Jadikanlah amalan membaca sebagai hobi anda sekeluarga.. Pupuklah minat membaca dari anak kecil anda.. Semoga semakin ramai rakyat Malaysia akan suka membaca.. Bacalah apa sahaja yang boleh memberikan ilmu dan juga tauladan yang baik..

Sha pinjamkan buku ini untuk bacaan Amani disamping Sha juga turut sama membaca.. Sekurang-kurangnya Sha tahu apa yang Amani baca.. Yang lebih menarik watak dalam buku ini juga bernama Amani.. Kikiki..

 
Kompilasi Komik Adik Muslim: Special Ramadan ini menghimpunkan cerita mengenai Amani, Luqman, Alyaa Batrisyia dan geng Adik Muslim.. Menariknya kompilasi ini ialah selain dari komik berwarna, ada juga cerita pendek, pesan nabi, soal jawab bersama ustaz, resepi dan juga aktiviti.. Kompilasi ini juga berwarna warni, memang menarik untuk dibaca..
 
 
Penerangan mengenai puasa..
 
 
Soal jawab bersama ustaz..
 
 
Resepi menarik..
 
 
Kompilasi Komik Ana Muslim: Special Syawal ini pula Komik yang ohsem dan membantu pembaca cilik mengetahui makna Syawal dengan lebih mendalam melalui komik bergambar.. Ada juga cerpen pendek mengenai syawal didalam kompilasi ini..
 
 
Soal jawab bersama Ustaz
 
 
Pesan nabi.. 
 
 
Siri Kompilasi Adik Muslim: Dunia Luqman ini mengisahkah tentang Luqman dan kisah-kisah haiwan.. Setiap haiwan mempunyai cara hidup yang berbeza dan boleh dijadikan tauladan kepada manusia..

Novel Online - Lelaki Langit Bumi (Bab 34-2)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam keluar notifikasi di Facebook Sha, Kak Farah like komen Sha di Novel Online Lelaki Langit Bumi.. Lama tak singgah baca, Sha pun mula menyambung pembacaan.. Sampai bab yang terkini (Bab 34-2), terus bergenang air mata Sha.. Bukan sebab cerita Lelaki Langit Bumi ini sedih tapi terharu ya amat sebab ada satu perenggan tu mention pasal Sha.. Ya Allah, seriouslly sangat-sangat terharu.. Kenapa nak terharu sangat?? Sebabnya ini kira macam review percuma untuk blog Sha tau.. Lepas itu, ini kali kedua blog Sha di sebut dalam Lelaki Langit Bumi.. Review sebelum ini boleh baca di SINI.. Memang double happiness lah kan.. Review Sha untuk Lelaki Langit Bumi pula boleh baca di SINI..

Terima kasih Kak Farah dan geng Lelaki Langit Bumi.. Teruskan berkarya ya.. Sha menyokong sepenuhnya.. Cjayook.. Chayook.. Korang kalau nak baca, boleh klik SINI.. Tak rugi korang singgah baca.. Sebab Novel Lelaki Langit Bumi ini bukan kisah cinta atau kahwin paksa yang tipikal.. Watak dalam ini juga sangat berbeza dari yang ada di pasaran.. Terutama sekali watak Diha Afina.. Sha memang jatuh cinta habislah dengan Diha ini..

https://www.portalilham.my/karya-bab/Novel/Cinta/YveZvCB2aDg/uESOZPdGXDw/Lelaki-Langit-Bumi
Ini screenshot perenggan yang menyebut tentang Sha..

Terima kasih sekali lagi buat team Lelaki Langit Bumi.. You guys rock.. Sha tetap pilih #teamdihaafina ..

https://www.portalilham.my/karya-bab/Novel/Cinta/YveZvCB2aDg/_Tcbcf0I0Mk/Lelaki-Langit-Bumi

Thursday, October 18, 2018

Mas Ayu oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel seram terbaru dari penulis Ilya Abdullah ini terbitan Dear Novels.. Kisah yang pernah dikongsikan di laman Facebook penulis.. Memang sangat-sangat menarik..

Mas Ayu merupakan kisah perempuan yang dihidupkan semula menjadi langsuir dan membalas dendam kepada mereka yang membunuhnya.. Dendam yang disimpan dibawa sampai mati.. Dendam lama datang menghantui kembali dalam jasad yang berbeza.. Manusia boleh jadi gila hanya kerana cinta dan kerana cinta juga manusia sanggup membunuh.. Memang novel ini sangat ohsem namun tak puas sha baca sebab nipis sangat.. Rasa macam akan ada sambungan untuk novel ini..

Sha baca pada 15.10.2018 dan selesai pada 16.10.2018..

 
 Jangan tertipu dengan covernya.. Walaupun nampak sweet namun ceritanya luar biasa dan sangat menarik..

Terbitan Dear Novels

 
Amukan Pontianak ini pula adalah zine yang diberikan percuma oleh penulis kepada pembaca yang terawal membuat tempahan dengan penulis.. Zine ini mengisahkan perempuan yang mati dibunuh datang membalas dendam kepada pembunuhnya.. Walaupun zine ini nipis, namun cerita yang nak disampaikan itu berjaya..

Jom Baca Komik

Assalamualaikum..
hye semua..

Jom baca komik pula.. Komik bukan sebarang komik.. Ada kebaikannya dalam hiburan.. Selain bagi Amani baca, Sha pun baca juga.. Kenalah ambil tahu apa yang anak baca kan..

Kompilasi Komik Sayang Muslim: Special Ramadan oleh Panel Penulis Ana Muslim..
Komik yang sangat menarik untuk bacaan anak-anak dan juga dewasa.. Ada diterangkan mengenai Ramadan seperti kenapa kita puasa?, kelebihan puasa, niat puasa dan doa berbuka, kebaikan bersahur, pesan nabi dan banyak lagi.. Komik ini dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris.. Ada juga aktiviti seperti silangkata, jari jari seni (buat kraftangan), Spot the not dan lain-lain..

Dwi bahasa.. membantu anak-anak membaca dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..

Ada aktiviti dan juga Pesan Nabi..

Ensiklomini Akidah untuk Kanak-kanak oleh HB. Akhyar
Buku ini memang Sha suka bagi Amani baca.. Yang ini bukanlah komik tapi lebih kepada buku bergambar.. Daripada buku ini pembaca boleh mengenal Islam dengan lebih dekat melalui Huruf-huruf Hijaiah (Alif sampai Ya).. Bagus tau untuk dibaca dan dijadikan koleksi.. Siap ada bonus Kosa kata Arab/Inggeri/ Jawi serta nilai murni..



 
Koleksi Siri Godaan Syaitan #11: Penghasut Nombor 1 oleh Pak Cik Bad

Komik ini menceritakan bagaimana syaitan menghasut dan mengajak manusia berbuat jahat.. Pada Sha komik ini memnag sesuai dibaca kanak-kanak dan orang dewasa.. Banyak yang boleh dipelajari.. Selain hasutan syaitan ada juga diceritakan kenapa kita perlu berbuat baik, mencintai Rasullullah SAW, menjaga peribadi anak soleh dan tidak menipu..

Top Commentator di Blog AdianiezDotCom

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan bulan ini Sha pulun membaca, makanya kuranglah sha berjalan dna meninggalkan komen di blog kawan-kawan.. Tadi masa dok bersiar-siar melawa dan meninggalkan komen, Sha terjumpa satu pos ini.. Yeah!! My name is there.. Kikiki.. Blushing kita awak.. Selain nama Sha, ada dua nama lagi tersenarai.. Boleh tengok di SINI.. 

Terima kasih Aida.. Untuk pengumuman dan juga masukkan blog sha dalam bloglist Aida.. Jom singgah ke blog beliau.. Klik SINI..



Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com